Tuesday, December 30, 2008

Lagu Korporat PNB

Berdiri megah satu nama unggul,
didalam dunia pelaburan,
sekian dekad berperanan sebagai pejuang maruah bangsa.

Ke dunia antarabangsa,
bersatu langkah dan cita,
seiring dengan dasar ekonomi negara.

Diatas asas yang kukuh,
kita berdiri teguh,
dengan kemahiran,
kita terus berkembang.

PNB kebanggaan kami,
kau memayungi cita yang suci,
ke arah masa depan yang lebih gemilang.

PNB adalah wadah kami,
satu nama yang berjiwa Malaysia,
maju dan terus maju bersamamu,
maju dan terus maju,
bersama PNB.

Monday, December 29, 2008

Syurga

Nabi Muhammad s.a.w tidak penah mengajar para sahabat untuk mendapatkan syurga hanya dengan sujud dan berzikir sepanjang masa.tetapi syurga itu hanya untuk hamba yang sanggup berjuang di jalan Allah s.w.t.

Monday, December 15, 2008

Makan pisang tak batal puasa?

Aku masih ingat dalam bulan puasa tahun mana ntah,tiba2 adik aku balik dari sekolah tanya mak aku.
"ma,tadi kat sekolah ada la jumpa ngan pak cik jaga tgh makan pisang,pastu adik tanya lah,pak cik tak puasa ke?,pastu pak cik tu jawab kalau makan benda yang tak dimasak atas api takpe,tak batal,betul ke ma?
pastu mak aku jawab
"ish,jangan nak mengarut.mana boleh tak batal.pak cik tu blaja dari mana?"
motif sgt kan pak cik tu buat ajaran sesat kat adik aku.dah la adik aku nak blaja puasa masa tu, nasib baik lah adik aku tu jenis yang tak main terima je,kalau tak dibantainya makan pisang ke, rambutan ke masa puasa.biasa la kan.perbuatan2 nak cover dosa.tak pun istilah yang lebih best nak ringankan dosa.ada aku penah dengar satu quote ni tak ingat sapa yang kata. perbuatan yang paling berdosa ialah perbuatan meringankan dosa.ringankan dosa ni lebih kurang kita tahu yang benda yang kita buat tu berdosa tapi kita cuba hilangkan sedikit rasa bersalah tu dengan pelbagai alasan.aku penah terdengar perbualan orang2 tua yang penah menipu sorang tokey cina
"takpe,kita ambik dari orang cina bukan orang Islam.duit dia pun bukan duit halal"
Hellooo...lantak dia lah duit hasil jual khinzir pun,kalau korang bantai duit dia,dosa tetap sama, takdenya korang dianggap menyucikan harta dia (macam zakat lak).tapi aku tak la cakap camtu kat diaorang, dibantainya seligi kepala aku,sapa nak jawab?haha.mcm tu lah antara cara nak 'ringankan' dosa.kekadang kita ada terbuat benda tu,cuma tak perasan je.

Pesan Luqman Al-Hakim





Sesungguhnya kebijaksanaan itu telah menempatkan orang-orang miskin
di tempat raja-raja

Thursday, December 11, 2008

University of Warwick


Teringat balik camna aku dapat masuk warwick ni.masa kat KYUEM dulu aku tak dapat offer dari mana2 uni pun (UCL,LSE dan Warwick).lepas je aku kene reject dengan semua uni ni,aku dapat peluang untuk buat satu lagi permohonan guna UCAS extra.UCAS extra ni untuk student yang direject oleh semua uni lah macam aku.lepas aku tanya PNB samada aku boleh memohon uni melalui sistem ni,PNB memberi kebenaran walaupun aku akan memohon uni yang tiada dalam senarai.tapi uni tu mestilah uni yang terbaik gak.dipendekkan cerita aku memilih uni of nottingham.lepas je dapat result,dan Alhamdulillah result aku lps conditional offer dari notts,PNB lak buat hal.diaorang tak benarkan aku ke notts.tak tahu kenape.masa tu aku dah kene ke BTN,so susahlah kalau nak uruskan hal2 reject offer dan masuk clearing ni.masa kat BTN tu (kem Bumi Jati,bkn kem Beras Jati,ye) berusahalah aku dengan beberapa orang bdk PNB call sana sini terutamanya warwick-sebab dalam senarai uni PNB,warwick je yang terima clearing-untuk bertanya course2 yang still available untuk kami.masa tu PNB dah cakap,apa2 course pun takpe asalkan kami ke uni dalam senarai PNB tu (UCL,LSE,Oxbridge,Imperial,Warwick).masa tu line mmg sibuk gilelah.puas try baru dapat(Mior yang dapat cakap). pastu bila dapat, course dah hampir habis.yang tinggal kebanyakkannya course yang berkaitan history.masa tu aku betul2 redha lah.walaupun tak dapat fly,takpelah.semua ni ada hikmah. esoknya,aku masih ingat,lps minum ptg,aku terima mesej dari Puan Kasturi, cakap yang warwick bersedia nak ambik aku untuk course Econs.tapi aku kene tolak dululah uni of nottingham,baru warwick boleh ambik aku.aku mula2 pelik camna warwick boleh nak ambik aku sedangkan aku tak berjaya pun call diaorang sebelum tu.aku call Puan Kas kot2 dia silap hantar mesej ke.dia cakap mmg warwick hantar email kat dia ckp yang diaorang mmg nak ambik aku.masa tu aku betul2 gembira lah.masa pegi solat Asar tu,aku sempat buat sujud syukur.so,kat sini lah aku sekarang, University of Warwick.bila ingat balik cerita ni,Allah tu maha menentukan kan?kekadang benda yang berlaku tu,kita tak jangka pun. kit merancang Allah yang menentukan.

Wednesday, December 10, 2008

Video

Holidays

Emm...sunyi,sepi dan boring itulah 3 perkataan nak describe cuti kat sini.kat flat aku ni tinggal aku ngan sorang pompuan jepun.tapi macm tinggal aku sorang je lah sebab aku tak penah pun cakap ngan dia.kalau ada pun seingat aku 2 kali je.dia pun macam senyap gile je.kalau jumpa pun masa masak je lah.semalam aku dah boring sgt,aku main ym je sesapa yang tak letak tanda jgn ganggu tu.tak kira sapa pompuan ke laki ke senior ke junior ke,aku main tegur je.yang aku tak penah cakap kat dunia nyata pun aku main tegur,buzz je.nasib baik tak kene marah kan.ye lah motif sgt ko buzz org tak tentu pasal kan?haha.semalam gak pegi open house umah nik,senior third year. hajatnya nak gi kul 8 balik dalam kul 9 sudahnya balik kul 10 lebih.apa lagi tgh kumpul ramai2 tu,main vampire la.aku join je la.dok kat bilik pun aku main2 gak.haih bila la nak start study ni. main tangguh je.biasa la kan.dalam teori ekonomi pun ada sebut,manusia selalu menilai beban yang akan ditanggung pada masa depan lebih ringan berbanding pada masa sekarang walaupun beban itu adalah sama.contohnya macam ni lah.kita selalu bayangkan yang kita akan study gile2 esok, sebab kita anggap kita lebih rajin dan anggap beban study yang akan kita tanggung esok lebih ringan tanpa sebarang gangguan.tapi sebenarnya beban tu sama je pada bila2 masa.maaf lah kalau korang kurang paham skit teori ekonomi ni sebab aku tak pandai sgt nak terangkan.pastu hari ni,aku,hypo ngan iwan masak sesama untuk lunch kat dapur aku sebab dapur aku tgh kosong budak jepun tu pun dah kuar ntah mana2 ntah.aku masak sambal sardin, po masak masak lemak ayam pastu iwan lak masak nasi (mcm lah susah sgt masak nasi kan). pastu goreng telur 3 biji.best la masak macam ni tgh2 boring ni.pastu buat pertama kalinya aku berani nak masak kat org lain.sebelum ni kalau aku masak,aku makan sendiri.bkn sebab kedekut tapi aku takut nanti dibuatnya benda tu tak sedap pastu mengakibatkan cirit-birit ke sapa yang susah?tapi sambal sardin aku iwan cakap sedap la.boleh jual.haha.nasib baik la.kalau tak sia2 je la aku masak.esok InsyaAllah akan ke central six pastu kalau sempat nak ke Folsehill kot.nak beli brg sambil jalan2.tapi walau boring camna pun,aku tetap suka warwick.aku sgt selesa kat sini.Alhamdulillah.

Sunday, December 7, 2008

Hipotesis Hypo:Tiang Pink=Hammersmith City Line



Semalam sampailah ke london.Aku ngan Po sampai kat stesen London Euston dalam kul 3 ptg.Sampai je kat sana, hypo cakap kene pegi ke stesen King's Cross dulu sebelum Mas atau Jpah jemput kami.Kami jalan kaki je ke stesen tu dari London Euston dengan bantuan GPS kat phone Po.Sampai kat sana,aku call mas cakap yang aku ngan Po dah sampai ke stesen tu.Pastu Mas cakap kalau boleh kami datanglah ke stesen Royal Oak kalau tak nak tunggu lama.So,aku ngan Po nak lah pegi ke stesen Royal Oak.Aku ambik tube map dari kaunter dan meneliti kat mana stesen Royal Oak tu.Rupanya stesen tu kene naik satu train je,Hammersmith City line.Pastu kat dalam map tu,line train tu ditanda dengan warna pink.pastu kami pun terus la ke stesen bawah tanah untuk ambik train.tanpa melihat papan tanda kat train tu,aku pun terus cakap kat Po yang mungkin tu lah train nak ke Royal Oak.Kitaorang pun naik lah train tu.dalam train tu,Po perasan yang papan tanda perjalanan tu warnanya ungu bukan pink.pastu tiang dalam train tu (tempat orang pegang tu) warnanya ungu gak.so,Po buat kesimpulan yang warna line dengan warna tiang dalam train kene sama.so,aku pun tanya lah sorang akak mat salleh dalam train tu.pastu aku bagi dia peta tube dia tengok dan dia cakap yang mmg kitaorang naik salah train.Train tu Metropolitan train bukannya Hammersmith City.So,dia cadangkan yang kitaorang turun kat Baker Street pastu ambik Hammersmith City train ke Royal Oak. So,kami turunlah kat Baker Street tu.Pastu lps beberapa minit tunggu,datanglah satu train depan mmg dah tulis Hammersmith City,so kami naiklah train tu.Dalam train tu,sekali lagi Po perasan yang tiang dalam train warna kuning,so mengikut hipotesis Hypo,train tu bkn Hammersmith City sebab tiangnya bkn warna pink.so,skali lagi kitaorang turun kat next station (Edgware Road station).Masa tu agak gelabah la sebab dah dua kali salah train kan.Pastu ada lah sorang mat salleh ni tanya kitaorang nak ke mana.so,kitaorang cakap Royal Oak.mamat tu cakap kene naik Hammersmith dan train tu akan datang lepas City Circle punya train.so tunggulah kejap.datanglah satu train skali lagi aku tengok kat depan dia tulis Hammersmith City.tapi tiang dalam train tu kuning bukan pink.mula2 po agak was2 la nak naik.tapi aku cakap naiklah gak sebab kalau salah lagi,berenti je kat next station.so naiklah train tu walaupun tiangnya warna kuning.dalam train tu,aku cakaplah kalau train ni betul maka dalam 2 stesen lagi akan sampai ke Royal Oak kalau salah ke Bayswater.kalau salah pun kat Bayswater nanti bolehlah ke MSD,solat dan dinner kat sana.akhirnya stesen kedua tu adalah Royal Oak Station.so mmg betul yang train tu adalah Hammersmith City train walaupun tiangnya tak ikut warna line dalam train map(pink).so hipotesis yang Po buat tu tak berapa betul.kat rumah Bun (senior) budak2 London gelakkan kitaorang sebab ingat warna tiang tu sama ngan warna line.tapi senior cakap kalau dulu mmg betul warna tiang tu akan serupa dengan warna line dalam peta.tapi skrg tak lagi.tapi takpe.nanti korang sampai Coventry pastu buat silap gak,aku gelakkan korang sampai guling2 atas tanah.haha(gelak evil).ok gak benda tu kan.pengalaman.pasni kalau nak datang London sorang2 pun,dah tak takut.aku gak baru tahu yang semua stesen tube kat london ni central untuk semua jenis train.tak macam Malaysia lah sebab kat sana kalau nak tukar dari LRT ke KTM komuter stesennya lain2 tempat.

Saturday, December 6, 2008

Banjir

Sekarang ni musim banjir kan kat Malaysia?Bila sebut pasal banjir ni teringat lak kat kampung aku.Biasa kampung aku akan naik air la.jalan-jalan semua takleh guna.Hubungan ngan bandar terdekat pun terputus.Tapi yang bestnye,masa kecik2 dululah.Kalau banjir mesti main air dengan geng2.Buat rakit kecik pastu naik ramai2,naik kat tempat tak dalam la.kalau kat tempat dalam mmg nak cari nahas la.haha.tapi yang paling pening masa tu,mak aku la.kejap2 panggil.dia takut aku main kat tempat dalam.sekarang ni pun aku rasa dia still lagi pening dengan adik aku lak.nak2 skrg ni adik aku tu cuti lps UPSR kan.aku rasa mmg dia main air gile2 lah.pastu kalau yang best banjir ni sebab ayah aku selalu memukat ikan.boleh la makan ikan keli.buat ikan keli percik,ikan keli masak merah,paling kurang pun ikan keli goreng.sedappp.ikan2 lain pun best gak.mcm ikan sepat,puyu, macam2 lagilah.yang lebih ikan2 tu,boleh dijual.pastu kalau bantuan banjir ni biasanya rumah aku akan dapat gak.sebab walaupun rumah aku tu tak penah tenggelam,tapi, disebabkan perhubungan dengan bandar dah terputus, so, rumah aku pun dapat jugak la.biasanya bantuan ni akan dapat daripada 2 pihak.pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat.kalau yang kerajaan pusat ni biasanya lebih sedikit daripada kerajaan negeri punya bantuan.biasa kerajaan pusat akan bekalkan macm biskut,gula,beras,serbuk teh,sardin,maggi,susu.kalau kerajaan negeri lak biasanya beras,teh,gula ngan biskut.tak byk beza pun.penah gak rumah aku jadi macm pusat pemindahan banjir untuk keluarga jiran aku. rumah dia dah masuk air,so,mlm tu dia pun pindahlah rumah aku dulu.tapi sebut pasal banjir ni gak,mcm manalah keadaan org miskin ye?kalau rumah diaorang rosak sebab banjir,kat manalah diaorang nak tinggal.nak buat rumah baru pun duit takde.so,kalau sesapa yang mampu nak tolong dan berpeluang nak tolong diaorang ni,bantulah.ada satu kes tu,sampai terpaksa tinggal bawah khemah sebab rumah hanyut,pastu nak buat yang baru takde duit.

Friday, December 5, 2008

ntah

kekadang kalau kita selalu tunaikan perminataan orang,kalau kita selalu tunaikan hajat orang, selalu bersikap 'mudah' dgn orang tapi last2 orang buat perkara yang sebaliknya kat kita,macam mana tu?kekadang hidup ni kene kejam,jgn baik sgt,sebab tak semua orang tahu nak balas budi orang dengan cara yang betul.itulah sikap manusia.mudah kan nak lupa benda baik yang orang beri kat kita tapi kalau benda jahat sampai mati pun ingat.ntahlah mungkin mulai hari ni aku kene berubah sikap skit.sebab aku macam ni lah aku selalu je kecewa.selalu je bengang.apa kata mulai hari ni aku buat macam ni,ko, ko punya pasal,aku,aku punya pasal,urusan ko, uruskan sendiri, urusan aku jgn campur.boleh?kalau orang boleh bersikap kurang menyenangkan kat kita, kenape kita tak boleh bersikap kurang menyenangkan orang lain?aku tgh panas hati skrg,so,sorry kalau post ni tidak menyenangkan.

Monday, December 1, 2008

Cerita2

pasal soalan ketiga dalam post kat bawah ni (post:cerita), kawan aku cakap soalan dia
"apa itu takdir?" maka lepas wali tu baling dgn batu, wali itu bertanya kepada pemuda itu "engkau tahu yang aku akan membaling batu ke kepalamu?"pemuda itu menggelengkan kepala
maka jawab wali "maka itulah yang dikatakan takdir".
thanks pali sebab ingatkan.

Sunday, November 30, 2008

Cerita

sekadar nak kongsi satu cerita pendek.cerita ni diceritakan oleh ustazah kelas Fardu Ain aku masa aku darjah 3 dulu.tapi aku lupa skit cerita ni.dia punya cerita pasal 3 soalan tapi aku ingat 2 je.kalau sesapa ingat yang satu lagi tu,cakaplah ye.
cerita dia macam ni,ada sorang wali Allah yang didatangi oleh 3 orang pemuda yang berniat ingin bertanyakan soalan.niat diaorang ni mmg saje nak mengenakan wali ni dengan soalan2 diaorang. so,dipendekkan cerita maka bertanyalah pemuda2 tersebut kepada wali itu. soalan pertama
"jika Allah itu wujud,mana dia,aku tidak nampak pun,adakah Dia wujud?"tanya pemuda pertama (lbh kurang camtulah soalannya).wali tersebut hanya mendiamkan diri.soalan kedua
"mengapa Allah memasukkan syaitan ke dalam api neraka?sudah tentulah mereka tidak akan berasa sakit kerana mereka juga diperbuat daripada api"soal pemuda kedua.wali itu hanya mendiamkan diri.soalan ketiga aku tak ingat.setelah beberapa lama menunggu jawapan daripada wali itu namun masih belum mendapatnya,maka pulanglah pemuda2 itu.sebaik sahaja mereka bgn dan melangkah hendak meninggalkan wali tersebut, dia (wali) mengambil 3 ketul tanah yang keras lalu dibalingnya ke kepala ketiga-tiga pemuda tersebut. lalu marah lah pemuda2 tersebut.pemuda2 tersebut bertanya mengapa kenapa membaling batu ke kepala mereka.lalu jawab wali tersebut
"engkau cakap engkau sakit,tapi aku tak nampak pun sakit tu,wujud ke kesakitan itu?maka begitu jua dengan Allah,kita tidak nampak-Nya,namun kita dapat merasakan kewujudannya,kekuasaan-Nya,"jawab wali tersebut kepada pemuda pertama.
"engkau jugak sakit.tapi aku gunakan tanah yang keras untuk membaling engkau tadi,sepatutnya engkau tidak sakit sebab manusia diperbuat daripada tanah.macam lah jugak dgn syaitan.walaupun diperbuat daripada api,mereka tetap akan terseksa di dalam api neraka kelak,"jawabnya kepada pemuda kedua.lalu pulanglah pemuda2 tersebut dalam keadaan malu sebab tak dapat kenakan wali itu.

Thursday, November 27, 2008

Tutorku......


aku ada terima email dari tutor aku, umumkan yang esok (jumaat) kelas tambahan untuk exam ditunda ke hari Isnin sebab tak ramai yang hantar soalan untuk dia jawab.sorang je yang hantar. sepatutnya kitaorang kene hantar soalan ke pejabat dia hari ni sebelum kul 7 ptg tadi.so, terlepas lah peluang nak tanya soalan dalam kelas.rugi gak la.pastu kat email dia di attach satu nota untuk game theory.aku suka gile lah sebab selalunya nota dari tutor aku ni mmg mantap gile.so, aku pun bersemangatlah download nota tu.tak sabar rasanya nak baca nota dia.pastu bukak2 je,dia bagi satu soalan pasal game theory.game dia macam ni.setiap org akan ada 2 pilihan.sama ada hantar soalan atau tidak.dan game ni melibatkan aku dan selebihnya budak2 lain yang sama kelas. kiranya ada 2 pihak la.ok kalau aku pilih untuk hantar dan org lain pilih tak hantar,utility yang aku dapat adalah 20 dan yang lain 10.kalau dua2 pihak hantar,maka dua2 pihak dapat utility 20.kalau org lain hantar tapi aku tak,aku dapat 10 org lain dapat 20,kalau dua2 tak hantar, maka dua2 utility adalah 0.kesimpulannnya, nash equilibrium, atau strategi terbaik adalah dua2 hantar soalan.
lepas aku baca nota tu,zappp, tertancap aku. hah tu la sape suruh tak hantar soalan.kan dah kene sindir.tapi pikir2 pandai gak mat salleh ni sindir2 org.intelek gile lah sindiran dia.siap guna theory lagi tu.ni kira aku simplify je dia punya soalan.kalau tengok nota dia,siap bagi solution lagi untuk soalan tu.ada tree diagram, ada possible strategies punya table lagi.mmg aku insaf la. esok pagi,aku nak hantar lah soalan kat dia.aku dah ada soalan sebenarnya.tapi aku nak tanya dalam kelas je sebab hari tu dia cakap boleh tanya dalam kelas.tapi takpelah esok aku hantar (bunyi ayat macam nak cover je.haha).untuk pengetahuan korang,nama tutor aku tu Lualhati Santiago.

Tuesday, November 25, 2008

perempuan, jangan terlalu percayakan lelaki


aku ada crite nak kongsi.kat matrik aku dulu (sebulan je aku kat situ) fenomena couple ni mmg biasa la.obnormal lah sapa yang takde awek (aku termasuk dalam golongan ni.haha) dan boleh dikatakan status anda sebagai seorang straight guy or girl akan mula diragui lah kalau takde pasangan (u know what i mean) hidup dunia dan akhirat.tu diah.aku nak crite pasal sorang pompuan ni.dia ni kiranya dalam golongan normal lah sebab ada pakwe.i lap u,u lap me.mmg org kata couple yang bahagialah.so,nak dipendekkan crite,disebabkan rindu yang teramat kat makwe dia ni,sampai mandi tak basah (mandi ke?),makan tak kenyang,study tak berapa nak masuk,maka dia pun membuat permohonan secara rasmi kat makwe dia ni,nak gambar makwe dia.tapi gambar special lah skit (should i spell it spesial?) sebab dia nak gambar makwe dia dalam keadaan separuh bogel (kepada lelaki,jgn gunakan kemahiran seni visual korang utk bayangkan benda ni).so,makwe dia dalam keadaan yang pemurah,menagkap gambar dengan mengaplikasikan teknologi phone yang canggih manggih,menangkap gambarnya dan dihantar kepada pakwenye dengan MMS.lepas dapat gambar tu,pakwenye kerana ingin membalas jasa kwn-kwnnya yang selama ini terus setia bersamanya walau badai menimpa,menghadiahkan gambar makwenye kepada kwn-kwnnye.dan terus disambar.kecil tapak tangan penyepak diaorang tadahkan.so,pastu tersebarlah gambar tu kat phone2 lelaki tak kira kaum,bangsa,agama,warna kulit dan sewaktu dengaanya.so,skrg sapa yang malu?lu pikirlah sendiri,Assalamualaikum.

Tuesday, October 14, 2008

opssss!!!!

hari ni aku tersedar yang aku terponteng kelas semalam selepas terima email daripada tutor aku pasal arrangement baru tutor hour.dia gak email pasal beza antara tutor hour ngan class.dia cakap tutor hour ni pilihan la kalau nak datang ke tak nak.tapi class wajib.ceritanya camni.masa mula2 dapat class timetable dalam website my.econs dulu,dia tulis tajuknya tutorial hour.so aku ingat tutorial hour tu sama la ngan tutor hour kan (kalau baca,takke sama?daaa),so aku set dah dalam kepala aku minggu ketiga (minggu ni la) aku kene pegi tutor kul 5 sampai 6 hari isnin.siap tulis dalam jadual lagi.esoknya aku terima email dari tutor aku cakap yang tutor hour akan diadakan hari rabu minggu ketiga kul 11 sampai 12.sebab masa tu aku ingat tutor hour ngan tutorial hour tu benda sama.so,aku set lah semula jadual aku ke hari rabu kul 11 sampai 12.semalam (Isnin) masa kul 5 sampai 6 tu dengan senang hati aku ke tesco beli barang skit sebab aku ingat class (tutorial hour) tu dah ditunda ke hari rabu.tup2 hari ni aku dapat email yang cakap tutor hour dan tutorial hour tu berbeza.so,dengan rasminya aku diisytiharkan sebagai ponteng kelas.kalau pn rukiah tahu ni,sah2 kene tarik tajaan.haha.

p/s lain kali kalau nak email benda2 penting ni,jgn buat awal sgt,hantarlah thn depan ke,masa final year ke,baru awal skit.tukar lah tajuk jadual tu kat web jadi class hour,bkn tutorial hour,motif ko letak nama hampir sama.macam lah english ni miskin sgt kosa kata.bahasa melayu jugak yang kaya (byk pinjam istilah org,bila nak hantar?)

Saturday, October 11, 2008

BOLEH TAKKKK!!!!!!!

boleh tak kalau sekali je jgn buat benda2 bangang ni?aku bengang!!!aku malu dengan negara sendiri.ada ke patut bagi Anugerah Darjah Mulia Seri Melaka kat Shah Rukh Khan sebab menyumbang ke arah perkembangan pesat industri HIndustan kat malaysia.heh! kalau benda tu sumbang sgt kat ekonomi negara,tak banyak pun aku rasa.tak sampai 0.01% percent je dari GDP or whatever it is.korang tahu tak filem hindustanlah juga antara penyebab runtuhnya akhlak.Mulia gile ke shah rukh khan tu?aku nak sesapa yang bangang sangat sokong benda ni,korang pegi kat youtube sekarang,korang taip nama shah rukh khan dan korang tengok apa jenis watak yang selalu dia lakonkan.watak penggoda pompuan,lelaki jongos yang selalu buat pelakon pompuan naik ghairah dan aku tak heran kalau yang tengok pun naik syahwat.mmg filem hindustan sekarang dah teruk.kekadang lbh teruk dari hollywood.eiiii!!!!!!BANGANG!!!!kalaulah komuniti Islam kat sini tahu pasal ni dan tetiba je diaorang tanya aku pasal benda ni,aku malu nak jawab,aku malu nak mengaku yang aku rakyat Malaysia.org pakistan kat sini pun ckp yang malaysia negara Islam contoh.tapi kalau ada benda2 macam ni takke memalukan?beri gelaran kat org perosak akhlak.Come on lah,dah2 la buat Malaysia tu macam bapak korang punya,sesuka hati je nak buat benda2 karut.kalau malaysia tu bapak ko punya,aku tak kisah.ni tak,malaysia negara bapak aku,nenek aku,keturunan aku,aku dan seluruh manusia yang bergelar rakyat malaysia.malaysia bukan milik org yang berpengaruh je,ingat tu.aku hanya akan sokong manusia yang nak naikkan lagi nama baik Malaysia.sebab aku sayangkan Malaysia.dan kepada yang bodoh bangang,tolong berhenti dari rosakkan Malaysia.dan aku benci gile2 org yang macm ni.BLAH LA korang dari muka bumi ni.

Friday, October 10, 2008

Are you all right?

hari cam biasalah aku bgn pagi2 lagi dalam kul 6.45.lps solat semua,lepak2 depan laptop.mat2 salleh mmg tak bgn lagi la tambah2 malam tadi ada ball (tlg jgn silap tafsir perkataan ni).pastu tetiba je perut lapar lah pulak.time2 camni mmg akulah conquer dapur sebab yang lain tido lagi. kekadang je kalau terserempak dengan awek jepun.tapi tak penah la terserempak dengan benda yang dah hypo tengok kat dapur dia.bila lah pulak benda tu nak ada kat flat aku ni...jeles tau.haha.
aku pun letak lah air atas dapur,nak masak spagetti (sejak dtg uk ni,pandai dah makan spagetti.western gittew..haha.apsal bitchy sgt ni) tunggu punya lama,aku jadi pelik apehal air aku tak panas2 ni.cis! rupanya suis utama gas tak bukak lagi.La***au betul.sedang aku dok masak spagetti tu,tetiba je ada sorang mak cik masuk ke dapur dan tetiba tanya "are you all right?".aku jadi pelik.apsal tetiba tanya camtu.ada apa yang pelik ke kat muka aku?aku pun jawab je la "yeah".
so cerita tutup kat situ jek dengan aku masih lagi bingung pikir pasal tu.tengahari,aku ke dapur lagi nak buat lunch.lunch simple je sebab pagi dah bantai spagetti.aku makan pakkora chicken dengan kentang goreng.aku lepak kat dapur jap dengan beberapa org mat salleh sambil tunggu giliran nak guna microwave.minah jepun yang guna microwave tu lama sgt lah.sekejap kuarkan makanan sekejap letak balik.lu pehal tom.geram je aku nak cakap camtu kat dia sambil buat muka cute.kalau dia tanya gapo namo ghima yang aku cakap tu,aku jawab je lah "that means you're so beautiful" takke kembang minah tu.tgh layan blues tu,tetiba mat salleh kat dapur tu cakap "are u all right?".eh sorang lagi cakap camtu.pehal la diaorang ni.aku masuk bilik jap tengok muka aku kat cermin.takde apa2 yang pelik pun.tapi pehal mamat tu tanya camtu.lantaklah dia.
petang tu aku ke coventry nak deposit duit (aku pegang 2400 pound cash kat sini),dalam bas,aku cerita pasal benda ni kat kawan aku.dibantainya gelak.pehal ngan semua org ari ni.pastu dia cakap lah yang are u all right tu sebenarnya cara mat salleh nak tegur org lain.macam org melayu lah cakap apa khabar.laa...patut la.aku terasa amat bodo sekejap.haha lunch aku

Wednesday, October 1, 2008

RAYA!!!!!!

hari ni,hari raya kat uk.walaupun agak lewat disambut kat uni of warwick ni,sebab daerah lain macam london, nottingham, leeds dah raya sehari sebelum ni.malah coventry pun dah raya semalam.bak kata geng2 ni,ibarat Ampang dah raya tapi Kuala Lumpur belum.macam tu lah gamaknya.sambuta raya dimulakan dengan sembahyang raya kat prayer hall pada pukul 8 pagi. setelah tamat solat sunat Aidilfitri,kami dijamukan dengan kuih2 pakistan.sedap gak kuih2 pakistan ni.rasanya lebih kurang kuih melayu gak la.pastu,kami bergambar bersama2 dengan senior2.ada yang kami kenal,ada gak yang belum.ada dua orang akak yang kami kenal hari ni. akak farah hanim (biological sciences,third year,KPM), dan akak azra (Matematik,third year,KPM). selepas bergambar,entah sape yang cadangkan,budak pompuan mencadangkan agar kami mengumpul duit untuk membeli sedikit bahan2 untuk memasak untuk membuat sedikit jamuan. sebanyak 30 pounds berjaya dikumpul.dan hazwan (ekonomics,PETRONAS) menjadi penyumbang terbanyak (20 pounds) yang lain 1 pound sorang.aku,najib,fadhil,syazwan bergerak ke TESCO manakala yang lain ke benefactors hall.
kat tessco kami membeli bahan2 untuk membuat nasi ayam.kami berjay membeli semua bahan dengan duit yang diberi (26 pounds).kami bergerak ke benefactors hall untuk memasak.sampai disana,ada pulak masalah.setelah semua bahan diletak kat dapur hall tu,ada la mak cik cleaner ni,dia tak benarkan kami guna dapur sebab kami bukan residence kat situ.setelah penat mendengar leteran mak cik tu,kak farah hanim dan kak azra cadangkan supaya kami ke Hurst Hall (hall utk third year students).nasib baik lah hall tu sebelah je dgn Benefactors.kat sana, kak farah telah memasak untuk jamuan tu.makan kat dapur je.nasib baik masa tu tak ramai nak guna dapur.
Pada pukul 5.30 ptg,kami bergerak pula ke rumah kak faezah kat mana aku pun tak tahu nama tempat tu.kami mengambil bas bernombor 12.rombongan kami diketuai oleh (macam rombongan lawatan sambil blaja lak) kak farah dan kak azra.setelah 15 minit perjalanan, maka sampailah kat rumah kak faezah.rumahnya sederhana besar.kat situ kami diperkenalkan dengan housemate kak faezah.sorry namanya aku lupa (bermasalah nak ingat nama orang),cuma dia dari Brunei dan buat course phycology.kami dijamu dengan nasi lemak, rendang ayam dan bubur kacang.kami balik semula ke warwick lbh kurang kul 9.30 pagi.
p/s nak duit raya.kesian kat budak kmb tu,apa nama dia? afia?afifah? hilang beg berisi laptop dan barang2 elektronik yang lain.dah takde rezeki,nak buat camna.

Tuesday, September 30, 2008

makeeee......

this post is in alien language.for those who do not understand even a single words,don't be sad. i know you are very excited to read my post.(haha...uwek)
esok ghayo doh.ingak kampung aku.biaso pagi2 ghayo,ghumoh aku mesti ado tupak tigo bucu pastu cicoh denge nise,meme sedaklah.sebelum gi maye ghayo,habih la duo tigo bute.pahtu biasonyo mok aku buak nasik dage denge kuoh kari ike ayo denge aye.pahtu kuih2 sampinge lain lah.keco i liur ceghito pasal makane ni.tapi nok buak gano.dok sini tokleh la nok make bendo2 tu. soh ko nok make tupak,nasi dage,nasi kerabu,air batu pun tok jupo lagi sini.tok sedak la minung air pepsi ko air oren ko takdok air batu.esok ghayo tok tahulah gano.tok beso lagi ghayo tepak oghe ni.denga kato ado sambute skit kat bilik semaye pagi esok.aku bowok jugok kuih ghayo. geng lain pun bowok jugok.pakak2 make la esok.dao senior ajok gi ghayo kat nottingham.tapi tok tahu lagilah sek tu nok gi ko dok.aku ikuk jah.tu lah jo nok ngaruk pagi ni.selamat hari ghayo.

Sunday, September 28, 2008

UK II

sepanjang perjalanan ke coventry dgn bas national express,aku tengok takde pun bangunan yang besar2,stesen minyak pun jarang yang jumpa.camna kalau tetiba je kereta habis minyak kat situ tak ke naya?rombongan kami ke warwick ni diketuai oleh abg firdaus,senior dari nottingham.daripada menunggu kat airport,sampailah kepada membelikan kami tiket bas.kami amat berterima kasih kepadanya.dia bkn je setakat menolong geng2 dari kyuem,dari kmb pun dia tolong gak.akhirnya,setelah 2 jam perjalanan,kami pun sampai di coventry.kami mengambil teksi untuk ke warwick.sampai je kat warwick,kami pun mendaftar.awang najib telah menolong kami untuk register sebab dia dah register lbh awal daripada kami.pendaftaran kat uni mmg mudah.takde benda2 yang rumit ni.pas mendaftar,kami dibawa ke acco masing2.aku,khairul,iwan dibawa oleh kak faezah ke acco masing2.aku yang paling jauh.kat arden dekat ngan westwood hall.sebenarnya arden ni bkn hall utk student,tapi disebabkan aku still takde acco kat uni,warwick telah meletakkan aku kat sini.arden ni mcm hotel lah yang dimiliki warwick dan disediakan kepada tetamu warwick yang datang bersidang dan berkursus kat sini.tapi peristiwa yang tak diingini berlaku.sampai je kat arden,takde org kat reception.so, aku kene daftar masuk ari ahad lah.terpaksalah aku tumpang bilik khairul kat lakeside untuk satu malam.terpaksalah kak faezah membawa aku balik ke lakeside yang kira2 setengah jam perjalanan dari arden ni.kesian kat dia.petang tu,dia ajak kitaorang ke tesco.tapi tetiba dia call sebab nak cakap dia nak tunda skit trip tu dalam sejam sebab terlalu penat.disebabkan kitaorang kesian kat dia,maka kami mengambil keputusan untuk ke tesco sendiri berpandukan kepada peta yang diberi.berdasarkan pengalaman navigation yang dipelajari daripada OBS,kami berjaya mengesan lokasi tesco berdasarkan bearing yang tepat dan jitu gittew...(opsss).sampai je kat tesco,kami terkejut sebab kat depan pasaraya ni,ada stesen minyak jenama tesco.lantak lah tesco oiiii....semua benda ko nak buat.tak kuasa I.haha.(jgn marah,teringat kenangan lama kat kolej.haha).itu sajalah pengalaman masa mula2 kat warwick ni.harap pasni byk lagi kenangan manis kat sini.bubbye.

Saturday, September 27, 2008

UK

lama aku tak post apa2 kat sini.so,mlm ni nak tulislah skit.nak mula ngan apa yek?oh...macm mana rasanya kat uk ni.
mula2 tahu dapat ke uk rasa excited sgt nak kenal negara org.tapi tu mula2 je.bila hampir je tiba waktu nak berlepas ke uk,hati rasa berbelah bagi,nak pegi ke tak nk.tapi last2 datang gak ke sini.waktu di KLIA,mak sedara aku 2 keluarga dan keluarga aku telah menghantar aku ke airport.paling yang rasa sedih masa tu,aku rasa mak akulah.dia nak menangis,tapi dia tahan sebab dia nak aku pegi dengan tenang.ini biasalah bagi mak aku.kakak aku penah cakap kat aku.masa aku blaja kat kuantan dulu pun gitu gak.minggu pertama aku kat kuantan,mak aku takleh makan sebab teringatkan aku.terutamanya kalau makan cucur sayur yang mmg kuih kegemaran aku.aku rasa raya ni pun macam tu gak.mak aku akan menangis walaupun dia cuba cakap yang dia takkan menangis kali ni sebab daripada kecik lagi (form 1) mmg aku selalu tinggalkan rumah.tapi aku tahu mak aku ttp akan menangis.mak mana tak rindukan anak.
dalam flight lak,aku terasa macam naik bas sekolah lah pulak.dengan kerusi sempit gile.mula2 naik je aku dah kene marah ngan mak salleh yang duduk sebelah aku sebab dia cakap aku telah memasuki sempadan kerusinya walaupun sedikit,sebab mungkin sedikit itu kalau ditaksirkan pada nilai tiket kapal terbang mungkin beratus nilainya.kan dia bayar tiket kapal terbang untuk kerusi tu.aku lak,inilah kali pertama naik flight.rasanya taklah jauh beza sgt dgn naik bas.cuma aku lbh suka naik bas.kerusi luas,pastu berenti kat kedai mana2 berehat sekejap sebelum sambung perjalanan.apa kata kalau flight pun buat camtu gak.mendarat kat depan mana2 kedai pastu sambung balik perjalanan.barulah best.tapi layanan dalam kapal terbang mmg baguslah.bukan sebab pramugari dia cantik.tak cantik mana pun,mekap je tebal pada skala 2 inci mengikut piawaian yang ditetapkan.tapi mmg baguslah servis dia.tahniah MAS (bkn kak mas chantek ye).kalau boleh turunkan lagi tambang.sampai kat airport,kami disambut oleh pegawai MSD,cik rahiyah,firdaus,din kat airport.kami sampai di san pada pukul 6.10 pagi.tu jelah.pasni nak sambung lak pasal perjalanan ke warwick.

Wednesday, June 18, 2008

Masa Mula-Mula Aku Kenal Korang Dulu

Masa mula-mula aku kenal korang dulu,
aku ingat aku tak boleh kawan ngan korang,
maklumlah,
korang lepasan skolah sains,
MRSM,
aku ni apalah sangat,
cuma skolah harian biasa.

Masa mula-mula aku kenal korang dulu,
aku ingat aku tak boleh kawan ngan korang,
sebab aku rasa diri aku ni kurang pandai,
korang SPM ada yang 10 A,11 A,
aku ni apalah sangat,
hanya berbekalkan 9A 1B.

Tapi aku silap,
korang tak penah pun ambik kisah pasal semua tu,
kita jadi sangat rapat,
macam adik-beradik pulak aku rasa,
masa aku susah,
masa aku senang,
koranglah yang jadi peneman,
banyak kan kenangan pahit dan manis,
yang dah kita tempuh bersama?
kalau boleh aku tak nak berpisah ngan korang.

Tapi apa boleh buat,
setiap pertemuan ada perpisahan,
setiap yang mula,
ada akhirnya,
tanpa kita sedari,
sampai jua kita ke detik di mana,
kita akan berpisah,
namun,
aku berharap kenangan sewaktu kita bersama,
akan terus kekal dalam diari kehidupan kita semua,
jangan biarkan ia terpadam,
kekalkan hubungan persahabatan ini,
walau di bumi mana kita berada.

(nukilan poem disaster,Mohd Dzull Fefry)

Sunday, June 8, 2008

Ceritera karut

dah pukul 3.30 pagi.tulis blog jap sebab dah agak 'meluat' tengok accounting.pasni sambung balik P4 accounting. Nape la accounting bukan macam komik Penyiasat Remaja ke best gak untuk ditatap. Ni tak penuh ngan nombor. Jap suruh bukak balance sheet,pastu profit and loss. tu antara account paling biasa disuruh bukak la. dah la berenti jap pasal accounting tu. ni pagi2 gini teringat lak cerita seram kat asrama dulu. korang penah dengar cerita hantu yang diceritakan semula oleh senior tak?setelah melalui segala macam proses pengawetan,luluhawa dan mutasi akibat direct exposure kat sinar-x. tu dia aku dah mula mengarut. ceritanya begini. malam pertama aku kat asrama ada la beberapa org senior muka baik punya. nak ucap selamat datang la konon. tapi sebenarnya ada niat jahat yang lain. diaorang pun bukak la cerita hantu tanpa perlu dipinta oleh aku dan rakan sebilik yang lain.cerita dia, takyah aku tulis kat sini lah yek.nanti seram lak. kalau nak dengar gak cerita dia, jumpa ngan aku. aku story satu persatu, baik punya. dipendekkan cerita akibat tindakan senior aku yg agak kuang hajar (bukan nama org) aku dan rakan sebilik yg lain tido 2 org atas satu katil.tapi ada satu cerita la pasal hantu gak. ada sorang senior aku dulu dia suka pakai bedak sejuk byk2 kat muka pastu kejut junior mlm2 buta sambil buat muka macam hantu. mmg kalau ada sakit jantung boleh mati la. satu mlm tu, macam biasa lah dia menjalankan 'tanggungjawab' dia selaku hantu veteran. mula2 dikejutnya aku. terkejut beruk aku tetiba je ada muka putih kat depan muka aku. lepas aku, dia kejut lak kawan aku yang katilnya kat atas katil aku (katil double-decker) niatnya sama. kawan aku tu mudah mengigau skit. senior aku tu pun kejut la kawan aku tu. pastu kawan aku terkejut dan secara spontan memberikan sebijik penampar kat senior aku tu.terkesima jap senior aku.hah! ambik ko.kataku dalam hati.nak gelak pun, kang ada yang dapat cop tapak kaki malam2 buta ni.pastu senior tu blah dari bilik aku tanpa sempat memberikan apa2 komen terhadap peristiwa tu.kurang2 pun cakaplah macam ni '''malam ni saya berasa begitu bangga kerana dapat merasa penampar jepun dari junior saya.namun saya akan tetap meneruskan karier saya ini di masa hadapan.teruskan sokongan anda''tu dia.dah la mengarut.nak bukak kitab bio jap.adios.

Saturday, June 7, 2008

KAWAN.......

Post ni ditujukan khas kepada kawan-kawan aku yang selama ni sudi menerima diri aku seadanya ( ceh…..ayat nak power ).tima kasih aku ucapkan.first skali kat chaletmates aku

1 Helmi (emm…dia ni dok kat chalet ni ke? haha)

2 Khairul ( penaja rasmi minuman kat chalet ni)

3 Ferdaus Chantek ( tak chantek pun )

tima kasih la sebab jadi chalemates yang best bagai.pastu kat geng chalet sebelah P30.

1 Azri YB (downloader. Tima kasih la sebab selalu download kamen rider)

2 Masrizan Chantek (tukang buat air kopi ais.best siott….kopi dia)

3 Famy

4 Hypo

tima kasih la sebab jadi jiran yang baik.Macam ari tu masa komputer chalet kitaorang rosak, korang benarkan aku & khairul menumpang ‘kasih’ komputer chalet korang.

And then,kat kengkawan yang lain Shukri Chomel,Shauki (sila sebut nama ni dengan nada sebutan Squidward dalam cerita Spongebob),Nazri Awang (geng dari sekolah menengah lagi),Jimah Jimbek, Ustaz Pali, Nizam, Lawi, Pidah, Firdaus Kiasu (oppss…sorry),Eddy Shah,Meor Mara,Najib a.k.a tulang,Syafiq Special Ed dan ramai lagilah.Yang paling takleh lupa masa sambut birthday la.Walaupun takde kek secret recipe untuk dibaling ke muka birthday boy,hanya berbekalkan biskut murahan 20 sen dari Kafe,namun sambutannya tetap meriah.kalau birthday boy tu tak dapat datang,kita call pastu nyanyi ramai2 kat phone. Walaupun kredit phone sedikit luak,tapi takpe kawan punya pasal.Kalau ada makanan kita kongsi ramai2 walaupun hanyalah sebungkus cendawan goreng dari Tanjung Malim.Banyak kenangan yang kita dapat kat sini.Best kan.

Tak lupa kat my special Bio classmate.Special sebab diaorang ni junior. Susah nak dapat kelas skali ngan junior ni. Tima kasih la kat korang sebab sudi terima ‘penyibuk’ ni dalam kelas korang. Sebab akulah korang kene pecut masa blaja Energy And Ecosystem.

Tapi korang memang bestlah.Kepada Zulkifli (ketua kelas),Amir, Ashraf, Syafiq, Syamim Nabihah (Mr Boler’s All Time Favourite Student), Afiqah Abdul Aziz (‘Ratu Teratai’ Bio), Nabeehah (Kak Nab, selaku Technician), Wit (pastikan ko sentiasa dapat kerusi yang tinggi,kalau tak nanti tak dapat dikesan,haha), Aidid Diva, EB, Nadiah Amirah, Isa, Amirah, Dalila dan Wani. Aku mintak maap la bebanyak kalau ada silap dan salah. Maklumlah mulut aku ni celupar tak bertempat, tingkah aku kekadang boleh buat orang sakit hati. Kalau jumpa kat tgh jalan tegur2lah yek. Aku ni susah nak tegur orang. Aku kan pemalu orangnya.haha.Oklah all the best for the Oct/Nov AS level yek. Merasalah pulak korang exam sebenar. Orang kata soalan Oct/Nov susah skit. Habislah korang, menangislah dalam dewan tu, merangkaklah korang lepas habis jawab.hahahahahah (gelak kejam).

Tapi sekejap je dah nak berpisah yek. Sekejap betul masa berlalu. Tapi pepehal pun kat mana pun korang berada, please keep in touch, occay (ejaan occay bagi diva2.aku tumpang guna jek).

Thursday, June 5, 2008

Nak mengarut skit.....

kali ni aku nak melepaskan geram kat seseorang yang aku simpan sekian lama.kepada sesapa yang terasa dirinya lah yang aku maksudkan di sini,aku mintak maap.aku nak tulis apa yang terbuku.

T****u A***,
ko hengat aku kesah sgt masa ko buat aku macam tu?aku tak kesah la.tipu la macam mana ko nak tipu pun.kalau aku bengang pun dalam seminggu je.pastu aku tak rasa apa2 pun. ko ingat sangat aku lapar sangat? ketagih sangat dengan semua tu?sorry sekali lagi aku nak cakap aku tak selapar yang ko sangka.aku tak seketagih yang ko ingat.ko teruskanlah hidup ko tu.tima kasih aku ucapkan sebab ko telah sebabkan aku terasa macam ni selama bertahun-tahun.aku tak kisah pun.ko buatlah apa yang ko suka.tapi ingat satu hari nanti mungkin ada orang yang akan buat sama dengan apa yang ko dah buat kat aku.masa tu akan merasalah macam mana yang aku rasa.dan bagi aku,aku akan memerhati dari jauh dan mungkin aku akan tersenyum puas sebab ko dah rasa apa yang aku rasa.ditipu.masa tu ko akan tahu langit tu tinggi ke rendah.KO INGAT TU.

Wednesday, June 4, 2008

A-Level

semalam bermulalah A-level bagi aku.aku lah antara makhluk yang paling lambat mula A-level pastu paling lambat habis.paper mula2,Bio paper 3.ok lah.aku boleh la menjawab walaupun study skit2 je.Alhamdulillah.masa jawab tu pulak,otak dok teringat pasal econs paper 4 hari yang sama pukul 2.tengah2 lukis graf tu,boleh lak teringat curves dalam econs.Philip's curve la,demand curve la.nasib baik aku tak lukis econs curve masa bio ari tu.paper econs ari tu,esei dia boleh la buat.mula2 cuak gak sebab tengok soalan pertama,tak leh buat,kedua,ketiga,keempat tak boleh buat.last2 tengok soalan 5 ngan 6,boleh la aku rasa kalau nak jawab.tapi yang bengangnya data response la.dia punya pembahagiaan markah,kejam gile.4,6,4,6 macam tu lah susunan markah dia.
pastu ari ni accounting paper 1 ngan 2,ok lah mmg boleh jawab.tapi tak tahu betul ke salah.aku masih boleh tersenyum bila kuar dewan.tapi kesian kat geng2 aku yang ambik P3 math ari ni.semuanya sedih sebab soalan susah sgt.mmg CIE ada niat nak membunuh.macam kawan aku katalah,diaorang dah jadi bahan ujikaji CIE.ada cikgu math cakap soalan P3 tadi adalah yang tersusah dalam sejarah A-level la.aku teringin sgt nak tengok soalan tu.tapi takpela.susah2 pun nanti graf dia akan turun gak.InsyaAllah.berdoa je lah.ok lah aku ada 5 papers lagi sebelum dibebaskan.haha.

Wednesday, May 28, 2008

Indahnya Bercinta

Best kan masa bercinta?boleh sesapa describe macam mana bestnye bercinta tu kat aku sebab aku ni ‘kolot’ skit tak penah bercinta.tapi aku rasa la best gile kot. Ye lah aku tengok pada yang dah ada pasangan tu berkepit je kehulu-kehilir. Kalau makan, nak makan skali takut ayang yang dicintai tak lalu makan, kalau study,nak study

Together-gether sebab lebih tenang dan rajin kiranya dapat blaja bersama. Kalau balik,nak dihantar takut jadi macam kes kehilangan budak pompuan tu.kalau ayang hilang,macam mana abang nak teruskan hidup abang ni. Aku gak dah tiga kali kot terserempak dengan satu pasangan berdua-duaan dalam gelap.tak tahu buat apa.tapi aku prasangka baik la.mungkin diaorang nak jimat elektrik kot,sebab tu tak bukak lampu. Ye lah demi menyahut seruan Tenaga Nasional Berhad supaya kita berjimat dalam penggunaan tenaga elektrik lagipun baru2 ni kan headmaster ada cakap kalau bil elektrik dapat dijimatkan, maka tahun depan dapat la bas sebuah untuk kolej ni. Tu je lah yang aku dapat agak. Aku ni bukan ustaz, ilmu agama pun tak tinggi mana,tapi aku rasa kalau siap pegang2 tangan, geser2 pipi (mungkin sedang melakukan eksperimen fizik untuk kaji kesan geseran dan penghasilan haba) dengan ajnabi,dah berdosa tu. Ustaz dan ustazah aku dulu cakap macam tu lah. So, aku rasa macam ni lah,kepada sesapa yang buat benda ni, tolong lah berenti. Aku tulis ni sebagai memperingati diri aku dan saudara seagama denganku ( Islam ). Kalau korang tak tahu cara nak berenti, jumpalah dengan orang yang lebih berilmu. Kalau sudah terlalu menyayangi seorang perempuan atau lelaki, simpanlah dulu niat tu. InsyaAllah kalau sudah ditakdirkan dia adalah milik kita, Allah tetap akan menemukan semula dengan cara yang lebih baik. Kalau kita tak dapat memilikin si dia, mungkin Allah dah tetapkan kita dengan orang yang lebih baik dan sesuai untuk menemani kita dunia dan akhirat. Kita merancang, Allah juga merancang,tetapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin juga ada yang beralasan nak kenal-mengenal dahulu antara satu sama lain sebab nanti kahwin,akan lebih bahagia. Tapi sedarlah kebahagiaan itu milik Allah, dan jika kita mencari apa yang dimiliki Allah ( dalam kes ni kebahagiaan ) dengan cara yang tidak diredai-Nya,adakah Allah akan mengurniakan kita dengan kebahagiaan itu? Aku menulis bukan sebab nak tunjuk aku lebih pandai tapi sebab mungkin dengan menulis aku dapat muhasabah diri ni. Ye lah tengah2 syok menulis mungkin aku akan bertanya pada diri aku, aku dok nasihat orang ni, diri aku tak buat ke benda ni?dan apa yang aku tulis ni juga aku tujukan kepada semua kawan2 aku,ataupun kalau ada yang geli nak mengaku aku ni kawan dia,anggap lah saja daripada seorang Muslim kepada saudara se-Islam yang lain.

Friendster

Aku bukak2 friendster je,aku terkejut sebab bilangan friends aku bertambah dari 179 ke 183.aku heran.macam mana boleh tambah.seingat aku,aku tak approve pun friends request dalam masa terdekat ni.aku jugak rasa yang aku tak add mana2 friends dalam beberapa hari ni.so,aku check sape new friends aku ni?aku check2 rupanya ada 4 orang minah yang jadi new friends aku.tapi yang aku panasnya,gambar minah2 ni semacam je.ada yang baring dalam cara yang boleh menjatuhkan iman sekalian lelaki sejati,ada yang pakai baju macam nak2 tak nak je pakai baju.sah2 ada orang yang men'dajjal'kan friendster aku ni.entah nyah mana,entah si pon-gah mana.
aku cuak jugak kekdahnya.mana taknya dulu ada kawan aku penah kene skali.orang hack dia punya friendster pastu post gambar pompuan tunjuk 'barang baik punya'.primary photo pun siap kene letak gambar tu lagi.ada sorang lagi yang kene macam ni.kawan aku gak.yang ni nyah hacker tu post buletin tajuknya 'check out my profile' tak silap aku.pastu bagi link kat website mana2 ntah.bila bukak je,hah! ambik kau,gambar pompuan bogel bagai.mula2 terkejut gak la.takkan la dia ni nak buat camni.setahu aku dia ni bukan pompuan 'jahat'.so,terpaksalah kawan aku ni membersihkan nama baik dia dek kerana nyah mana2 ntah.
so,kepada sesapa yang terima apa2 yang karut je daripada aku,comment ke,mesej ke,delete lah benda tu.bukan aku yang hantar tu.tapi daripada mamat/minah yang hack friendster aku.ntah datang dari lorong gelap mana ntah mamat/minah hacker ni.Lorong Haji Taib kot.

Study

malam ni,mak pegi RC lagi.nak study,bukan nak meronggeng,hah...gitu kekdahnya.kat RC ni mak tengok macam2 cara dan gaya bebudak ni study.ada yang gaya kuak lentang,ada yang gaya bebas,tak kurang jugak yang gayanya macam nak gi fashion show,baju diva bagai gitu.
ada yg jawab past year (cara paling popular),ada yang still buat nota ringkas,pada yang dah ada laki bini tu,study sesama kekdahnya untuk boleh study dengan lebih baik.apa2 je lah nyah oii....asalkan korang bahagia.dapat 'A',boleh fly,sudehh....(tapi redha Allah kene dapat jugak,kalau cara tak betul,macam mana nak dapat ?)bagi mak,baca je buku nyah Sloman tu,pastu hafal ayat2 dalam buku tu.keluar soalan,tulis je ayat2 yang mak hafal tu.mak tak kisah kalau org cakap mak ni plagiat org punya.mak nak 'A' je nyah.
ni gossip lain pulak ni.alah2 nyah.....dengar gossip je terus terbeliak mata.takde lah,mak tak suka gossip2 ni.mak dengar chem susah bagai tadi sampai ada yang nak buat ritual tarian sotong.takpelah yuolz doa je lah skrg ni.InsyaAllah dapatnye apa yang yuolz nak tu.mak pun ngah bimbang pasal Econs paper 4 ni.susah yuolz paper ni.mak pening.....
ok lah mak dah puas mengarut ni.bye
( kepada pembaca blog,gaya penulisan artikel ini bukanlah menggambarkan diriku yang sebenar,just nak cuba gaya penulisan baru.kepada pejuang2 dan pengguna2 setia bahasa les trois sundelz,maafkan aku kiranya ada tersilap penggunaan istilah dalam artikel ni.cabut.....)

Monday, May 26, 2008

Fly

dah kul 12 lebih ni.baru je pas study.teringat lak masa sekolah menengah dulu.korang pernah fly tak?ke korang tak tahu istilah fly tu ape?fly tu maknanya keluar asrama tanpa kebenaran la.aku dulu pun pernah gak fly dalam 2,3 kali.biasa orang fly waktu malam.tapi aku fly waktu siang. selalunya bila fly tu,pegi cyber cafe lah.main game.game yang paling famous skali masa sekolah menengah dulu, counter strike.siap ada pertandingan lagi antara senior dan junior.aku ingat lagi ada satu malam tu,lebih 20 orang budak2 asrama aku fly pegi CC sebab diaorang buat pertandingan counter strike antara senior dan junior.masa tu junior wakilnya dari form 1 dan 2 pastu senior lak form 3 dan 4.masa tu aku tak join lah sebab aku ni 'terer' sgt main game tu.mlm tu mmg sunyi lah asrama laki.sebab asrama aku dulu pelajar laki berapa org je.dalam 60 lebih je kot. tapi yang bestnye mlm tu,masa supper boleh la ambik kuih lebih2 dah ramai yang takde.aku lah yang bahagia.haha.yang menang malam tu,aku lupa lak.tak silap aku junior kot yang menang.mlm tu takde la yang kantoi.kekadang fly pegi beli nasi lemak.dulu tak jauh dari asrama aku ada satu kedai nasi lemak.kedai nasi lemak sentosa.mmg best gile lah nasi lemak kat kedai ni.dia bukak dari kul 7 mlm sampai 2 pagi (tak silap aku la).so,mlm2 kalau lapar je,ada lah yang akan fly untuk beli nasi lemak pastu kirimlah kat org yang fly ni.kekadang kalau pegi beli lewat dapat nasi banyak,sambal byk sebab kedai tu dah nak tutup.
tapi fly ni,bila nak keluar senang je tapi bila nak masuk tu susah bangat.line kene betul2 clear.
biasanya kalau yang amatur,memerlukan bantuan orang dalam untuk check line.tapi bila kantoi agak teruk la denda dia.ada kawan aku tu kantoi.denda dia adalah seperti berikut :

1 tidak dibenarkan untuk mengikuti sebarang aktiviti kecuali belajar kat sekolah
2 tidak dibenarkan untuk naik ke asrama kecuali untuk solat dari pukul 8 pagi sampai 11
sepanjang tempoh ni,dia 'dikurung' dalam bilik study.
3 dikehendaki melapor diri di meja pengawal setiap 1 jam dari pukul 8 pagi samapai 11 mlm.
agak teruk kan hukuman dia?haha.ok lah dah puas mengarut ni.bye.

Saturday, May 24, 2008

kecewa

hari ni, aku kecewa sebab PNB tak bagi aku pegi Nottingham.tapi takpelah,kurang-kurangnya aku boleh pegi ke australia.mana2 pun boleh asalkan aku boleh fly pastu sambung blaja.India pun tak kisah.tapi yang paling aku kecewa ari adalah sikap kawan aku.kenapa dalam hidup ni kekadang kita bersikap nak jatuhkan orang.tak boleh tengok orang lebih daripada kita,pastu mulalah tak senang duduk.nak jugak cari jalan supaya kawan kita tu jatuh,kalau boleh nak lebih teruk daripada kita.kenapa kita tak cuba nak naikkan diri sama taraf atau lebih baik daripada kawan kita tu? mungkin menjatuhkan sesuatu lebih senang daripada menaikkan sesuatu.macam dalam fizik.kalau kita jatuhkan sesuatu,ada tarikan graviti ke bawah kan kat objek yang jatuh tu,so senanglah nak menjatuhkan sesuatu.kalau nak naikkan sesuatu,ada tarikan graviti ke bawah,so susah nak naik. apa yang aku mengarut ni?tapi tu lah realiti kehidupan.penah dengar cerita ketam cina dgn ketam melayu?aku pun tak berapa ingat,tapi lebih kurang macam ni lah.kat satu pasar,ada seorang peniaga,yang membawa dua bakul berisi ketam,satu bakul ditutup dan satu bakul pula dibuka penutupnya.ada seorang mak cik yang hairan kenapa peniaga tersebut menutup satu bakul saja buka kedua-duanya.peniaga itu menjawab
'' ketam dalam bakul tertutup ni,ketam cina.ketam ni,kalau ada seekor nak keluar dari bakul yang lain akan menolong,kalau ketam yang cuba untuk naik tu gagal,ketam lain akan belajar daripada kesilapannya dan yang lain pula akan mencuba untuk keluar,ketam yang dalam bakul terbukak ni pulak ketam melayu,ketam ni tak payah ditutup bakulnya sebab kalau ada je seekor yang keluar daripada bakul,yang lain tidak akan menolong,malah ada ketam yang menarik semula ketam yang hampir berjaya keluar tu ke dalam bakul''
cerita ni bukanlan nak menghina mana2 bangsa,sebab saya pun berbangsa melayu.tapi tu lah realiti kan?ramai orang yang tidak boleh tengok orang lain senang.pastu mulalah nak jatuhkan orang.hasad dengki.sampai bila kita nak maju kalau semua orang bersikap macam ni.tak dinafikan ada cuba perbaiki diri untuk lebih baik daripada orang lain.orang yang macam ni,baguslah.teruskan.yang tak berapa nak bagus tu,cubalah ubah sikap.adios.

Tuesday, May 13, 2008

Si Buruk

Si buruk ini berangan lagi,

disangkanya,

sudah mendapat cinta seorang gadis,

rupanya tidak walau sepicing,

walau sekilas.

Si buruk ini berangan lagi,

disangkanya,

bisa menawan hati seorang gadis,

rupanya tidak,

rupanya angan mat jenin,

lebih punya peluang,

untuk digapai.

Kadangkala,

si buruk ini terfikir,

tiadakah cinta buat dirinya,

yang seperti manusia lain,

ingin disayang dan menyayang,

namun si buruk lupa,

ada yang tidak akan pernah pudar cintaNya,

pada dirinya,

Cinta Allah,

Cinta Hakiki.

Monday, April 14, 2008

Post 2

Emm...nak tulis apa yek dalam post kedua ni.pikir2.alah tulis je lah apa2 pun bukan kene bayar pun kan? lagipun ni blog aku ikut suka jantung hati aku la.
Pagi ni rasa malas gile lak nak kelas bio.sepatutnya aku takde kelas tapi disebabkan aku menumpang kelas junior,maka terpaksalah aku masuk kelas gak nanti banyak lak tertinggal topik dan sudah aku pahami sifat2 Mr boler yang akan menyerang hendap aku dengan soalan2 bio kalau aku tak masuk kelas dia walaupun aku ada sebab yang munasabah.tapi best gak la dia buat camtu.kurang2 aku tahu apa yang aku tertinggal.dan biasanya bila aku menghadapi saat2 genting macam ni,maka junior2 kelas aku akan membantu memberikan jawapan.thanks guys.haha.hari ni dah la kene anto kerja bio.satu booklet tu aku kene buat.aku lak main tangguh2.pastu last2 minute baru gelabah nak membuatnya.nasib baik sempat siap.pastu ari ni dia nak bincang lak kertas test ari tu.aku lak tak bawak.maka terpaksalah aku jalankan perkongsian.bukan perkongsian perniagaan,tapi perkongsian kertas soalan dengan kawan sebelah aku.
sebuat pasal kelas bio ni,mesti ada yang tanya apsal lak aku join kelas junior?saje gedik2 ke?lari.....(istilah terbaru acap pom2,nak tahu tanya dia.haha).aku join sebab aku takde subjek AS lagi.disebabkan aku lewat daftar untuk kelas AS,maka terpaksalah aku join junior.mula2 tu rasa segan gak la nak join kelas diaorang.nanti apa pulak kata diaorang.menyibuk dalam kelas diaorang.haha.aku nak menyamar yang aku ni junior gak.tapi silap taktik la.first day aku join diaorang aku pakai baju rasmi kolej pasal ari tu ari Sabtu.masa tu senior je yang ada baju tu.so,dengan sendirinya aku kantoi.aku ingatkan bench aku tu ada sorang budak chinese pasal muka dia macam chinese.aku agak2 la mungkin nama dia Ah Mei ke,Ah Chong tak mungkin la kot.aku tak tanya pun nama kwn2 satu bench ngan aku.sebab diaorang pompuan.kalau laki bolehla salam2 pastu tanya nama.aku ni kan pemalu.haha.esoknya barulah aku tahu nama diaorang.dan yang terkejutnya budak yang aku ingat chinese tu rupanya melayu.tu lah ceritanya masa mula2 aku masuk kelas tu.sampai sekaranglah aku dalam kelas tu.dengan junior2 yang sama.tapi masa AS nanti aku takleh la ambik ngan diaorang pasal diaorang kene ambik bln 11.
So,akulah wakil tunggal kelas tu dalam AS bln 6 nanti.

Friday, April 11, 2008

Assalamualaikum

baru nak update blog aku ni.dah brape lama yek aku ada blog ni?setahun kot.tak tulis apa2 pun.ada la beberapa post tapi bak kata org negligible.kalau dalam kimia ke negligible value tak diambil kira.tak significant pun.macam blog aku gak.tak significant pun.saje je dulu bukak blog sendiri.saje gedik2.orang ada blog aku nak ada blog gak.boleh dikira kiasu ke tu?emm....tapi kalu kiasu pun tak la sekiasu org yang dapat anugerah kiasu tu kat kolej ni.(jgn marah yek kepada pak cik dan mak cik kiasu)haha.gurau2.org kata gurau skali sekala tak pe,dua kali pecah kepala (kene hentak la).entah la aku nak mencarut apa lagi kat sini.takde dah kot.oklah kepada sesapa yang baca post ni,untuk post yang seterusnya,sila tunggu sampai aku fly ke uk nanti.(kalau nak baca post yang kedua la) sebab aku ni malas skit nak post2 benda ni. ok lah dah puas mengarut ni.ari selasa ni ada econs paper 3 lak.pening2.kalau susah kenelah aku merangkak keluar dewan nanti.mintak2 tak susah la.bye.