Sunday, October 24, 2010

we are immigrants

dalam satu dewan, aku berbual2 dengan kawanku.dia seorang berbangsa cina. kami sedang menunggu mesyuarat agung persatuan pelajar Malaysia. tiba2 kawan aku tu ckp

"oh there are so many chinese compared to malays, so chinese wins over malays"
aku pulak menjawab

"no lah (English Malaysians style.hehe) we are Malaysians. no race should win over another"
dia pulak menambah

"we are just immigrants"

Terkejut aku sebentar mendengar jawapan dari dia.walaupun jawapan itu aku rasakan hanya gurauan namun bagi aku ia mencerminkan betapa kaum cina di Malaysia masih menganggap diri mereka pendatang di Malaysia. mungkin inilah hasil dari polisi2 kolot di Malaysia. polisi yang dihasilkan oleh mereka yang mementingkan diri sendiri.biarlah polisi itu akan memberikan kemudahan kepada aku sebagai orang melayu tapi aku takkan sekali2 menyokong mana2 polisi yang membawa ketidakadilan kepada mana2 kaum.menjadi seorang berbangsa melayu tidak bermakna seseorang itu berlaku tidak adil.

mungkin juga ini adalah hasil dari doktrin pemikiran yang disebarkan oleh manusia2 yang merasakan diri mereka lbh berkuasa keatas orang lain.contohnya dalam program BTN. aku penah mengikuti program BTN ni sblm aku fly.kononya kalau tk lulus BTN takleh fly.celaka mana ntah menyebarkan dakyah menipu lg bangang ni.padahal ramai je kawan2 aku yg tak ke BTN tp boleh je fly.dalam program ni, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil utk aktiviti LDK.dlm LDK ni, tanpa segan silu dan rasa bersalah fasilitator menanam dakyah bangsat perkauman kepada kami.awak ingat kami bodoh lg bangang ke nak percaya benda2 mcm tu? mcm2 lah diaorang ckp.kaum lain kaum menumpang la apa la.dah la dlm kumpulan aku tu ada sorang chinese.tiap2 hari la dia kene tahan telinga dengar2 benda2 tu.kesian dia.benda2 mcm nilah boleh merosakkan perpaduan bukannya dengan memahamkan kaum lain bahawa mereka harus menerima diri mereka hanya seorang pendatang.dah 53 thn kita merdeka ok.sedar2 lah penyebar dakyah perkauman keparat.

Tuesday, October 12, 2010

Dah buntu

Perbincangan Warwick-Kick start diteruskan di ruangan inbox facebook bersama2 krew. perkara terbaru yang dibincangkan adalah mengenai lagu tema.maka banyaklah idea2 yang keluar.ada yg bernas ada yg tak brape nak bernas (i try not to be nice here). ada lah aku mengeluarkan komen supaya lagu tu betul2 sesuai dengan pegangan peserta, dan yg paling penting sesuai ngan tema dan objektif program.kalau tak sesuai tak brape nak jadilah.mcm cite kamen rider tp lagu tema awallah dondang dendangan Noraniza Idris.mcm apakah?perbincangan diteruskan dan ada yg masih kuarkan idea yg mmg tidaklah menepati tema.aku meminta agar pengarah modul utk postkan objektif dan tujuan semua barulah senang skit nak buat rujukan.

lps tu ada yg kuarkan ayat dimana ayat tu membawa maksud bahawa cadangan2 lagu yg diberikan sblm ni tidaklah dibuat rujukan dahulu objektif program.aku hanya mampu bersabar.org yg bg statement tu adalah pompuan.aku bkn nak bersikap sexist ye kat sini. ramai pompuan yg hebat2 yg aku kenal dan aku hormati.cuma aku tak puas hati bila ada yg kutuk aku,tak puas hati ngan aku semata2 aku tak pandai dan jahil mcm mana nak tegur pompuan? takkanlah setiap kali mereka buat silap aku nak kata 'oh takpe perkara kecik je tu.boleh ubah lg' ataupun 'oh takpe2 sy akan tlg uruskan semua'.adakah itu sesuatu ayat yg membina? bg aku tidak langsung.aku rasakan benda2 mcm memahami apa itu tema adalah common sense ataupun pengetahuan umum yg semua org tak kira jantina akan tahu.jd jika tersilap aku akan tegur. aku jua manusia yg bisa memahami. takkanlah aku nak tegur/marah jika pompuan ckp 'oh sy tak larat nak angkat brg2 tu semua,boleh tlg tak?'i'm not that crazy.

kalau ada yg ckp aku ego sbb tak penah nak paham pompuan walaupun dah khatam beberapa buku pasal pompuan ni,katalah.aku tak kisah.the truth is i'm a learner.a beginner in this women psychologist field. seorang bdk tadika takkan dpt memahami teori2 ekonomi sebaik shj melangkah ke alam persekolahan.itulah gambaran diri aku.jika mereka yg tegur n kutuk aku ni lbh memahami wanita maka ajarlah aku.tapi tlg dengar apa jua pendapat aku.nape aku buat begitu dan begini. ingat aku jua manusia yg bisa belajar utk memahami manusia yg lain. aku tidak mahu menjadi manusia yg terlalu lembut dan terlalu keras kerana keduanya2 bisa memusnahkan.


Friday, October 1, 2010

Yang Maha Bijaksana

Ingat kisah bahtera nabi Nuh tak?kisah semasa bahtera itu dalam proses pembinaan?ramai org kafir mengatakan bahawa Nabi Nuh telah gila kerana membuat bahtera di daratan. ada juga yg berhati jahat membuang najis mereka didalam bahtera itu sehingga ianya dipenuhi dengan najis2 org kafir (ko ingat tu tandas awam ke?), namun yg beriman tetap terus mempercayai kebenaran yg dibawa oleh Nabi Nuh.

Namun sebijak2 dan sejahat2 manusia, Allah itu lebih bijaksana, maha bijaksana. Nabi Nuh dan para pengikutnya tidak perlu membersihkan najis2 tinggalan puak kafir sebaliknya mereka jualah yg membersihkannya (pandai buang, pandailah 'flush' lah). Bagi Allah senang shj hendak mengembalikan penghinaan yg dilemparkan oleh puak kafir kepada Nabi dan agama-Nya. Dijadikan najis2 dlm bahtera itu sbg penawar segala penyakit maka berduyun-duyunlah puak kafir mengambil kembali bahan buangan mereka sehingga bersih kapal itu dr najis2. Allahuakbar!

Begitu jualah situasi pada hari ini. Allah menggunakan kembali helah utk menjatuhkan agama-Nya sebagai senjata utk menjatuhkan org2 yg menggunakannya. dlm erti kata lain senjata makan tuan.masih ingat dengan peristiwa pengoboman WTC di US pada suatu ketika dahulu?ada yg beranggapan bahawa tragedi ini bertujuan utk menjatuhkan Islam dengan melabelnya sbg agama pengganas. namun apa yg berlaku adalah sebaliknya.ramai non-muslim mula tergerak hati utk mengenali Islam.utk mencari jawapan adakah Islam itu benar2 agama pengganas?dan ramai drpd mereka yg memeluk Islam kerana sudah bertemu dengan jawapannya.Subhanallah!

Begitu jua dengan beberapa peristiwa di Malaysia. peristiwa adakah non-muslim boleh memasuki masjid InsyaAllah sudah mula terjawab dengan adanya ustaz2 yg hanya mementingkan tugas mereka memelihara kesucian Islam tanpa mengendahkan kuasa2 politik kotor yg mampu mengongkong mereka.terima kasih ustaz/ustazah! tidak kurang juga isu terbaru di mana adakah boleh menerima wang bantuan yg bercampur dengan wang hasil haram?(penjualan arak,judi) kini sedang dijawab oleh ustaz/ustazah.adakah sblm ini terdetik hati kita utk bertanyakan soalan2 seperti bolehkan non-muslim memasuki masjid?mungkin ramai diantara kita yg tidak pernah terdetik pun termasuklah aku.namun dengan isu2 sebegini yg sengaja ditimbulkan utk menjatuhkan mereka yg berjuang demi Allah telah mengakibatkan org ramai semakin lama semakin cuba memahami hukum2 dlm Islam dan Islam itu sendiri. dan mungkin juga non-muslim telah mula mahu mengenali Islam dengan isu2 ini.InsyaAllah.