Saturday, February 21, 2009

Nikah

ptg jumaat lps ada majlis akad nikah kat prayer hall uni.ntah sapa yang nikah,tak kenal pun.ni lah first time tengok org nikah kat sini.ingatkan cara dia samalah cam kat malaysia.tapi lain skit.kat sini tok kadi just ckp ali bin abu (nama laki) sudikah ko terima siti binti aminah (nama pompuan) sebagai isteri dengan syarat2 yang telah dibacakan dengan mas kawin 120 dan 80 gram emas? (lebh kurang camni lah soalan dia.tok kadi tu ckp dlm English la aku just translate je.hehe) pastu pangantin lelaki akan jawab yes i heve.tanya 3 kali.jawab 3 kali.takde salam2 pun.takde pun saksi yang kata sah.kat pengantin pompuan pun prosesnya sama.
kalau kat malaysia kene salam ngan tok kadi,baru lah akad.yang part yang best masa tok kadi henjut skit tgn pengantin lelaki pas dia bacakan ayat akad tu.time tu kalau pengantin laki berdebar2,mmg kantoilah.ada satu kes kat kampung aku dulu,ada sorang ni debar2 sgt nak kawin,sampai tok kadi suruh mengucap pun takleh.mmg haru lah masa tu.nasib baik lah pas beberapa minit,dia boleh tenangkan diri.kalau tak,jawabnya tak kawin lah dia hari tu.hehe.berdebar sgt ke nak kawin?bkn ke gembira?ntah lah.aku tak tahu.tak kawin lagi.hehe.
satu lagi yang bezanya nikah kat sini,takde wang hantaranlah.kalau kat malaysia,kalau takde minimum 6 ribu (ringgit ye,bkn rupiah) jgn haraplah nak kawin.wang hantaran saje dah beribu,tu tak tambah lagi dengan dulang hantaran.kalau belah pompuan mintak serba satu lagi masalah.botaklah kapla ye kaum laki.hehe.ikut adat gak,tak tahu kalau tempat lain tak sama,kat kelantan,kalau korang kawin dengan sorang pompuan yang akaknya belum kawin,korang kene bagi benda yang sama yang korang bagi kat isteri korang masa kawin tu kat akak dia tu.so, pandai-pandailah ye cari pompuan yang akaknya dah kawin.hehe.pastu wang hantaran ni kalau dulu bergantung kpd permintaan domestik dan antarabangsa terhadap pompuan tu.makin tinggi permintaan,makin tinggi wang hantaran.em bagus ada aplikasi teori ekonomi.maksudnya kalau dulu,kalau korang nak kawin ngan org lawa,bersedialah dengan duit yang byk ye.tapi kalau skrg,mak aku ckp,lbh bergantung kpd taraf pendidikan.makin tinggi pendidikan,makin tinggi wang hantarannya.so kalau korang nak kawin dgn org yang blaja kat cambridge ke,oxford ke,harvard,MIT,pandai2lah ye sediakan duit lbh skit.benda ni,belah pompuan je boleh mintak wang hantaran.belah laki jgn pandai2 lak nak mintak.takde org nak byr.tapi semuanya depends kat parents pompuan tu.kalau nak mintak mahal,mahallah wang hantarannya.
tapi sebenarnya dlm Islam,takde istilah wang hantaran.ada istilah mas kahwin je.kalau kat malaysia,mas kahwin berbeza ikut negeri.yang paling mahal dulu2,lupa negeri mana,cuma dlm RM 40 something je.tapi skrg ni dah naik skit kot.tengok,kalau ikut Islam,senang je kan benda ni?takyah pening2 nak pikir pasal duit kalau nak kawin,gaji sebulan pun dah cukup kot.ni tak,sampai ada yang meminjam sebab nak kawin.kita ni kekadang lebih ikut adat daripada agama.org kata lbh sudu dari kuah (betul ke penggunaan ni?).tak salah nak ikut adat,tapi berpada-padalah.aku rasa kalau kawin tu dibuat betul2 ikut Islam,gejala seks sebelum kawin kuranglah skit kot.oh lupa nak ckp.pas tengok org kawin hari tu,ramailah yang pasang niat nak kawin kat sini je.lbh murah dan senang.hehe.tapi of course lah bila dekat2 nak tamat blaja nanti.

Wednesday, February 11, 2009

Hari Lahir




semalam (10/2/1988) adalah hari lahirku.maka genaplah umur aku 21 thn.emm..dah lama aku hidup rupanya.tapi dalam 21 thn ni,ada gak terfikir dah brape byk sumbangan yang aku berikan pada org di sekeliling aku.ye lah erti hidup ni kan pada memberi.dan dah tua2 ni,kalau zaman dulu dah jadi bapak org,dah matang ke aku.matang dalam menilai kehidupan.no comment.mungkin ya dan mungkin tidak.
tima kasihlah kepada semua yang ucapkan selamat hari lahir dan kepada yang menghulurkan hadiah.aku rasa ni lah hari lahir aku yang aku dpt byk ucapan daripada kwn2.tima kasih skali lagi.dan tak lupa gak kepada yang buat birthday dinner.ingat lagi masa kat kolej dulu,kalau ada birthday sesapa,mesti pegi ke cafe,beli biskut yang 20 sen satu tu,beli dalam 1 ringgit.pastu ada yang beli air,pastu balik chalet,sambut sama2.walaupun tiada birthday cake dari secret recipe,tapi sambutannya tetap meriah.yang penting masing2 ikhlas kan nak gembirakan hati kwn.ada gak yang sambut birthday cara yang bagi aku agak ganas.time birthday je,mesti birthday boy sembunyi entah ke mana.ye lah kalau kene tangkap mmg nahas lah.kuah laksa sarawak masam menanti mangsanya.kekadang tengok kesian gak pada yang kene tu.busuk tu kuah laksa masam.tapi nak buat mcm mana selagi yang kene tu tak terasa hati,kira ok lah kan?mungkin tu cara diaorang bergurau.tapi kan lbh elok kalau sambut je baik2.belanjan mkn ke,minum ke,semua org happy.ye dak?
pastu ada lagi satu peristiwa kat kolej dulu.masa tu kat cafe.ada sambutan hari lahir sapa ntah.pastu lps je nyanyi rasanya (tak sure sgt sebab ni diceritakan oleh beberapa org saksi),cake tu digunakan untuk mengenakan birthday boy/girl.Ya Allah membazirnya kan.entahlah apa yang diaorang fikirkan.tapi mungkin bagi org yang berada mcm diaorang tu,membazir kek yang harganya cuma beberapa belas atau puluh ringgit tu bukanlah sesuatu yang besar,tapi bagi aku, nilai itu begitu besar.tapi walau apapun,membazir tetap salah.apalah salahnya kalau kek tu diberi sahaja kepada mereka yang nak mkn,pahala pun dapat kan?mak aku selalu ckp kalau kita gembirakan hati org lain,InsyaAllah lain kali org lak akan gembirakan kita.

Saturday, February 7, 2009

Dikir Barat MNight

akhirnya berakhirlah sudah latihan dikir aku kat sini.brape minggu ek aku berlatih?dalam 3 minggu kot.lbh kurang la.sepanjang aku berlatih ni,ramai la org baru yang aku kenal.kebanyakkan org cina la.sebenarnya best gak kwn ngan diaorang.bkn apa sebelum ni aku takde pun kwn cina. pasni InsyaAllah,bila jumpa,boleh la tegur2 diaorang kan.Tee,Yee Han,Arthur,John,Robin,Tony, Zhi Yi,En Li,Sue Bee,Yan Foo tu je yang aku ingat.yang lain kenal muka tapi tak tahu nama.hehe (betul ke ejaan nama tu?).sebenarnya latihan dikir barat ni telah mengubah persepsi aku terhadap org cina.aku ingat dulu diaorang tak nak campur ngan org melayu.tapi sangkaan aku meleset.mereka sgt baik.tapi satu je yang kita kene jaga.dalam soal benda2 yang tak dibenarkan dalam Islam lah.ada je kan benda yang diaorang buat,tapi kita takleh.so,jgnlah buat.pandai-pandailah jaga.
ni adalah kali pertama aku masuk persembahan yang tidak melibatkan pertandingan.sebelum ni semua pertandingan.best sgt.tak tekanan sgt.takde org nak emo lbh2.pastu benda tu dibuat secara happy.takde pun niat nak mengejar kemenangan.cuma niat untuk buat yang terbaik.tima kasih lah kepada Hazim yang ajak aku masuk benda ni.satu pengalaman baru yang aku dapat.pasni tak dengar dah la Hazim ckp "ok guys,lets do this",Su Bee ckp "ok guys we can do this,come on,come on"(sambil melompat-melompat.hehe) Zhi Yi ckp "i'll smack u" dan hiperbola daripada En li.hehe dan tak dapat tengok dah pergerakan dikir paling lucu yang bdk pompuan buat.tiap kali aku tengok pergerakan ni,aku tergelak sorang2 kat belakang.last2 aku pandang lain masa pompuan buat gerakan ni.hahaha.tapi tadi puas hati la sebab persembahan dikir tadi mmg best.oh lupa,kepada hypo yang telah gantikan tempat aku untuk nyanyi lagu ewa bule,thanks a lot.