Saturday, February 21, 2009

Nikah

ptg jumaat lps ada majlis akad nikah kat prayer hall uni.ntah sapa yang nikah,tak kenal pun.ni lah first time tengok org nikah kat sini.ingatkan cara dia samalah cam kat malaysia.tapi lain skit.kat sini tok kadi just ckp ali bin abu (nama laki) sudikah ko terima siti binti aminah (nama pompuan) sebagai isteri dengan syarat2 yang telah dibacakan dengan mas kawin 120 dan 80 gram emas? (lebh kurang camni lah soalan dia.tok kadi tu ckp dlm English la aku just translate je.hehe) pastu pangantin lelaki akan jawab yes i heve.tanya 3 kali.jawab 3 kali.takde salam2 pun.takde pun saksi yang kata sah.kat pengantin pompuan pun prosesnya sama.
kalau kat malaysia kene salam ngan tok kadi,baru lah akad.yang part yang best masa tok kadi henjut skit tgn pengantin lelaki pas dia bacakan ayat akad tu.time tu kalau pengantin laki berdebar2,mmg kantoilah.ada satu kes kat kampung aku dulu,ada sorang ni debar2 sgt nak kawin,sampai tok kadi suruh mengucap pun takleh.mmg haru lah masa tu.nasib baik lah pas beberapa minit,dia boleh tenangkan diri.kalau tak,jawabnya tak kawin lah dia hari tu.hehe.berdebar sgt ke nak kawin?bkn ke gembira?ntah lah.aku tak tahu.tak kawin lagi.hehe.
satu lagi yang bezanya nikah kat sini,takde wang hantaranlah.kalau kat malaysia,kalau takde minimum 6 ribu (ringgit ye,bkn rupiah) jgn haraplah nak kawin.wang hantaran saje dah beribu,tu tak tambah lagi dengan dulang hantaran.kalau belah pompuan mintak serba satu lagi masalah.botaklah kapla ye kaum laki.hehe.ikut adat gak,tak tahu kalau tempat lain tak sama,kat kelantan,kalau korang kawin dengan sorang pompuan yang akaknya belum kawin,korang kene bagi benda yang sama yang korang bagi kat isteri korang masa kawin tu kat akak dia tu.so, pandai-pandailah ye cari pompuan yang akaknya dah kawin.hehe.pastu wang hantaran ni kalau dulu bergantung kpd permintaan domestik dan antarabangsa terhadap pompuan tu.makin tinggi permintaan,makin tinggi wang hantaran.em bagus ada aplikasi teori ekonomi.maksudnya kalau dulu,kalau korang nak kawin ngan org lawa,bersedialah dengan duit yang byk ye.tapi kalau skrg,mak aku ckp,lbh bergantung kpd taraf pendidikan.makin tinggi pendidikan,makin tinggi wang hantarannya.so kalau korang nak kawin dgn org yang blaja kat cambridge ke,oxford ke,harvard,MIT,pandai2lah ye sediakan duit lbh skit.benda ni,belah pompuan je boleh mintak wang hantaran.belah laki jgn pandai2 lak nak mintak.takde org nak byr.tapi semuanya depends kat parents pompuan tu.kalau nak mintak mahal,mahallah wang hantarannya.
tapi sebenarnya dlm Islam,takde istilah wang hantaran.ada istilah mas kahwin je.kalau kat malaysia,mas kahwin berbeza ikut negeri.yang paling mahal dulu2,lupa negeri mana,cuma dlm RM 40 something je.tapi skrg ni dah naik skit kot.tengok,kalau ikut Islam,senang je kan benda ni?takyah pening2 nak pikir pasal duit kalau nak kawin,gaji sebulan pun dah cukup kot.ni tak,sampai ada yang meminjam sebab nak kawin.kita ni kekadang lebih ikut adat daripada agama.org kata lbh sudu dari kuah (betul ke penggunaan ni?).tak salah nak ikut adat,tapi berpada-padalah.aku rasa kalau kawin tu dibuat betul2 ikut Islam,gejala seks sebelum kawin kuranglah skit kot.oh lupa nak ckp.pas tengok org kawin hari tu,ramailah yang pasang niat nak kawin kat sini je.lbh murah dan senang.hehe.tapi of course lah bila dekat2 nak tamat blaja nanti.

1 comment:

sarahyahya said...

salam..wpon dah agak lambat untuk komen, tp rasa nk jugak..sungguh benar kata mak awak..lg tinggi pendidikan, lg tinggi hantaran..heh..dan jugak, dik, skang ni rm4000 tak cukup utk kenduri kawin..sedangkan kalau open house pon tetamu akak ada dlm 500org..huhu