Monday, November 22, 2010

something about me (a post before bedtime)

tajuk bahasa Inggeris tapi bendanya dlm bahasa melayu.boleh kan?eh lupa lak ni blog aku,lantak aku nk tulis bahasa apa sekalipun. bahasa kaum asli Afrika selatan pun boleh je kalau aku reti la. dulu dan even skrg pun ada yang ckp aku ni muka serius. mcm sombong.kalau kat sekolah dulu juniors terutamanya pompuan agak cuak skit rasanya nak tegur aku.mak aku pun ckp aku muka garang. kadang2 kalau balik kampung pastu ada orang tanya samada aku dah ada calon atau tak (calon isteri la takkan calon anugerah berita hairan lak), pantas je mak aku menekan buzzer,tettt, dan mengatakan mcm manalah aku nak ada kalau ngan pompuan pun muka masam semacam je. aku senyap je.mak aku tak tahu lg mcm mana anak dia ni :D sama mcm sekolah dululah. dari form 1 sampai 3, kitaorang (geng2 pnb) diasingkan antara sekolah laki n pompuan. masa tu aku tak kenal sorang pun nama bdk2 pompuan yang sama batch ngan aku.muka pun tak cam.masa form 4 n 5 barulah kenal semua yang sama batch.

masa kat kolej kyuem dulu pun sama macam tu gak.betapa teruknya aku sampaikan ada je seniors laki yang aku tak penah ckp ngan diaorang sama gak ngan batch aku ada je yang aku tak penah ckp. tu baru laki. kalau pompuan lagi teruk. kalau senior pompuan, seingat aku, lbh kurang dlm (nanti nak kira ngan jari jap) 10 orang kot.tu termasuk masa aku ckp ngan diaorang masa nak ambik tandatangan masa induction week la 'kak mintak tandatangan' tu ayat popular aku la masa tu.yang lain fasi aku,ketua department masa bangsawan dan beberapa ketogari lg.kalau ngan batch aku, mmg ada yg aku tak kenal nama. ada sorang kawan satu batch ngan aku,ede, dulu aku ingat dia takleh ckp melayu.so tidaklah berani hamba nak berbicara dengan bahasa inggeris hamba yang amatlah terbaik ini.pastu ada satu lagi.dulu2 aku ingat milo itu laila dan laila itu milo sampailah aku jumpa kat OBS baru tahu yg mana satu milo.teruk kan?kalau laki lak ada je yang aku tak tahu nama sampai skrg.sbb tak penah ckp kan.jumpa senyum2 mcm tu je lah

kalau kat uni ni aku agak baik la.aku kenal ngan semua bdk2 batch aku.takde lg tertukar org :). tp ada je yang ckp aku ni masih serius dan garang. ada satu majlis tu, masa aku tgh ambik makanan, ajk yg bg makanan tu tetiba ckp slow kat kawan dia 'seriusnya dia ni' aku mcm kata dalam hati 'hello, i heard that' mengumpat depan2 tu. sebetulnya aku takdelah seserius yang disangka.aku masih mampu membuat lawak sengal.cuma aku tak pandai sgt bergaul. aku suka berkawan,cuma aku tak tahu mcm mana nak mulakan ikatan kawan tu.tp bila dah jadi kawan, aku rasa aku ok je.kalau korang nak tegur aku,mulakan dengan buat lawak ringan2. InsyaAllah aku boleh balas blk.pasal yg aku kurang senyum tu, aku rasa tu kes bila jumpa di jalanan je dan biasanya pompuan.aku sbnrnya tak suka sgt senyum kat pompuan yang aku tak kenal.kadang2 kalau dr jauh aku nampak mcm pompuan je,aku akan menukar jalan, tak mahu terserempak sbbnya kalau terserempak,aku tak tahu nak buat apa.kalau buat muka dunno kang org kata sombong lak.so baik aku melarikan diri sedikit.hehe.so itu sajalah pasal diri aku.so jgn takut2 ngan aku yg bermuka serius tapi sbnrnya takdelah serius pun.kalau jumpa mana2 tegur je.nk harap aku dulu,mcm lambta skit la.