Monday, March 29, 2010

Betul ke tu?



sedih bile tengok gambar pengeboman di Moscow. bagi aku apalah salahnya org ramai sampai ada yang sanggup mengebom train tersebut. kadang-kadang aku terfikir betul ke jalan perjuangan yang mereka pilih. aku bukannya hakim untuk menilai dan juga bukannya alim ulama' untuk mengeluarkan hukum dan fatwa tapi dari pandangan mata dan minda kecilku perbuatan ini sama sekali tidak dibenarkan dalam Islam.

Teringat cerita-cerita perang Islam yang aku baca. Walaupun tidaklah banyak yang aku tahu, namun serba sedikit dapat aku ambil pengajaran. Tentera Islam pimpinan Nabi Muhammad saw dan para sahabat, tidak pernah mencederakan atau membunuh kanak-kanak dan perempuan. mereka juga tidak membunuh mereka yang tidak berdaya untuk melawan. Betapa perang dalam Islam adalah dalam bentuk yang lebih aman dan berperikemanusiaan. Lain pula aku tengok kejadian di Moscow ini. Train diletupkan dan sudah tentulah ada dalam kalangan mangsa adalah wanita, kanak-kanak dan mereka yang tidak berdaya dan tidak bersalah. Ada juga kejadian seumpamanya dia kota london dan juga kejadian meletupkan kapal terbang. Jika benarlah pelakunya adalah Islam, maka sekali lagi Islam akan dilemparkan fitnah dek kerana beberapa kerat muslim yang gagal menyalurkan semangat yang membara untuk membela Islam ke saluran yang betul.

Tentera Islam juga tidak pernah membunuh kerana kepentingan dan perasaan yang wujud dalam diri. Sifat dendam tidak pernah dijadikan alasan untuk membunuh. Mereka membunuh kerana Allah swt dan hanya Dia jualah tempat disalurkan segala niat. Teringat kisah seorang sahabat semasa berlawan satu lawan satu semasa dalam salah satu perang. Sahabat tersebut sudah hampir memotong kepala lawannya namun dia segera berhenti apabila mukanya diludah oleh musuh itu. Musuh itu hairan lalu bertanya mengapa dia tidak memotong kepalanya, lalu sahabat menjawab kalau sebelum itu niatnya untuk membunuh adalah kerana Allah namun selepas diludah, niatnya sudah berubah untuk membunuh kerana perasaan marah. Disini aku melihat bahawa membunuh dalam mana2 perang adalah kerana Allah bukan kerana perasaan dendam dan benci yang disemai dalam diri.

Islam adalah agama yang mementingkan keamanan.jadi kenapa rosakkan identiti tersebut dan Islam juga adalah agama yang hebat,mengapa kita malu untuk menyerlahkan kehebatan tersebut. Namun tidak dinafikan mungkin kejadian2 seperti di Moscow adalah konspirasi terancang untuk menabur fitnah kepada Islam.Jadi marilah kita menadah tangan memohon kepada Allah untuk membongkarkan segala fitnah dan melindungi agama Islam serta penganutnya. Ingatlah jika manusia menyangka mereka licik dalam merancang, Allah jauh lebih hebat dan licik drpd manusia. Ingat tak kisah bahtera Nabi Nuh dimana kaumnya mengotorkan bahtera yang dibina dengan niat untuk menghina Nabi Nuh,namun akhirnya kaumnya dihina dengan teruk di mana mereka jugalah yang membersihkan kapal tersebut daripada najis2 mereka sendiri (Allah menjadikan najis mereka penawar mujarab segala penyakit).

Sunday, March 21, 2010

sapa yang salah?

Kes1

Mengimbau kembali kenangan sekolah rendah. Dulu isteri kepada cikgu aku jual burger masa rehat kedua (rehat antara waktu persekolahan biasa dan kelas agama). Dia tinggal dalam kawasan pagar sekolah. setiap hari mmg ramai pelajar yang pegi beli burger kat umah cikgu aku tu sbb murah dan sedap. Lagipun dia berniaga bukan sebab nak untung sgt pun, hanya nak hilangkan rasa bosan. Tapi tu hanya kekal beberapa bulan sahaja sbb akhirnya ada cikgu yang melarang kami pergi membeli kerana dikatakan menganggu cikgu berkenaan. Tapi yg peliknya walaupun selepas arahan dikeluarkan, isteri cikgu aku tu tetap berniaga. kalau rasa terganggu, dia dah berhenti berniaga. Masa tu aku mmg syak tokey kantin punya keje la sbb anak dan menantu dia adalah cikgu di sekolah tu,so adalah pengaruh sikit2. sebelum ni pun dah berlaku kes2 yang sama. selepas arahan tu, kantin sekolah pun mulalah jual burger gak. tapi burger yang dijual tu, dah la daging nipis je (dibahagi dua) pastu lagi mahal

Kes2

Dulu ada kecoh kat media TV3 sebab ada tuan-tuan kedai makanan yang tak puas hati dengan beberapa tuan kedai dari negara asing. Mereka dikatakan telah mengganggu periuk nasi tuan kedai tempatan dengan membuka kedai awal pagi dan menutup kedai tersebut lebih lewat. Mereka juga menawarkan perkhidmatan yang lebih pelbagai daripada tuan kedai tempatan menyebabkan pelanggan mereka telah 'dirampas'. Mereka meminta pihak berwajib supaya merampas permit daripada warga asing terbabit kerana bagi mereka Malaysia adalah negara mereka dan warga asing tidak layak untuk mendapat lebih. Aku yang mendengar berita terbabit tersengih sbb lucu dengan keadaan itu.

Itulah antara situasi yang menggambarkan betapa manusia lebih suka untuk terus 'tidur' dalam zon selesa. Mereka tidak suka untuk diganggu gugat dengan cabaran-cabaran hidup yang bakal mengheret mereka ke zon yang lebih berisiko. Oleh itu mereka lebih suka jika keadaan yang berubah untuk mereka.

Sikap ini sama sahaja dengan sikap bayi. Bayi merasakan bahawa dunialah yang berubah untuk mereka. Jika mereka memerlukan apa2, mereka hanya perlu menangis dan ibu bapalah yang akan datang dan melakukan apa kehendak bayi berkenaan. Tapi kita bukanlah seorang bayi lagi. Kita sudah dewasa dan dikurniakan Allah akal untuk berfikir dan kudrat untuk melaksanakan. Berapa ramai diantara kita yang bila melihat kejayaan orang lain, kita akan mengatakan 'alah dia takpelah,terer' brape ramai diantara kita yang akan berkata 'course dia mudah,mmg lah boleh score' Inilah juga antara alasan2 yang kita gunakan untuk mengelakkan diri kita keluar daripada zon keselesaan yang kita kecapi sekarang.

Dalam kes yang pertama, boleh je tokey kantin tu jual burger yang lagi berkualiti untuk menghadapi saingan. Tidak perlu rasanya untuk menggunakan saluran undang-undang sekolah. dan untuk kes kedua pun sama. Tuan kedai tu mmg boleh buka kedai lg awal dr warga asing tu dan sediakan perkhidmatan yang lagi baik. Tapi mereka memilih jalan yang senang. Tidak mahu untuk dewasa dari segi pemikiran dan tindakan.