Monday, March 29, 2010

Betul ke tu?



sedih bile tengok gambar pengeboman di Moscow. bagi aku apalah salahnya org ramai sampai ada yang sanggup mengebom train tersebut. kadang-kadang aku terfikir betul ke jalan perjuangan yang mereka pilih. aku bukannya hakim untuk menilai dan juga bukannya alim ulama' untuk mengeluarkan hukum dan fatwa tapi dari pandangan mata dan minda kecilku perbuatan ini sama sekali tidak dibenarkan dalam Islam.

Teringat cerita-cerita perang Islam yang aku baca. Walaupun tidaklah banyak yang aku tahu, namun serba sedikit dapat aku ambil pengajaran. Tentera Islam pimpinan Nabi Muhammad saw dan para sahabat, tidak pernah mencederakan atau membunuh kanak-kanak dan perempuan. mereka juga tidak membunuh mereka yang tidak berdaya untuk melawan. Betapa perang dalam Islam adalah dalam bentuk yang lebih aman dan berperikemanusiaan. Lain pula aku tengok kejadian di Moscow ini. Train diletupkan dan sudah tentulah ada dalam kalangan mangsa adalah wanita, kanak-kanak dan mereka yang tidak berdaya dan tidak bersalah. Ada juga kejadian seumpamanya dia kota london dan juga kejadian meletupkan kapal terbang. Jika benarlah pelakunya adalah Islam, maka sekali lagi Islam akan dilemparkan fitnah dek kerana beberapa kerat muslim yang gagal menyalurkan semangat yang membara untuk membela Islam ke saluran yang betul.

Tentera Islam juga tidak pernah membunuh kerana kepentingan dan perasaan yang wujud dalam diri. Sifat dendam tidak pernah dijadikan alasan untuk membunuh. Mereka membunuh kerana Allah swt dan hanya Dia jualah tempat disalurkan segala niat. Teringat kisah seorang sahabat semasa berlawan satu lawan satu semasa dalam salah satu perang. Sahabat tersebut sudah hampir memotong kepala lawannya namun dia segera berhenti apabila mukanya diludah oleh musuh itu. Musuh itu hairan lalu bertanya mengapa dia tidak memotong kepalanya, lalu sahabat menjawab kalau sebelum itu niatnya untuk membunuh adalah kerana Allah namun selepas diludah, niatnya sudah berubah untuk membunuh kerana perasaan marah. Disini aku melihat bahawa membunuh dalam mana2 perang adalah kerana Allah bukan kerana perasaan dendam dan benci yang disemai dalam diri.

Islam adalah agama yang mementingkan keamanan.jadi kenapa rosakkan identiti tersebut dan Islam juga adalah agama yang hebat,mengapa kita malu untuk menyerlahkan kehebatan tersebut. Namun tidak dinafikan mungkin kejadian2 seperti di Moscow adalah konspirasi terancang untuk menabur fitnah kepada Islam.Jadi marilah kita menadah tangan memohon kepada Allah untuk membongkarkan segala fitnah dan melindungi agama Islam serta penganutnya. Ingatlah jika manusia menyangka mereka licik dalam merancang, Allah jauh lebih hebat dan licik drpd manusia. Ingat tak kisah bahtera Nabi Nuh dimana kaumnya mengotorkan bahtera yang dibina dengan niat untuk menghina Nabi Nuh,namun akhirnya kaumnya dihina dengan teruk di mana mereka jugalah yang membersihkan kapal tersebut daripada najis2 mereka sendiri (Allah menjadikan najis mereka penawar mujarab segala penyakit).

No comments: