Wednesday, January 28, 2009

Induction Week


ni nak cite pasal induction week kat matrik dulu.sebelum aku masuk KYUEM,aku blaja kat Matrik Negeri 9 dulu selama sebulan.the first week tu,adalah minggu orientasi atau induction week.aku rasa induction kat sinilah yang paling teruk yang penah aku alami.

Dari segi pakaian
kitaorang diberikan sehelai baju warna hijau yang ada lambang matrik.kene pakai baju tu setiap hari sepanjang hari kecuali sesi bertemu dengan mentor atau sesi rasmi mcm dengar talk ke,kene pakai baju lengan panjang bertali leher.yang lain tak kiralah aktiviti lasak ke,agak2 lasak ke,gasak je lah ngan baju tu.kekadang peluh mmg byklah tapi nak buat mcm mana,nak basuh tak sempat,kene pakai gaklah.bdn masing2 bau semacam je.bagi aku mlm,sebelum tido,letak je bwh kipas,kering peluh,pakai balik.

Masa
masa mmg gile lah ketat.mmg susunan aktivitinya mmg nak menyeksa.malam dengar talk sampai kul 11 dalam jadual tulis camtu lah.tapi ada lak senior buat poyo nak buat aktiviti yg agak memanaskan hati.mcm tetiba je nak perkenalkan diri masing2.fasi ada dekat ngan 100 aku rasa.yelah kitaorang ramai dalam 2000 org.dengar jelah diaorang merepek kat depan.pastu habislah dalam kul 12.balik ke blok,fasi blok lak panggil kene kumpul kat dpn blok.dengar lak dia merepek.tak puas hati gamaknya takleh merepek pjg lebar masa kat talk tadi.tidolah dlm kul 1.kul 4 dah kene bgn.kumpul lagi dpn blok.selagi tak cukup org, kene pumping sampai cukup org.pastu pegi ke surau.subuh, pastu mula aktiviti.aktiviti dia nak tahu apa?aku rasa cam takleh blah.aku still ingat lagi,kitaorang kene buat star jump sampai semua org seramai 2000 org tu semua serentak.dia ingat nak buat acara padang hari merdeka apa.mcm kalau masa tu sepatutnya semua org kene angkat tangan,tapi dia detect ada sorang yang angkat lambat beberapa saat drpd yang lain pun,semua org kene buat semula.last2 ari tu,semua org kene buat beratus star jump.

Makan
pasal makan mmg takde masa.mandi pun takde masa.dia lpskan kitaorang kul 6.45 ptg,6.55 dh kene ada kat surau.blok kediaman bkn dekat ngan tempat aktiviti.sudahnya mmg tak balik blok la.mandi pun tak.kalau mkn,pagi,takde masa mkn,tengahari,aku rasa dalam 15 minit je.kafe yang bukak 2 je.nak tampung beribu org.beratur saje dah 10 minit.koperasi pelajar 1 je yang bukak.malam,30 minit dia bagi.kafe yg bukak 1 je.beratur pjg nak mati.mcm takyah mkn la.aku still ingat,aku tak sentuh nasi selama 3 hari.aku mkn roti yang ada inti tu,2 sehari.tengahari dan mlm.pastu minum air kosong.hari keempat tu,mmg syukur sesangat sebab hari tu,hari bertemu mentor.dia mula2 pelik sebab semua org muka agak pucat.pastu baru dia tahu yg kitaorang tak sarapan lagi.lps cite kat dia mcm mana induction week tu,terkejut dia dengar cite tu.so,hari tu dia lpskan kitaorang awal skit utk sarapan.so,for the first time in 3 days,aku mkn nasi.Alhamdulillah.

KYUEM
lps sebulan kat matrik,aku dapat call dari pnb yang aku dapat sponsorship.so kene blaja kat KYUEM lak.mula2 rasa cuak gak sebab kalau pegi kolej baru,sah2 la kene induction balik kan?takut kene balik mcm kat matrik ni.tapi gagahkan diri gak utk ke kyuem.sampai je kat sana,hari first induction tu mmg cuak la.tengok muka fasi2 mcm baik.tapi takleh nilai camtu sebab fasi kat matrik dulu pun ada je yang muka baik tapi buat gak benda2 merepek.tapi sebenarnya fasi kat kyuem merangkap senior kami semuanya baik2.cuma kekadang ada gak terkena ngan fasi nak2 masa nak ambik tandatangan tu.aku ada la dikenekan dgn jayanya oleh beberapa org fasi.tapi tak kisah.setakat benda2 ringan.dah nama induction.masa mlm samurai pun ada yang fasi yang nak jadi garang.tapi tak jadilah.hehe

Saturday, January 17, 2009

Malam itu....


malam itu, sambil cuba melelapkan mata,aku terasa sgt sedih kerana sesuatu perkara.tidak aku sedari, air mata aku meleleh di pipi.aku cuba mengesat,namun, semakin dikesat,semakin byk yang keluar.aku tidak tahu kenape aku harus menangis kerana perkara sebegitu yang aku rasakan tidak penting dalam hidup aku selama ini.mungkin ini satu transisi dalam lembaran hidup aku.mungkin juga menunjukkan yang aku sudah dewasa, bukan lagi seperti dulu.aku masih lagi tidak dapat melelapkan mata.hatiku masih sedih.aku mencari akal untuk menghilangkan rasa sedih ini.teringat kata2 ustaz dalam program usrah perdana yang aku hadiri tidak berapa lama dahulu.Al-Quran adalah sumber penenang hati manusia yang paling mujarab.ku capai ipod ku dan membuka applikasi Al-Quran yang ada didalamnya.aku jugak teringat kata-kata senior di KYUEM dulu,kalau rasa sedih,bukak Al-Quran dan pilihlah surah mengikut gerak hati.aku memilih2 surah dan hatiku tergerak untuk membuka surah Yusuf.aku tidak membaca ayat-ayat surah tersebut,sekadar mendengar bacaan sambil membaca maksud setiap ayat yang dibaca.aku rasa sungguh terpegun dengan kisah Nabi Yusuf a.s.aku merasa pelik sebab aku sudah mendengar banyak kali cerita tersebut,namun malam ini kurasakan seperti aku baru sahaja mengetahui kisah nabi Allah tersebut.semakin byk kubaca maksud terjemahan dan mendengar bacaan surah,semakin hati aku beralih arah untuk mengetahui lebih byk kisah Nabi Yusuf a.s.dan kurasakan rasa sedih dan gelisah hatiku seperti ditarik secara perlahan-lahan.MasyaAllah,Allah Maha Besar,Maha Genius yang telah menurunkan Al-Quran satu kitab yang penuh keajaiban.tidak berapa lama kemudian,aku terlelap dengan hati yang tenang dan gembira.Alhamdulillah,syukur ke hadrat mu Ya Allah.

Friday, January 9, 2009

Jam loceng




Kalau kat mana2 pun, jam loceng mmg terkenal kan?sebagai alat untuk membantu kita bgn di pagi hari untuk solat subuh,solat tahajjud ke,solat hajat ke,macm2 lagi lah.teknologi skrg kekadang tak perlu jam loceng pun,cukup sekadar handphone.ingat lagi kalau kat asrama dulu,kalau nak dekat subuh tu,byk lah jam bunyi,tuannya entah bgn entah tidak,harapkan jam je gempak.haha.tapi kekadang terfikir gak penggunaan jam loceng ni,betul ke?terutamanya di uk ni.boleh dikira sebagai perbuatan tak menghormati kwn2 satu flat yang lain ke?kalau yang dok kat hall la lagi la.ye lah,kita muslim,mmg kene bgn awal kan.nak solat subuh,tapi kwn2 sebelah-menyebelah yang lain mcm mana? terutama yang bukan muslim la.boleh tak kita dikira tak menghormati jiran?ye lah kalau kul 6 atau 7 tu masih awal bagi diaorang.pastu tetiba je terganggu dgn bunyi jam loceng lak.agak mengganggu la kot. kat sini aku nak kongsi satu cara mcm mana nak bgn awal tanpa jam loceng.ni ustaz aku ajar cara ni dulu.camni,sebelum tido,baca selawat,ayat Qursi,mengucap dan doa sebelum tido pastu jgn buat apa2,jgn ckp apa2,just tido dan set dalam kepala nak bgn kul brape.lps je set dlm kepala,kosongkan kepala,jgn fikir apa2.pastu kalau korang bgn,biasanya awal skit atau jarang2 lewat skit dlm 2,3 minit, jgn korang sambung tido lak sebab kalau korang sambung biasanya dia akan jadi terlalu lambat bila korang terjaga kali kedua.
tu lah cara yang aku guna.aku tak penah guna jam loceng ke,set masa kat handphone bkn apa sebab aku ni tido 'mati'.pasang jam loceng pun bkn bgn pun.haha.mmg mcm tu sejak dari dulu. korang cubalah dulu cara ni.InsyaAllah menjadi asalkan niat kita baik kan nak bgn awal.jgn lah pulak niat nak bgn pagi2 sebab nak tengok mat salleh jogging ke apa.tu mmg tak terbangunlah.haha.gurau je.selamat mencuba ye.tak dijamin keberkesanannya.tapi untuk aku,selalunya menjadilah.saje nak berkongsi.

Friday, January 2, 2009

Sengal!!!

Tengah aku membelek2 nota Ekonomi,tetiba je aku terdengar bunyi geseran tub mandi dari bilik air sebelah je ngan bilik aku.apakah?aku pikir mungkin mamat yang baru balik tu tgh berendam dalam bilik air kot.malas la nak mabik kisah sgt kan.pastu aku terdengar lak suara pompuan dalam bilik air.aik,lain macam je ni.pastu suara pompuan tu lak,MasyaAllah,suara macam org tgh,ish!!! malas la nak sebut kat sini.korang paham sendiri lah ye suara macm org tgh buat apa.aku ingatkan telinga aku yang salah dengar.aku dengar betul2,mmg sah suara macm tu.ni yang aku malas ni. nak study pun dah terganggu ni.aku ambik mp3 player,sumbat kat telinga,hah...lega baru tak dengar suara2 dan geseran2 sumbang tu.pastu lbh kurang setengah jam pastu,rasa dahaga lak.aku ambik gelas nak pegi ke dapur ambik air.aku kuar je,terserempak ngan pompuan ngan laki yang baru kuar dari bilik air.yang pompuan pakai kain tuala je,yang laki pakai seluar je.tundukkan pandanganmu,kata aku pada diri aku.dua2 org tu buat muka selamba je.sebelum ni takde lak diaorang buat camni.apsal pilih mlm ni?arghhh!!!sengal tul.mungkin diaorang dah kawin masa cuti hari tu.kang kat Malaysia kalau cuti sekolah ramai yang kawin mungkin kat uk sama je kot.berprasangka baik katanya.

Gaza

kepada mereka yang membaca post ni,sekarang ni adalah masa yang paling kritikal yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Gaza.kita sebagai sesama umat yang sekarang ini pula penuh dengan keselesaan sepatutnya membantu mereka dengan apa jua yang kita termampu.jgn hanya di mulut sahaja kita menyatakan yang kita bersimpati dengan mereka tapi kita pulak tak penah berusaha untuk membantu.kalau ada peluang untuk sign in untuk petition menentang serangan itu, lakukanlah.tak lama pun buat benda tu.rasanya tulis nama,email pastu selesai.tk sampai 10 minit. kalau kita ada masa utk chatting,ber'facebook' takkanlah kita takde masa walau 5 minit untuk sign in petition tu.pastu kalau ada peluang untuk menderma, dermalah walau sedikit sekalipun.kalau boleh derma melalui internet tu,dermalah.kita kalau pasal sedekah atau derma ni mmg liat lah sikit.bkn semua tapi kebanyakkan lah.termasuklah aku skali.kalau nak beli sesuatu benda tu, bukak je website macam ebay ke,pastu fikir dalam 2 atau 3 kali terus beli barang tu.tapi kalau pasal sedekah,fikir sampai 10 kali tak bagi lagi sedekah tu.sedekah lah.duit yang sponsor bagi aku rasa macam berlebih kot.semua sponsor kot mcm tu.so,sedekahkanlah skit.pastu berdoalah untuk mereka.lps waktu solat tu,tambahkan satu lagi doa selain doa untuk diri sendiri iaitu doa untuk mereka yang tertindas.pastu malam2 kalau tetiba je kita terjaga, bgnlah sekejap.buat solat hajat mohon pertolongan Allah untuk semua umat Islam.kan solat hajat di tgh malam tu lebih afdhal.itulah antara perkara yang mampu untuk dilakukan oleh semua org.kalau ada lagi benda yang kita rasa mampu untuk lakukan,lakukanlah.kita sebagai umat Islam sepatutnya seperti satu badan.kalau satu bahagian sakit sepatutnya seluruh badan merasainya.bersatulah kita sebagai umat Islam dalam satu keluarga yang besar.InsyaAllah.post ini adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada sesiapa yang mungkin terbaca post ini.sekian

video