Tuesday, August 31, 2010

Barisan Nabi

Ini adalah post yg mengarut tiada kene mengena antara yg hidup atau yg mati.kalau korang kaitkan ngan mana2 individu ke,syarikat ke,organisasi ke,itu korang punya pasal.huhu

Ini adalah berkaitan barisan nabi yg wujud setelah kewafatan Nabi Muhammad saw.kemunculan barisan ini adalah demi sebuah 'kebebasan' kepada sebilangan komuniti yg telah lama ditekan. barisan ini terdiri daripada beberapa kumpulan.antara ciri2 barisan nabi ini ialah

  1. seperti nabi2 dan rasul2 yg lain, mereka bersifat maksum.bezanya adalah maksum itu diiktiraf sendiri oleh mereka manakala bg golongan para anbiya' pulak maksum itu anugerah atau kelebihan dari Allah swt
  2. oleh kerana kemaksuman itu, maka segala tindakan mereka adalah dianggap betul. tiada sebarang kritikan samada membina atau memusnah dibenarkan.kalau ada pun mereka akan cepat menangkis dengan menggunakan pelbagai alasan dengan menggunakan sebuah catatan yang telah dicatat semasa mereka melakukan pembebasan komuniti2 lg
  3. oleh kerana mereka 'nabi', semua pandangan ulama' yg menyalahi pandangan mereka akan ditolak mentah2.tidak kiralah itu pandangan ketua ulama' sekalipun.pandangan mereka akan dianggap mempunyai unsur jumud.ye lah kan diaorang nabi, boleh je nak tolak mana2 pendapat
  4. oleh sebab mereka adalah generasi 'nabi' yang baru, kebanyakkan hadis Rasullullah saw yang tidak menyokong tindakan mereka juga akan ditolak.malah kadang kala mereka akan menafsir sendiri ayat2 Al-Quran tanpa meminta pendapat mana2 ulama' tafsir.sahkan nak tanya, nak rujuk tafsir Ibnu Kathir pun jauh sekali
Ini hanyalah nukilan minda yg bercelaru.celaru dengan isu2 kadang2 tak masuk akal aku tp diterima dengan jayanya oleh akal2 segelintir manusia.