Wednesday, December 29, 2010

Apakah niatmu tulen kerana Dia?

Diriwayatkan dalam satu perang, ada seorang sahabat sedang bertempur dengan seorang tentera kafir, sedang sahabat menguasai pertarungan tersebut dan mengangkat pedang untuk menamatkan riwayat musuhnya itu, mukanya diludah oleh tentera kafir tersebut.sahabat terus menghentikan niat untuk membunuhnya. bertanyalah tentera kafir itu dengan penuh kehairanan mengapa dia berhenti? makan dijawabnya sahabat 'jika sebelum ini niat aku untuk membunuhmu adalah kerana Allah tetapi aku bimbang jika aku membunuhmu setelah engkau meludah mukaku niat aku membunuhmu bkn lagi kerana Allah tetapi kerana rasa marahku' tergamamlah tentera kafir itu mendengar jawapan sahabat lalu dia terus memeluk Islam.

aku sgt suka kisah ni sbb aku rasa mcm sahabat dahulu mmg sgt hebat dari segi menjaga hubungan mereka dengan Allah.tiada sedikit pun perbuatan mereka disandarkan kepada kepentingan diri sendiri tetapi semuanya disandarkan semata-mata kerana Allah dan untuk Allah. Aku pun tak tahu sebenarnya nak mula kat mana.kat UK ni mcm2 nama jemaah ada ISMA, MSM, HALUAN dan mcm2 lagi.semuanya mendokong satu cita2 yang sama iaitu menegakkan Islam di bumi Allah cuma caranya berbeza mengikut pendapat dan ijtihad masing2 cara manakah yang patut digunakan. ada yang mahu Islam ditegakkan dengan memajukan bangsa melayu, ada juga yang menggunakan kaedah maratib amal bermula ngan individu, kelurga,masyarakat,negara,kerajaan dan ustaziyatul Islam. ada jua yang percaya bahawa usaha penubuhan kerajaan harus seiring dengan pembentukan individu muslim yang tulen. semuanya satu jalan yang betul.teringat lg semasa aku mengikuti daurah murabbi dimana ada digariskan cara2 dakwah sebegini yang menjadi pegangan setiap jemaah Islamiah.

mungkin aku bukanlah seorang yang layak untuk memperkatakan mengenai isu jemaah yang ada di UK mahupun di mana2 sahaja. ini hanyalah melalui cerita yang aku dengar dan yang aku alami yang menyebabkan aku terdetik untuk menulis tentangnya. mungkin ianya bukanlah satu polisi satu2 jemaah yang menyebabkan sesetengah ahlinya bertindak seperti yang aku ingin sampaikan.ianya mungkinlah tindakan ekstrem sesetengah daripada mereka. kadang2 sedih aku dengar ada yang sanggup keluar dan bergaduh dengan roomate sendiri hanya semata2 berbeza jemaah, menuduh rakannya cuba merampas junior2 yang cuba dikader. ada jua yang disisihkan ahli jemaah lain kerana keluar drpd jemaah walaupun sblm ini telah dilaungkan slogan berunsur ukhwah diantara satu sama lain.malah ada yang bertindak kurang 'sopan' apabila cuba 'melarikan' bakal peserta program A (dah daftar pun) kerana program itu dianjurkan oleh jemaah lain dan ada juga yang bertindak lbh jauh dengan memburukkan jemaah lain semata2 nak tarik org masuk jemaahnya.

semuanya dilakukan kerana jemaah kerana berpendapat melalui jemaah shjlah mereka boleh berjuang kerana Islam. ada yang berpendapat jemaah ini harus dikuatkan dan memerlukan ramai ahli oleh itu proses mengambil ahli harus dilakukan dengan giat. oleh itu segala tindakan diatas dilakukan semata2 kerana untuk meramaikan atau memenangkan jemaah masing2 agar nanti jemaah yang memenangi perlumbaan ini boleh menegakkan Islam dengan cara mereka sendiri.cuba kita fikir balik semasa kita melakukan perkara2 seperti diatas, adakah niat kita hanyalah kerana Allah semata tanpa ada percampuran lain termasuklah perasaan kiasu yang sentiasa inginkan kemenagan berpihak kepada jemaah mereka tidak kiralah dr segi bilangan ahli,jemaah mana buat plg byk program dan jemaah mana yang plg ramai ambik pelajar2 baru di airport.

fikir dan muhasabah kembali niat kita sebagaimana kita jijik untuk memakan bubur yang dicampurkan dengan secubit tahi lembu dan yang sewaktu dengannya seperti itu jualah kita tak mahu niat kita bercampur aduk,semuanya wajib kerana Allah. pulangkanlah kembali semua kemenangan itu kepada Islam bukan kepada jemaah. umat Islam telah byk berpecah ada yang dihayutkan arus sekularisme ada jua yang mabuk dengan hedonisme diharapkan agar mereka yang mempunyai semangat utk kembali menegakkan Islam tidak terhanyu dengan arus 'kiasu'isme jemaah ataupun taksub dengan sesuatu jemaah sehingga terlupa atau bercampur niat asal. bersatulah kita umat Islam agar kita terus utuh seutuh tembok besar negara Cina dan ingatlah jua ada golongan yang dicampakkan oleh Allah kedalam api neraka walaupun mereka adalah tentera Allah yang gagah berani yang berjuang di medan jihad tetapi niat mereka terpesong.muhasahahlah kembali niat. Apakah niatmu tulen kerana Allah?

Sunday, December 5, 2010

Marital happiness

atas tu adalah tajuk research aku.mesti korang pelik kan apsal bdk ekonomi pilih tajuk pasal kawin lak? mcm tajuk psikologi lak. sbnrnya happiness ni termasuk sikit dlm bidang ekonomi ni. economist biasanya kaji pasa happiness ni utk memastika polisi ekonomi yg dibuat nanti akan lbh berkesan. aku pulak pilih topik ni sbbnya aku mmg minat mengenai topik perkahwinan dan perbezaan jantina. tp tak bermaksud aku nak kawin dlm masa terdekat ye. aku minat sbb aku perhatikan kebahagiaan dlm perkahwinan adalah sesuatu yg sgt pelik. kadang2 kita tengok satu pasangan tu, punyalah couple bertahun2, tp bila kawin, setahun dah cerai berai. ada jugak yg kawin sbb cantik. tp sebulan je dah bercerai. skrg ni cerai mcm satu fenomena yg dahsyat kan?padahal dulu kawin atas alasan suka sama suka. mmg lah cerai itu halal dlm Islam tp ia merupakan satu perkara yang halal tp plg dibenci oleh Allah.

melalui jurnal2 yang aku baca, byk antara jurnal itu membuktikan bahawa saranan2 Islam dalam sikap berumah tangga telah dibuktikan dengan kaedah saintifik. nanti InsyaAllah aku akan post beberapa frasa ayat dr jurnal2 itu dlm blog ni.