Wednesday, February 11, 2009

Hari Lahir




semalam (10/2/1988) adalah hari lahirku.maka genaplah umur aku 21 thn.emm..dah lama aku hidup rupanya.tapi dalam 21 thn ni,ada gak terfikir dah brape byk sumbangan yang aku berikan pada org di sekeliling aku.ye lah erti hidup ni kan pada memberi.dan dah tua2 ni,kalau zaman dulu dah jadi bapak org,dah matang ke aku.matang dalam menilai kehidupan.no comment.mungkin ya dan mungkin tidak.
tima kasihlah kepada semua yang ucapkan selamat hari lahir dan kepada yang menghulurkan hadiah.aku rasa ni lah hari lahir aku yang aku dpt byk ucapan daripada kwn2.tima kasih skali lagi.dan tak lupa gak kepada yang buat birthday dinner.ingat lagi masa kat kolej dulu,kalau ada birthday sesapa,mesti pegi ke cafe,beli biskut yang 20 sen satu tu,beli dalam 1 ringgit.pastu ada yang beli air,pastu balik chalet,sambut sama2.walaupun tiada birthday cake dari secret recipe,tapi sambutannya tetap meriah.yang penting masing2 ikhlas kan nak gembirakan hati kwn.ada gak yang sambut birthday cara yang bagi aku agak ganas.time birthday je,mesti birthday boy sembunyi entah ke mana.ye lah kalau kene tangkap mmg nahas lah.kuah laksa sarawak masam menanti mangsanya.kekadang tengok kesian gak pada yang kene tu.busuk tu kuah laksa masam.tapi nak buat mcm mana selagi yang kene tu tak terasa hati,kira ok lah kan?mungkin tu cara diaorang bergurau.tapi kan lbh elok kalau sambut je baik2.belanjan mkn ke,minum ke,semua org happy.ye dak?
pastu ada lagi satu peristiwa kat kolej dulu.masa tu kat cafe.ada sambutan hari lahir sapa ntah.pastu lps je nyanyi rasanya (tak sure sgt sebab ni diceritakan oleh beberapa org saksi),cake tu digunakan untuk mengenakan birthday boy/girl.Ya Allah membazirnya kan.entahlah apa yang diaorang fikirkan.tapi mungkin bagi org yang berada mcm diaorang tu,membazir kek yang harganya cuma beberapa belas atau puluh ringgit tu bukanlah sesuatu yang besar,tapi bagi aku, nilai itu begitu besar.tapi walau apapun,membazir tetap salah.apalah salahnya kalau kek tu diberi sahaja kepada mereka yang nak mkn,pahala pun dapat kan?mak aku selalu ckp kalau kita gembirakan hati org lain,InsyaAllah lain kali org lak akan gembirakan kita.

No comments: