Sunday, October 24, 2010

we are immigrants

dalam satu dewan, aku berbual2 dengan kawanku.dia seorang berbangsa cina. kami sedang menunggu mesyuarat agung persatuan pelajar Malaysia. tiba2 kawan aku tu ckp

"oh there are so many chinese compared to malays, so chinese wins over malays"
aku pulak menjawab

"no lah (English Malaysians style.hehe) we are Malaysians. no race should win over another"
dia pulak menambah

"we are just immigrants"

Terkejut aku sebentar mendengar jawapan dari dia.walaupun jawapan itu aku rasakan hanya gurauan namun bagi aku ia mencerminkan betapa kaum cina di Malaysia masih menganggap diri mereka pendatang di Malaysia. mungkin inilah hasil dari polisi2 kolot di Malaysia. polisi yang dihasilkan oleh mereka yang mementingkan diri sendiri.biarlah polisi itu akan memberikan kemudahan kepada aku sebagai orang melayu tapi aku takkan sekali2 menyokong mana2 polisi yang membawa ketidakadilan kepada mana2 kaum.menjadi seorang berbangsa melayu tidak bermakna seseorang itu berlaku tidak adil.

mungkin juga ini adalah hasil dari doktrin pemikiran yang disebarkan oleh manusia2 yang merasakan diri mereka lbh berkuasa keatas orang lain.contohnya dalam program BTN. aku penah mengikuti program BTN ni sblm aku fly.kononya kalau tk lulus BTN takleh fly.celaka mana ntah menyebarkan dakyah menipu lg bangang ni.padahal ramai je kawan2 aku yg tak ke BTN tp boleh je fly.dalam program ni, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil utk aktiviti LDK.dlm LDK ni, tanpa segan silu dan rasa bersalah fasilitator menanam dakyah bangsat perkauman kepada kami.awak ingat kami bodoh lg bangang ke nak percaya benda2 mcm tu? mcm2 lah diaorang ckp.kaum lain kaum menumpang la apa la.dah la dlm kumpulan aku tu ada sorang chinese.tiap2 hari la dia kene tahan telinga dengar2 benda2 tu.kesian dia.benda2 mcm nilah boleh merosakkan perpaduan bukannya dengan memahamkan kaum lain bahawa mereka harus menerima diri mereka hanya seorang pendatang.dah 53 thn kita merdeka ok.sedar2 lah penyebar dakyah perkauman keparat.

No comments: