Tuesday, July 31, 2012
Blogging?
Sebetulnya aku takdelah minat sgt menulis sbb aku tak pandai sgt nak menyusun isi yang aku nak tulis. kadang2 berterabur. tgh2 tulis perenggan kedua, datang lak idea nk dimasukkan dalam perenggan 1, last2 berterabur habis. banyak je sebenarnya post2 yg aku tk publish. rasa mcm malu nk publish sbb mcm tk best sgt post tu. aku lebih suka tulis ayat2 pendek je.mcm status2 kt fb tu. sbb tak payah nk ulas panjang2 just straight to the point. kalau buat mcm tu kt blog, pelik lah pulak kan ayat pendek je tp mengada nk buat post kt blog.
Kadang2 rasa kagum ngan bloggers ni. ada je benda2 menarik yang diaorang nak tulis tiap2 hari. hidup diaorang ni menarik ke tiap2 hari sampai boleh tulis post yg menarik untuk dibaca. entahlah mungkin ya kot. ada je orang mcm tu kan.tiap2 hari dia rasakan semua benda yg berlaku ada sisi2 menarik yang boleh dikupas.
Rasa mcm nak start tulis balik. tp nak tulis pasal apa lagi tu yang tak tahu. InsyaAllah kalau ada idea boleh la nk tulis. nk blaja menulis sbnrnya sbb melalui penulisan orang ckp boleh la sampaikan idea kita kat orang lain. kongsi2 ilmu. mcm ustaz2 tu, tulis blog, pastu kongsi2 ilmu yang dia ada.kurang2 bawak manfaat jugak dok bukak internet hari2 ni kan? :)
Sunday, April 24, 2011
Politik sebelum tido
Saturday, April 23, 2011
Email 1 Malaysia?
Wednesday, April 20, 2011
ebay?
- letak bid serendah yang boleh kat brg yg korang nak beli tu. takpe kalau korang kene outbid awal2 nih.
- ingat tarikh dan masa bid tamat.
- lbh kurang 15 minit terakhir je, korang log in blk akaun ebay dan bersedia utk berperang bid. masa ni korang kene cekap refresh browser internet korang dan kelajuan internet korang haruslah berada pada tahap superman bukannya tahap cipan mahupun siput khinzir.
- letak bid dan cepat2 refresh page jgn berhenti bid dan refresh sampailah masa habis atau dah sampai harga maksimum yg korang sanggup bayar utk barang tu.
- jumlah penambahan bid anda haruslah seminimum yg mungkin.jgn set maksimum bid pada waktu ni.biasanya ebay akan tetapkan minimum bid yg korang boleh letak contohnya enter GBP 3 or more (anggap current price=GBP2 maknanya minimum yg boleh dibuat adalah GBP 1) senang cite korang ikut je apa yg dia tulis kat bwh kotak bid tu.
- kalau menang, byr cepat2 pastu blah dr page ebay sbb takut nanti korang 'tershopping' benda lain.kalau kalah,jgn hentak2 laptop korang,sesungguhnya laptop korang adalah mangsa keadaan.hehe
Tuesday, April 19, 2011
Fakta yang agak menakutkan
- syahwat lelaki boleh datang sekelip mata, bila2 masa, di mana jua
- lelaki 2.5 kali lbh kuat nafsunya berbanding wanita (1 nafsu lelaki sebahagian besarnya tertumpu kepada nafsu terhadap berlainan jenis)
- Imaginasi lelaki amat2 kuat.dengan hanya melihat leher wanita shj, mereka boleh membayangkan bermacam-macam.wanita sama sekali tidak menyangka imaginasi lelaki sekuat itu
- apabila lelaki memandang wanita, dia memandang daripada 2 sudut.sudut anggap diri wanita sebagai objek ataupun menghormati wanita sebagai seorang wanita, wanita adalah penentu utama sudut pandangan lelaki ini
- jaga aurat anda (wanita) mengikut tatacara Islam kerana ruang2 yang diperintahkan tutup dan dilonggarkan pakaian adalah ruang2 sumber inspirasi imaginasi liar kebanyakkan lelaki.InsyaAllah anda akan rasa lbh selamat.
- dengan menjaga aurat (wanita) anda sbnrnya mendapat penghormatan yang sbnr dan ikhlas drpd kebanyakkan lelaki.walaupun tidak dipamerkan, dlm hati mereka anda adalah wanita yang sgt dihormati.fitrah manusia (lelaki) mahupun wanita yang mereka hormati menjadi teman hidup mereka walaupun dia adalah manusia yang paling kejam dlm dunia
- kepada lelaki, Allah menjadikan kita sbg pelindung kepada kaum wanita, jaga pandangan, jaga imaginasi anda supaya tidak liar. jgn jadi seperti harapkan pagar, pagar makan padi. bantu wanita hidup dengan lebih tenang :)
Tuesday, March 8, 2011
Ujian
Monday, March 7, 2011
Ye, aku penyokong PAS, so what?
Saturday, March 5, 2011
Penceraian
Wednesday, January 26, 2011
intepretasi Patriotik
Sudah lama dia merancang. Rancangannya tidak mampu lagi dihalang oleh sesiapa pun kerana dia sudah nekad. Demi negaranya yang tercinta, dia sanggup lakukan apa sahaja. Itulah yang telah diajar di akademi tentera 20 tahun lalu. Sekarang dia merupakan Ketua Pasukan Elit Komando angkatan tentera negaranya. Cuma mungkin interpretasinya tentang cintakan Negara adalah berlainan.
Segala kelengkapan sudah disediakan, dia tidak mahu gagal untuk misi kali ini. Mungkin ini adalah misi terakhirnya. Misi yang amat penting baginya. Meskipun ramai yang menghalang, terutama isteri dan anak-anaknya, dia tetap meneruskan jua. Dia berharap agar orang-orang yang menyayanginya dapat memaafkannya dan akan dapat memahami tindakan itu suatu hari nanti. Biar pun dia tidak dapat melihat hasil daripada perjuangannya, itu tidak penting. Baginya perjuangan itu ibarat mata rantai yang akan disambung dari generasi ke generasi. Baginya ini adalah sumbangan yang mampu diberikan. Dia tidak mahu negaranya berakhir seperti Negara Manusia, lumpuh akibat tindakan pemimpin2 yang gelojoh, tamak haloba sehingga Negara tergadai, rakyat merempat. Walaupun slogan 2Manusia sering dilaungkan- pemimpin tkpe merempat, asal rakyat bahagia-itu semua hanyalah satu propaganda kerajaan Manusia.
Dia memandu keretanya kearah bangunan yang paling tinggi di ibu kota. Dia harus mendapatkan pemandangan yang sesuai untuk misi itu. Atas penyamarannya sebagai seorang jurutera lift, dia dibenarkan untuk ke bumbung bangunan, dan itulah tempat yang paling strategik. Bangunan Menara Budaya itu adalah salah satu pembaziran kerajaan parti Gampang yang diwujudkan semata-mata untuk menyelamatkan periuk nasi kroni2 mereka dan hari ini menara itu akan makan tuannya sendiri. Dikatakan bahawa menara itu bakal membantu meningkatkan ekonomi. Tp dia tengok mak cik Senah yang jual nasi lemak kegemarannya tak pernah pun dapat peluang untuk berniaga kat menara tu.
Dia mengambil keputusan ini setelah bosan dengan pentadbiran presiden Negara itu, Dr. Nasib. Namanya je doktor tp bodoh mcm lembu,lembu pun lg pandai. Harga minyak naik aje, isterinya pula seorang yang triple bangang, belanja boros sana sini duit kerajaan. Mcmlah duit tok ki dia. Buat persidangan isteri-isteri presiden selama 3 hari tp habiskan duit sampai 4 juta. Ko gile ke apa? Hotel sampai 100 000 satu malam, mmg menyakitkan hati. Tidak mahu lg dia mengingati apa yang pernah dilakukan oleh suami isteri itu terhadap negaranya. Nanti konsentrasinya hilang. Misi harus diselesaikan.
Kelengkapan sudah dipasang diatas bumbung bangunan itu. Sebagai seorang yang pernah mendapat anugerah komando terbaik Negara sebanyak 3 kali berturut-turut, memasang kelengkapan itu dalam masa yang singkat bukanlah satu masalah untuknya. Sekarang dia hanya harus menunggu dengan penuh sabar. Masanya akan tiba nanti. Setelah beberapa lama menunggu, inilah masa yang dinanti-nantikan. Presiden bersama isterinya sudah pun keluar dr bangunan persidangan itu. Dia memusatkan target snipernya ke kepala presiden itu dan apabila mendapat sasaran yang jelas, dia melepaskan tembakan. Dari jauh dia melihat ramai yang menggerumumi jasad presiden yang rebah ada juga yang cuba melindungi isteri beliau. Tanpa membuang masa, dia melepaskan sedas lagi tembakan dan kali ini mengena tepat di kepala isteri presiden. Sebagai seorang penembak tepat juga, menembak satu target dalam keriuhan begitu, bukanlah satu masalah besar. Dia berkemas dengan tenang semua kelengkapan senjatanya. Biarpun dia akan ditangkap selepas ini dan akan dihukum gantung sekalipun, tapi dia puas. Dan biarpun jua, namanya dia akan terukir dalam sejarah sebagai pengkhianat Negara, tidak mengapa kerana apa yang penting baginya adalah Negaranya. Untuk menyelamatkan Negara itu, pengkhianat sebenar haruslah dihapuskan kerana itulah intepretasi patriotik baginya.
Tuesday, January 25, 2011
Bagaikan Medusa
Sudah lama dia mendengar kisah itu. Namun selama ini dia tidak pernah ambil pusing pasal tu semua. Baginya itu hanyalah cerita-cerita dongeng rekaan penduduk kampungnya untuk menakutkan anak-anak yang suka merayau ditengah-tengah malam mengacau orang situ sini. Mana mungkin cerita itu direka-reka oleh para isteri mithali semata-mata untuk melarang suami daripada melepak di warung kopi Pak Mat Tonggek yang memiliki seorang anak dara sunti kegilaan ramai.
Ya cerita mengenai beberapa penduduk yang meninggal dunia beberapa hari selepas melalui sebuah rumah yang usang itu sudah lama didengarinya. Minggu lepas sahaja sudah anak kepada Wak Karman meninggal. Khabarnya sebelum tu dia ada melalui dihadapan rumah usang itu selepas pulang daripada sesi ‘jamming’ nya. Jamming je lbih tp album tak pernah kuar.huh. tapi baginya ajal maut di tangan Allah bukannya jodoh je. Apa kaitannya umah using tu dengan kematian? Karut2!
Kadang-kadang terlintas juga dihatinya untuk menyiasat sendiri umah tu. Nak mencari kebenaran katanya. Tapi maknya tidak membenarkan katanya rahsia umah tu biarlah rahsia, tu diah tahu la peminat Siti Nurhaliza, sampaikan ckp pun kuar tajuk lagu Siti. Kawan-kawannya juga tidak berani untuk menemani Mat Rock ke rumah tu. Mat Rock dah gila kata mereka.tak guna punya kawan! Dengus hati Mat Rock. Dah la kawan-kawannya tak pernah nak bayar hutang dengannya. Mmg tak guna kuasa dua.
Hari ni suasana tenang sahaja di warung Pak Mat Tonggek. Kelibat anak daranya gigih melayan pelanggan tidak pernah mengusik perhatiannya daripada mendengar perbualan warga-warga tua dari jauh, walaupun selama ni dialah yang giat menjalankan aktiviti mengorat anak Pak Mat Tonggek tu sampaikan lepak kat warung sehingga tamat waktu berniaga. Dia bukannya tak nk join warga tua tu berbual, cuma dia telah dibuang keahlian kerana menyanyikan satu baris lagu ‘warga tua sampah masyarakat’ bukannya dia sengaja tersalah satu perkataan je. Sepatutnya ‘warga tua teras masyarakat’ ahhh biarlah tu kisah lama walaupun parut terkena balingan parang masih lagi berbekas di kepalanya.
Khusyuk dia mendengar cerita berkenaan rumah using tu. Katanya ada orang baru yang terkena, Sudin anak Pak Sukarno cucu Tijah jongang. Dah 2 hari mamat tu tak makan apa2.sebelum ni dialah juara dalam pertandingan makan plg cepat antara kampung2. Khabarnya mamat tu pg ke rumah usang tu sebab dah dicabar Ajis, samseng kampung sebelah. Padahnya berat pun dah makin menyusut. Bagus gak puaka umah usang tu kurang2 jimat la beras rumah Pak Sukarno tu. Khabarnya setelah dijemput masuk ke rumah itu, Sudin dijamu bermacam-macam lauk oleh seorang perempuan misteri. Tak tahulah apa yang sebenarnya dimakan oleh Sudin. Mungkin cacing, mungkin juga daging busuk. Mamat tu tahu bedal je. Mat Rock dah muak sebenarnya dengar cerita-cerita macam tu. Sekarang dia nekad untuk ke rumah puaka tu walau apa pun yang berlaku. Walaupun dia sekolah hanyalah setakat SPM, namun sifat ingin tahunya cukup tinggi. Kalau boleh dia nak keluarkan kajian mengenai rumah tu.
* * * * * * * * * *
Sekarang, dia sudah berada di depan rumah usang tersebut. Dia memandang dengan penuh ketakutan namun sifat ingin tahunya semakin menebal. Selama ni dia tak mengendahkan cerita-cerita penduduk kampung, namun malam ini dia telah berdiri di hadapan rumah berkenaan. Perlahan-lahan dia berjalan ke halaman rumah usang itu. Dia berjalan menuju ke dinding ruang tamu rumah. Cuba mencari lubang untuk mengintai ke dalam rumah itu. Terkejut sebentar Mat Rock apabila dia mendapati ada satu pelita ayam dipasang di tengah2 ruang tamu. Adakah rumah ni berpenghuni? Setahu Mat Rock tiada siapa yang menghuninya. Ni mesti kerja mat pit ni. Buat port kat dalam rumah tu. Degus hati Mat Rock. Ni tak boleh jadi ni,dia sebagai warga Malaysia yang bertanggungjawab walaupun dia tahu bapanya dari kepulauan Indonesia, harus mengambil tindakan. Rupanya selama ni merekalah yang membuat kacau.
Sedang dia asyik skodeng dengan menggunakan teknik yang betul, dia disapa suara lembut, milik seorang gadis ‘Assalamualaikum’ terkejut Mat Rock sebentar.
Sirna seketika kerana Mat Rock tergamam dengan keayuan gadis dihadapannya itu, lebih cantik dr anak pak imam kampungnya. Mat Rock membalas dengan nada terketar-ketar ‘Waalaikumussalam’. Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Suriati. ‘sedap nama tu’ ayat mengorat Mat Rock yang biasa digunakan walaupun nama gadis yang ditemuinya bernama Siti Juling sekalipun. Suriani mempelawa Mat Rock naik, katanya bolehlah masak apa2 yang patut. Pucuk dicita ulam mendatang. Mat Rock menyambut pelawaan itu.
Mat Rock dihidangkan dengan mee goreng. Tidak pernah dia merasai mee sesedap itu. Dia bagaikan dipukau. Setelah berbual dengan Suriani, Mat Rock merasakan Suriati adalah gadis yang dicari-cari selama ni. Lembut tutur katanya, ayu wajahnya lg pandai memasak. Segala-galanya cukup lengkap bagi Mat Rock. Tapi Mat Rock malu untuk menyatakan niat baiknnya utk memperisterikan Suriani. Tambahan lagi dia perasan yang Suriati memakai cincin di jari manisnya.adakah dia sudah berpunya?soal hati kecil Mat Rock. Setelah beberapa lama, Mat Rock hendak pulang, namun matanya berat. Akhirnya Mat Rock tertewas dan tertidur atas lantai rumah usang itu.
Setelah Mat Rock tersedar, dia sudah dikelilingi oleh orang-orang kampung yang menyatakan bahawa sudah 2 hari Mat Rock terbaring dalam rumah usang itu sebelum dijumpai oleh orang2 kampung. Dia bertanyakan tentang Suriati, namun tiada siapa yang mengenalinya. Mat Rock pelik. Dia mula terbayangkan wajah Suriati. Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah. Semuanya tidak kena.nampaknya dia sudah angau dengan Suriati gadis misteri. Dia cuba melupakan Suriati namun setiap kali dia mencuba, Suriati akan menjelma di hadapannya dengan kuntuman senyuman. Sekarang Mat Rock tahu kenapa ada yang mati selepas melalui rumah itu.rupanya telah terkena panahan cinta Suriati. Bagaikan Medusa, yang membunuh sesiapa sahaja yang melihatnya, begitu jua Suriati, yang memanah hati setiap pemuda yang mengenalinya. Mat Rock hanya mampu berdoa supaya Allah melupakannya akan Suriati namun dia juga berharap akan bertemu gadis sehebat Suriati itu. Mat Rock hanya berharap…..
Tuesday, January 11, 2011
Mengapa aku perlu bersedih?
Saturday, January 8, 2011
Kanak-kanak
Wednesday, December 29, 2010
Apakah niatmu tulen kerana Dia?
aku sgt suka kisah ni sbb aku rasa mcm sahabat dahulu mmg sgt hebat dari segi menjaga hubungan mereka dengan Allah.tiada sedikit pun perbuatan mereka disandarkan kepada kepentingan diri sendiri tetapi semuanya disandarkan semata-mata kerana Allah dan untuk Allah. Aku pun tak tahu sebenarnya nak mula kat mana.kat UK ni mcm2 nama jemaah ada ISMA, MSM, HALUAN dan mcm2 lagi.semuanya mendokong satu cita2 yang sama iaitu menegakkan Islam di bumi Allah cuma caranya berbeza mengikut pendapat dan ijtihad masing2 cara manakah yang patut digunakan. ada yang mahu Islam ditegakkan dengan memajukan bangsa melayu, ada juga yang menggunakan kaedah maratib amal bermula ngan individu, kelurga,masyarakat,negara,kerajaan dan ustaziyatul Islam. ada jua yang percaya bahawa usaha penubuhan kerajaan harus seiring dengan pembentukan individu muslim yang tulen. semuanya satu jalan yang betul.teringat lg semasa aku mengikuti daurah murabbi dimana ada digariskan cara2 dakwah sebegini yang menjadi pegangan setiap jemaah Islamiah.
mungkin aku bukanlah seorang yang layak untuk memperkatakan mengenai isu jemaah yang ada di UK mahupun di mana2 sahaja. ini hanyalah melalui cerita yang aku dengar dan yang aku alami yang menyebabkan aku terdetik untuk menulis tentangnya. mungkin ianya bukanlah satu polisi satu2 jemaah yang menyebabkan sesetengah ahlinya bertindak seperti yang aku ingin sampaikan.ianya mungkinlah tindakan ekstrem sesetengah daripada mereka. kadang2 sedih aku dengar ada yang sanggup keluar dan bergaduh dengan roomate sendiri hanya semata2 berbeza jemaah, menuduh rakannya cuba merampas junior2 yang cuba dikader. ada jua yang disisihkan ahli jemaah lain kerana keluar drpd jemaah walaupun sblm ini telah dilaungkan slogan berunsur ukhwah diantara satu sama lain.malah ada yang bertindak kurang 'sopan' apabila cuba 'melarikan' bakal peserta program A (dah daftar pun) kerana program itu dianjurkan oleh jemaah lain dan ada juga yang bertindak lbh jauh dengan memburukkan jemaah lain semata2 nak tarik org masuk jemaahnya.
semuanya dilakukan kerana jemaah kerana berpendapat melalui jemaah shjlah mereka boleh berjuang kerana Islam. ada yang berpendapat jemaah ini harus dikuatkan dan memerlukan ramai ahli oleh itu proses mengambil ahli harus dilakukan dengan giat. oleh itu segala tindakan diatas dilakukan semata2 kerana untuk meramaikan atau memenangkan jemaah masing2 agar nanti jemaah yang memenangi perlumbaan ini boleh menegakkan Islam dengan cara mereka sendiri.cuba kita fikir balik semasa kita melakukan perkara2 seperti diatas, adakah niat kita hanyalah kerana Allah semata tanpa ada percampuran lain termasuklah perasaan kiasu yang sentiasa inginkan kemenagan berpihak kepada jemaah mereka tidak kiralah dr segi bilangan ahli,jemaah mana buat plg byk program dan jemaah mana yang plg ramai ambik pelajar2 baru di airport.
fikir dan muhasabah kembali niat kita sebagaimana kita jijik untuk memakan bubur yang dicampurkan dengan secubit tahi lembu dan yang sewaktu dengannya seperti itu jualah kita tak mahu niat kita bercampur aduk,semuanya wajib kerana Allah. pulangkanlah kembali semua kemenangan itu kepada Islam bukan kepada jemaah. umat Islam telah byk berpecah ada yang dihayutkan arus sekularisme ada jua yang mabuk dengan hedonisme diharapkan agar mereka yang mempunyai semangat utk kembali menegakkan Islam tidak terhanyu dengan arus 'kiasu'isme jemaah ataupun taksub dengan sesuatu jemaah sehingga terlupa atau bercampur niat asal. bersatulah kita umat Islam agar kita terus utuh seutuh tembok besar negara Cina dan ingatlah jua ada golongan yang dicampakkan oleh Allah kedalam api neraka walaupun mereka adalah tentera Allah yang gagah berani yang berjuang di medan jihad tetapi niat mereka terpesong.muhasahahlah kembali niat. Apakah niatmu tulen kerana Allah?
Sunday, December 5, 2010
Marital happiness
melalui jurnal2 yang aku baca, byk antara jurnal itu membuktikan bahawa saranan2 Islam dalam sikap berumah tangga telah dibuktikan dengan kaedah saintifik. nanti InsyaAllah aku akan post beberapa frasa ayat dr jurnal2 itu dlm blog ni.
Monday, November 22, 2010
something about me (a post before bedtime)
masa kat kolej kyuem dulu pun sama macam tu gak.betapa teruknya aku sampaikan ada je seniors laki yang aku tak penah ckp ngan diaorang sama gak ngan batch aku ada je yang aku tak penah ckp. tu baru laki. kalau pompuan lagi teruk. kalau senior pompuan, seingat aku, lbh kurang dlm (nanti nak kira ngan jari jap) 10 orang kot.tu termasuk masa aku ckp ngan diaorang masa nak ambik tandatangan masa induction week la 'kak mintak tandatangan' tu ayat popular aku la masa tu.yang lain fasi aku,ketua department masa bangsawan dan beberapa ketogari lg.kalau ngan batch aku, mmg ada yg aku tak kenal nama. ada sorang kawan satu batch ngan aku,ede, dulu aku ingat dia takleh ckp melayu.so tidaklah berani hamba nak berbicara dengan bahasa inggeris hamba yang amatlah terbaik ini.pastu ada satu lagi.dulu2 aku ingat milo itu laila dan laila itu milo sampailah aku jumpa kat OBS baru tahu yg mana satu milo.teruk kan?kalau laki lak ada je yang aku tak tahu nama sampai skrg.sbb tak penah ckp kan.jumpa senyum2 mcm tu je lah
kalau kat uni ni aku agak baik la.aku kenal ngan semua bdk2 batch aku.takde lg tertukar org :). tp ada je yang ckp aku ni masih serius dan garang. ada satu majlis tu, masa aku tgh ambik makanan, ajk yg bg makanan tu tetiba ckp slow kat kawan dia 'seriusnya dia ni' aku mcm kata dalam hati 'hello, i heard that' mengumpat depan2 tu. sebetulnya aku takdelah seserius yang disangka.aku masih mampu membuat lawak sengal.cuma aku tak pandai sgt bergaul. aku suka berkawan,cuma aku tak tahu mcm mana nak mulakan ikatan kawan tu.tp bila dah jadi kawan, aku rasa aku ok je.kalau korang nak tegur aku,mulakan dengan buat lawak ringan2. InsyaAllah aku boleh balas blk.pasal yg aku kurang senyum tu, aku rasa tu kes bila jumpa di jalanan je dan biasanya pompuan.aku sbnrnya tak suka sgt senyum kat pompuan yang aku tak kenal.kadang2 kalau dr jauh aku nampak mcm pompuan je,aku akan menukar jalan, tak mahu terserempak sbbnya kalau terserempak,aku tak tahu nak buat apa.kalau buat muka dunno kang org kata sombong lak.so baik aku melarikan diri sedikit.hehe.so itu sajalah pasal diri aku.so jgn takut2 ngan aku yg bermuka serius tapi sbnrnya takdelah serius pun.kalau jumpa mana2 tegur je.nk harap aku dulu,mcm lambta skit la.
Sunday, October 24, 2010
we are immigrants
"oh there are so many chinese compared to malays, so chinese wins over malays"
aku pulak menjawab
"no lah (English Malaysians style.hehe) we are Malaysians. no race should win over another"
dia pulak menambah
"we are just immigrants"
Terkejut aku sebentar mendengar jawapan dari dia.walaupun jawapan itu aku rasakan hanya gurauan namun bagi aku ia mencerminkan betapa kaum cina di Malaysia masih menganggap diri mereka pendatang di Malaysia. mungkin inilah hasil dari polisi2 kolot di Malaysia. polisi yang dihasilkan oleh mereka yang mementingkan diri sendiri.biarlah polisi itu akan memberikan kemudahan kepada aku sebagai orang melayu tapi aku takkan sekali2 menyokong mana2 polisi yang membawa ketidakadilan kepada mana2 kaum.menjadi seorang berbangsa melayu tidak bermakna seseorang itu berlaku tidak adil.
mungkin juga ini adalah hasil dari doktrin pemikiran yang disebarkan oleh manusia2 yang merasakan diri mereka lbh berkuasa keatas orang lain.contohnya dalam program BTN. aku penah mengikuti program BTN ni sblm aku fly.kononya kalau tk lulus BTN takleh fly.celaka mana ntah menyebarkan dakyah menipu lg bangang ni.padahal ramai je kawan2 aku yg tak ke BTN tp boleh je fly.dalam program ni, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil utk aktiviti LDK.dlm LDK ni, tanpa segan silu dan rasa bersalah fasilitator menanam dakyah bangsat perkauman kepada kami.awak ingat kami bodoh lg bangang ke nak percaya benda2 mcm tu? mcm2 lah diaorang ckp.kaum lain kaum menumpang la apa la.dah la dlm kumpulan aku tu ada sorang chinese.tiap2 hari la dia kene tahan telinga dengar2 benda2 tu.kesian dia.benda2 mcm nilah boleh merosakkan perpaduan bukannya dengan memahamkan kaum lain bahawa mereka harus menerima diri mereka hanya seorang pendatang.dah 53 thn kita merdeka ok.sedar2 lah penyebar dakyah perkauman keparat.
Tuesday, October 12, 2010
Dah buntu
lps tu ada yg kuarkan ayat dimana ayat tu membawa maksud bahawa cadangan2 lagu yg diberikan sblm ni tidaklah dibuat rujukan dahulu objektif program.aku hanya mampu bersabar.org yg bg statement tu adalah pompuan.aku bkn nak bersikap sexist ye kat sini. ramai pompuan yg hebat2 yg aku kenal dan aku hormati.cuma aku tak puas hati bila ada yg kutuk aku,tak puas hati ngan aku semata2 aku tak pandai dan jahil mcm mana nak tegur pompuan? takkanlah setiap kali mereka buat silap aku nak kata 'oh takpe perkara kecik je tu.boleh ubah lg' ataupun 'oh takpe2 sy akan tlg uruskan semua'.adakah itu sesuatu ayat yg membina? bg aku tidak langsung.aku rasakan benda2 mcm memahami apa itu tema adalah common sense ataupun pengetahuan umum yg semua org tak kira jantina akan tahu.jd jika tersilap aku akan tegur. aku jua manusia yg bisa memahami. takkanlah aku nak tegur/marah jika pompuan ckp 'oh sy tak larat nak angkat brg2 tu semua,boleh tlg tak?'i'm not that crazy.
kalau ada yg ckp aku ego sbb tak penah nak paham pompuan walaupun dah khatam beberapa buku pasal pompuan ni,katalah.aku tak kisah.the truth is i'm a learner.a beginner in this women psychologist field. seorang bdk tadika takkan dpt memahami teori2 ekonomi sebaik shj melangkah ke alam persekolahan.itulah gambaran diri aku.jika mereka yg tegur n kutuk aku ni lbh memahami wanita maka ajarlah aku.tapi tlg dengar apa jua pendapat aku.nape aku buat begitu dan begini. ingat aku jua manusia yg bisa belajar utk memahami manusia yg lain. aku tidak mahu menjadi manusia yg terlalu lembut dan terlalu keras kerana keduanya2 bisa memusnahkan.
Friday, October 1, 2010
Yang Maha Bijaksana
Namun sebijak2 dan sejahat2 manusia, Allah itu lebih bijaksana, maha bijaksana. Nabi Nuh dan para pengikutnya tidak perlu membersihkan najis2 tinggalan puak kafir sebaliknya mereka jualah yg membersihkannya (pandai buang, pandailah 'flush' lah). Bagi Allah senang shj hendak mengembalikan penghinaan yg dilemparkan oleh puak kafir kepada Nabi dan agama-Nya. Dijadikan najis2 dlm bahtera itu sbg penawar segala penyakit maka berduyun-duyunlah puak kafir mengambil kembali bahan buangan mereka sehingga bersih kapal itu dr najis2. Allahuakbar!
Begitu jualah situasi pada hari ini. Allah menggunakan kembali helah utk menjatuhkan agama-Nya sebagai senjata utk menjatuhkan org2 yg menggunakannya. dlm erti kata lain senjata makan tuan.masih ingat dengan peristiwa pengoboman WTC di US pada suatu ketika dahulu?ada yg beranggapan bahawa tragedi ini bertujuan utk menjatuhkan Islam dengan melabelnya sbg agama pengganas. namun apa yg berlaku adalah sebaliknya.ramai non-muslim mula tergerak hati utk mengenali Islam.utk mencari jawapan adakah Islam itu benar2 agama pengganas?dan ramai drpd mereka yg memeluk Islam kerana sudah bertemu dengan jawapannya.Subhanallah!
Begitu jua dengan beberapa peristiwa di Malaysia. peristiwa adakah non-muslim boleh memasuki masjid InsyaAllah sudah mula terjawab dengan adanya ustaz2 yg hanya mementingkan tugas mereka memelihara kesucian Islam tanpa mengendahkan kuasa2 politik kotor yg mampu mengongkong mereka.terima kasih ustaz/ustazah! tidak kurang juga isu terbaru di mana adakah boleh menerima wang bantuan yg bercampur dengan wang hasil haram?(penjualan arak,judi) kini sedang dijawab oleh ustaz/ustazah.adakah sblm ini terdetik hati kita utk bertanyakan soalan2 seperti bolehkan non-muslim memasuki masjid?mungkin ramai diantara kita yg tidak pernah terdetik pun termasuklah aku.namun dengan isu2 sebegini yg sengaja ditimbulkan utk menjatuhkan mereka yg berjuang demi Allah telah mengakibatkan org ramai semakin lama semakin cuba memahami hukum2 dlm Islam dan Islam itu sendiri. dan mungkin juga non-muslim telah mula mahu mengenali Islam dengan isu2 ini.InsyaAllah.
Sunday, September 26, 2010
Hilang....
Tuesday, August 31, 2010
Barisan Nabi
Ini adalah berkaitan barisan nabi yg wujud setelah kewafatan Nabi Muhammad saw.kemunculan barisan ini adalah demi sebuah 'kebebasan' kepada sebilangan komuniti yg telah lama ditekan. barisan ini terdiri daripada beberapa kumpulan.antara ciri2 barisan nabi ini ialah
- seperti nabi2 dan rasul2 yg lain, mereka bersifat maksum.bezanya adalah maksum itu diiktiraf sendiri oleh mereka manakala bg golongan para anbiya' pulak maksum itu anugerah atau kelebihan dari Allah swt
- oleh kerana kemaksuman itu, maka segala tindakan mereka adalah dianggap betul. tiada sebarang kritikan samada membina atau memusnah dibenarkan.kalau ada pun mereka akan cepat menangkis dengan menggunakan pelbagai alasan dengan menggunakan sebuah catatan yang telah dicatat semasa mereka melakukan pembebasan komuniti2 lg
- oleh kerana mereka 'nabi', semua pandangan ulama' yg menyalahi pandangan mereka akan ditolak mentah2.tidak kiralah itu pandangan ketua ulama' sekalipun.pandangan mereka akan dianggap mempunyai unsur jumud.ye lah kan diaorang nabi, boleh je nak tolak mana2 pendapat
- oleh sebab mereka adalah generasi 'nabi' yang baru, kebanyakkan hadis Rasullullah saw yang tidak menyokong tindakan mereka juga akan ditolak.malah kadang kala mereka akan menafsir sendiri ayat2 Al-Quran tanpa meminta pendapat mana2 ulama' tafsir.sahkan nak tanya, nak rujuk tafsir Ibnu Kathir pun jauh sekali