Sunday, April 24, 2011

Politik sebelum tido

Aku bukanlah orang yang mahir tentang politik Malaysia ataupun mana2 politik kat dunia nih. cumanya aku ingin mengatakan sesuatu tentang apa yang berlaku.lagipun aku adalah anak Malaysia, bangsa Malaysia (aku menukar bangsaku kepada bangsa Malaysia, lbh tidak rasis bunyinya), aku rasa aku ada hak untuk menulis apa yang terbuku kat hati aku ni. heboh diperkatakan tentang artis semakin berminat dengan politik. terbaru AC Mizal dan Mamat Khalid (pengarah drama lakonan usop wilcha) menyertai UMNO dan ingin memperjuangkan keadilan di Malaysia. baguslah niat tu, keadilan semakin pudar nampaknya dia Malaysia, ayuh gilap kembali.

sebelum ini Bob Lokman, seorang pelakon,penyanyi dan penggubah lirik menyertai PAS. Alhamdulillah jugak. ada kesedaran. cumanya aku ingin meluahkan rasa tidak puas hatiku terhadap apa yang berlaku. apabila shj dia menyertai PAS, heboh diperkatakan, ramai pemimpin2 PAS merasa sungguh seronok. dia diajak untuk memberi ceramah di merata-rata tempat. dan terbaru akan menghasilkan sebuah buku. apa yang aku tidak puas hati adalah mengapa peluang ini hanya dibuka kepada dia sahaja walhal dia juga merupakan ahli dan pendokong baru PAS, sama sahaja dengan orang lain yang baru mendaftar sebagai pendokong PAS pada hari, waktu, jam dan saat yang sama. mengapa pintu perjuangan ini dibuka seluas-luasnya kepada dia shj? ye mungkin orang akan kata sebab dia bersemangat. dah tu org2 yang baru daftar tu takde semangat? sehinggakan terdapat seperti double-standard diantara artis yang menyertai politik dan bukan artis yang menyertai politik?

Fikirkan, mungkin orang yang kita nampak pendiam, bukanlah melambangkan dia tidak bersemangat, malas dalam berjuang, mungkin juga itu adalah sifat dia,pendiam. sebagai pemimpin mana2 pergerakan sekalipun, beri peluang kepada mereka untuk sama2 berjuang. buka pintu seluas-luasnya.kadang2 ada org ckp 'dh dia ngan pemimpin pun segan, mcm mana nak diberi peluang?' hello bro, petah berkata-kata, bagus kemahiran bersosialnya, tidak bermakna dia yang terbaik utk menggalas sesuatu tanggungjawab, tidak bermakna dia adalah yg paling bersemangat. kadang2 air yang sedikit dalam tin yang kosong kuat bunyinya bila digoncang. apa kata pemimpin pulak yang bercakap dengan orang2 bawahan.mungkin diaorang malu nak berkata-kata,beri rangsangan kepada mereka jika kamu(pemimpin) merasakan kemahiran bergaul itu penting. bila dah jadi pemimpin mulut sudah terkunci rapat ke untuk berkata-kata?heh.

apa2 pun aku mmg suka Bob Lokman atau sapa2 pun masuk PAS atau PR.cuma itu adalah luahan hati aku mengenai segelintir pergerakan yang terlalu mementingkan populariti hingga memadam semangat juang mereka yang tidak pernah diberi peluang.

No comments: