Saturday, April 23, 2011

Email 1 Malaysia?

Baru-baru ni heboh diperkatakan tentang rancangan kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan email kepada semua rakyat Malaysia yang lebih dikenali sebagai email 1Malaysia.projek ini menelan kos sebanyak RM 50 juta. berdasarkan pengetahuan aku yang terhad ini, aku ingin mengulas serba sedikit tentang projek ini. pendapat aku bkn dari segi kos sebab aku tak tahu breakdown cost yang sbnr, aku anggap kos yang diletakkan itu adalah paling efektif

kerajaan mengatakan bahawa email ini supaya lebih senang penyampaian maklumat daripada kerajaan kepada rakyat dan daripada rakyat kepada kerajaan. bagi aku kerajaan telah mempunyai media penyampaian maklumat yang sgt efektif, tv. lihat sahaja di Malaysia, jarang sekali sesebuah rumah itu tidak mempunyai tv hatta rumah2 di kampung sekalipun. jika bukan tv, maka InsyaAllah mereka akan mempunyai sebuah radio. untuk penyampaian maklumat/pandangan rakyat daripada rakyat kepada kerajaan, kerajaan boleh shj menyediakan satu alamat email untuk penyaluran maklumat ini. mereka yang mempunyai internet, tentu shj memiliki satu akaun email sekurang-kurangnya kerana alamat email seperti satu kewajipan kepada pengguna internet. nak bukak akaun facebook pun kene ada email dulu kan?

untuk makcik, pak cik, tok ki, opah kat kampung, mereka kurang terdedah kepada internet ini. mungkin mereka sendiri tidak pernah mendengar perkataan internet itu.jadi bagaimana mungkin mereka akan memanfaatkan email ini? untuk mereka di kampung, aku merasakan peranan wakil rakyat lbh penting untuk menyampaikan suara hati mereka.kalau tak, tak gunalah orang lantik jadi wakil rakyat. jangan hanya semasa pilihanraya sahaja nak tunjuk muka, lps tu hilang mcm hantu raya. lagipun kat kampung jarang yang line internetnya ok. masa aku kat kampung dulu, nak guna internet kene duduk kat luar rumah baru dapat.sedih gile.nak bukak email ambik masa purata 5 minit.siap boleh makan nasi lg sementara tunggu loading.

ada juga yang berpendapat dengan ada penyelarasan email ni, boleh digunakan untuk penyelarasan dari banyak aspek. mcm email uni kat UK ni.semua maklumat pasal kuliah, assignment, dihantar melalui email yang diselaraskan, lbh senang pengurusannya. tapi masalah pertama yang harus diselesaikan adalah litupan internet di Malaysia. sekali lg sy menggunakan hujah yg hampir sama, kalau liputan pun tak meluas, mcm mana benda ni nak dimanfaatkan secara maksimum? dari segi istilah ekonomi ini adalah pembaziran sumber. dengan mengekalkan roh 1Malaysia, dan dengan menerima jawapan kerajaan bahawa RM 50 juta itu bukan duit rakyat (mungkin duit dari langit), saya merasakan bahawa pelaburan ini harus diletakkan dalam pembinaan sistem internet coverage yang lebih baik di Malaysia. lahirkan generasi yang celik IT (bukankah ini juga satu matlamat yang ingin dicapai Malaysia pada suatu ketika dahulu?) dan InsyaAllah Malaysia akan melangkah setapak lg kearah negara maju.

No comments: