Saturday, January 8, 2011

Kanak-kanak

salah satu hobi aku kat UK adalah melihat mcm mana parents kat sini layan anak2 diaorang. Ianya bukanlah satu indikator aku sudah bersedia untuk kawin ye, cuma aku sgt suka gelagat mereka. semuanya berpunca dari rancangan Supernanny di mana seorang pakar psikologi kanak-kanak Jo Frost akan ke rumah yang mempunya masalah untuk cuba menolong parents mereka. ada mcm2 perangai budak-budak dalam tu. ada yang ganas gile. hentak kepala adik sendiri kat dinding la, ludah kat mak sendiri, mencarut mcm2 lagi. mula2 tengok aku rasa mcm, tipis sgt harapan budak ni nak jd ok semula. betapa skeptikalnya aku masa tu. tp Alhamdulillah selepas seminggu atau 2 minggu, perangai diaorang ok semula. diaorang jadi mcm orang lain dan apa yang best laginya, sepanjang sesi pakar tu bersama diaorang, tak pernah sekalipun parents dia pukul budak2 tu kalau nakal.

apa yang selalu dia buat adalah menggunakan teknik ganjaran dan hukuman. biasanya untuk ganjaran dia akan buat carta utk budak2 tu dan ada mata ganjaran atasnya. sapa sampai kat certain points, dpt hadiah. kalau hukuman lak, biasanya dalam bentuk berdiri menghadap dinding selama beberapa minit kalau plg teruk pun kene kurung dalam bilik dalam masa yang ditetapkan. bila masa hukuman dah tamat, parents akan ckp kat budak tu kenape dia dikurung,apa kesalahan yang dia dah lakukan dan kalau perlu mintak maaf, maka bdk tu kene mintak maaf. Alhamdulillah cara-cara yang sebeginilah yang mampu selesaikan masalah dengan perangai mereka. biasanya kanak2 buat perangai sebab mereka nak perhatian daripada parents diaorang.

bagi aku, kana-kanak perlu dihormati sepertimana kita menghormati orang dewasa. mereka ada hak untuk bercakap dan jua ada hak untuk melakukan apa yang mereka suka.kita sebagai ibu bapa hanyalah sebagai pembimbing mereka. Rasulullah sangat menghormati kanak2. pernah diriwayatkan semasa satu majlis makan2, selepas mengambil makanan dr satu pinggan, maka baginda bertanya kepada kanak2 yang berada di sebelah kanannya adakah dia redha jika baginda memberikan makanan itu kepada orang dewasa di sebelah kirinya. jawab kanak2 itu dia tidak redha kerana itu adalah haknya.maka baginda memberikan makanan itu kepada kanak2 itu terlebih dahulu.

kadang2 kanak2 keliru samada sesuatu boleh dilakukan atau tidak. kadang2 mereka banyak cakap tanya itu ini kat mak atau ayah diaorang. tp kene marah dan didiamkan tanpa diterangkan atas apa mereka didiamkan. kadang2 juga mereka mahu menolong parents melakukan kerja rumah dan tiba2 lain pulak jadinya. pinggan pecah, lantai basah dan sebagainya, alih2 mereka kene marah sedangkan mereka berniat untuk menolong. mereka keliru. kadang2 alasan yang digunakan adalah tipu. jangan bising nanti pemandu bas marah.padahal ada je orang dewasa lain buat bising tapi nape pemandu tak marah. sekali lagi mereka keliru. sepatutnya orang dewasa malu dengan kanak2 sebab mereka mmg tk pandai tipu.sebab tu kalau ada kaunseling keluarga di sebelah negara barat, mereka akan minta kanak2 lukis pasal keluarga diaorang dan dari situlah pakar psikologi akan mengesan sebarang masalah.

apa yang peliknya kalau kat parents kat UK ni? diaorang mcm masih mengawal anak2 diaorang tp tak terlalu ketat. buatlah apa yang anak diaorang nak buat asalkan tak bahayakan diri dia dan orang lain. pernah tengok ada sorang bdk siap meniarap lg atas lantai kat Tesco, tp mak dia mcm selamba je tanya dengan suara penuh lemah lembut 'what are u doing?' sambil memandang anak dia. mmg diaorang suka ckp ngan anak2 diaorang. kalau anak dia tunjuk lukisan ke apa, mesti ada soalan yang tunjukkan diaorang minat ngan lukisan anak diaorang tu. 'what's that?' 'u are such a brilliant kids' antara ayat2 yang biasa didengar antara parents n anak2 diaorang. kadang2 ada yang bercakap tak henti2.pernah skali ada sorang bdk pompuan naik bas skali ngan mak dia nak ke Leamington Spa (lbh kurang 45 min perjalanan) sepanjang perjalanan mmg bdk tu tak henti2 ckp.mak dia layan je.muka cool je.kadang2 mak dia lak yang tanya pasal apa yang dia ckp.cool kan? sbb tu aku suka tengok cara diaorang layan anak2.banyak yang boleh dipelajari :)

No comments: