Tuesday, January 11, 2011

Mengapa aku perlu bersedih?

Dulu aku rasakan aku selalu dapat apa yang aku mahu. Masa UPSR, aku selalu berdoa supaya Allah memberikan keputusan yang cemerlang dan akhirnya Allah mengurniakannya kepada ku, aku gembira.

sewaktu aku menunggu jawapan utk permohonan ke mana2 sekolah berasrama penuh, aku selalu berdoa supaya aku diterima masuk sebab itulah harapan ibu bapaku dan akhirnya Alhamdulillah aku terpilih untuk menerima biasiswa PNB sewaktu aku tingkatan 1.

sewaktu tingkatan 3 juga aku sering memohon kepada-Nya supaya dikurniakan lagi keputusan yang cemerlang dan sekali lagi doa aku dimakbulkan. Alhamdulillah.

semasa SPM, aku mendapat keputusan yang cemerlang atas kurniaan-Nya aku gembira begitu jua dengan keluargaku. masa tu aku betul2 gembira. sebelum aku jumpa ngan cikgu2 aku, aku berlari ke surau, dan buat sujud syukurku kepada-Nya. Tak dpt digambarkan pada masa itu.

aku diterima masuk ke KYUEM, untuk meneruskan pengajianku peringkat A-level. masa tu keputusan aku setiap kali ujian adalah sgt teruk. aku berdoa dan berusaha dan akhirnya aku mendapat keputusan yang cemerlang Alhamdulillah.

tanpa disangka-sangka juga aku mendapat tempat di warwick walaupun warwick telah menolak permohonanku sebelum itu. namun atas kehendak-Nya aku diterima jua. sungguh, aku gembira.

dan sekarang ketika mana Allah tidak memperkenankan doaku, adakah aku patut terus memberontak? mempersoalkan kenape Allah membuatku sedih? kenape Allah tidak memperkenankan doaku? sedangkan selama ini Dia selalu memenuhi permintaanku?mungkin dia sedang mengujiku adakah aku selalu bersyukur atas kurniaan-Nya. mungkin apa yang Allah putuskan untuk aku tidak aku sukai, membuatku sedih. namun mungkin hikmah yang lbh besar tersembunyi tanpa aku sedari.mungkin ini jua adalah satu hadiah untukku untuk memudahkan aku kembali mendekati-Nya kerana aku adalah seorang hamba yang suka melarikan diri dari-Nya.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah aku sekiranya aku terlanjur sikap terhadap-Mu, maafkanlah aku andai aku bukanlah hamba yang tahu bersyukur, jika ini adalah ujian dari-Mu, maka bantulah aku ya Tuhan, sesungguhnya, tanpa bantuan dan rahmat dr-Mu tidak mungkin udara ini dapat ku sedut, tidak mungkin jantung ini dapat berdegup dan tidak mungkin aku dpt kembali kepada-Mu. Ya Allah ya tuhanku, aku tahu rasa sayang itu adalah milik-Mu dan tidak sekali2 akan menjadi milikku, maafkan aku jika kurniaan-Mu itu telah membuatku leka dan membuatku sombong dengan-Mu, maafkan aku Ya Allah, maafkan aku Ya Allah. kuatkanlah hatiku Ya Allah, kuatkan imanku Ya Allah.

No comments: