Wednesday, January 26, 2011

intepretasi Patriotik

Sudah lama dia merancang. Rancangannya tidak mampu lagi dihalang oleh sesiapa pun kerana dia sudah nekad. Demi negaranya yang tercinta, dia sanggup lakukan apa sahaja. Itulah yang telah diajar di akademi tentera 20 tahun lalu. Sekarang dia merupakan Ketua Pasukan Elit Komando angkatan tentera negaranya. Cuma mungkin interpretasinya tentang cintakan Negara adalah berlainan.

Segala kelengkapan sudah disediakan, dia tidak mahu gagal untuk misi kali ini. Mungkin ini adalah misi terakhirnya. Misi yang amat penting baginya. Meskipun ramai yang menghalang, terutama isteri dan anak-anaknya, dia tetap meneruskan jua. Dia berharap agar orang-orang yang menyayanginya dapat memaafkannya dan akan dapat memahami tindakan itu suatu hari nanti. Biar pun dia tidak dapat melihat hasil daripada perjuangannya, itu tidak penting. Baginya perjuangan itu ibarat mata rantai yang akan disambung dari generasi ke generasi. Baginya ini adalah sumbangan yang mampu diberikan. Dia tidak mahu negaranya berakhir seperti Negara Manusia, lumpuh akibat tindakan pemimpin2 yang gelojoh, tamak haloba sehingga Negara tergadai, rakyat merempat. Walaupun slogan 2Manusia sering dilaungkan- pemimpin tkpe merempat, asal rakyat bahagia-itu semua hanyalah satu propaganda kerajaan Manusia.


Dia memandu keretanya kearah bangunan yang paling tinggi di ibu kota. Dia harus mendapatkan pemandangan yang sesuai untuk misi itu. Atas penyamarannya sebagai seorang jurutera lift, dia dibenarkan untuk ke bumbung bangunan, dan itulah tempat yang paling strategik. Bangunan Menara Budaya itu adalah salah satu pembaziran kerajaan parti Gampang yang diwujudkan semata-mata untuk menyelamatkan periuk nasi kroni2 mereka dan hari ini menara itu akan makan tuannya sendiri. Dikatakan bahawa menara itu bakal membantu meningkatkan ekonomi. Tp dia tengok mak cik Senah yang jual nasi lemak kegemarannya tak pernah pun dapat peluang untuk berniaga kat menara tu.

Dia mengambil keputusan ini setelah bosan dengan pentadbiran presiden Negara itu, Dr. Nasib. Namanya je doktor tp bodoh mcm lembu,lembu pun lg pandai. Harga minyak naik aje, isterinya pula seorang yang triple bangang, belanja boros sana sini duit kerajaan. Mcmlah duit tok ki dia. Buat persidangan isteri-isteri presiden selama 3 hari tp habiskan duit sampai 4 juta. Ko gile ke apa? Hotel sampai 100 000 satu malam, mmg menyakitkan hati. Tidak mahu lg dia mengingati apa yang pernah dilakukan oleh suami isteri itu terhadap negaranya. Nanti konsentrasinya hilang. Misi harus diselesaikan.


Kelengkapan sudah dipasang diatas bumbung bangunan itu. Sebagai seorang yang pernah mendapat anugerah komando terbaik Negara sebanyak 3 kali berturut-turut, memasang kelengkapan itu dalam masa yang singkat bukanlah satu masalah untuknya. Sekarang dia hanya harus menunggu dengan penuh sabar. Masanya akan tiba nanti. Setelah beberapa lama menunggu, inilah masa yang dinanti-nantikan. Presiden bersama isterinya sudah pun keluar dr bangunan persidangan itu. Dia memusatkan target snipernya ke kepala presiden itu dan apabila mendapat sasaran yang jelas, dia melepaskan tembakan. Dari jauh dia melihat ramai yang menggerumumi jasad presiden yang rebah ada juga yang cuba melindungi isteri beliau. Tanpa membuang masa, dia melepaskan sedas lagi tembakan dan kali ini mengena tepat di kepala isteri presiden. Sebagai seorang penembak tepat juga, menembak satu target dalam keriuhan begitu, bukanlah satu masalah besar. Dia berkemas dengan tenang semua kelengkapan senjatanya. Biarpun dia akan ditangkap selepas ini dan akan dihukum gantung sekalipun, tapi dia puas. Dan biarpun jua, namanya dia akan terukir dalam sejarah sebagai pengkhianat Negara, tidak mengapa kerana apa yang penting baginya adalah Negaranya. Untuk menyelamatkan Negara itu, pengkhianat sebenar haruslah dihapuskan kerana itulah intepretasi patriotik baginya.

No comments: