Saturday, March 5, 2011

Penceraian

Terbaca status salah seorang dari kawan aku mengenai kadar perceraian yang membimbangkan di Malaysia lbh kurang setiap 15 minit akan berlaku satu perceraian. Ya, perceraian itu dihalalkan dalam Islam namun ianya adalah perkara yang paling dibenci oleh Allah. Perceraian bkn sahaja meninggalkan kesan kepada suami isteri (yg bercerai) malah kepada anak2 mereka juga. Gangguan emosi adalah antara kesan yang mendalam terhadap kanak2. Percaya atau tidak dari sudut psikologi, seorang anak mahu melihat ibu bapa mereka gembira dan saling menyayangi.

Kadang-kadang aku terfikir, mengapa semua ini berlaku? mungkin salah satu jawapannya adalah sudah ditakdirkan jodoh tidak berpanjangan. Namun, setiap apa yang berlaku mempunyai asbab yang tersendiri. Institusi perkahwinan sepatutnya menjadi satu institusi yang menyemai rasa kasih sayang antara dua insan dan mewujudkan satu kasih sayang baru setelah dianugerahkan cahaya mata, namun semua ini tidak berlaku. Institusi ini kini dilabelkan oleh sesetengah pihak sebagai institusi yang penuh penyeksaan. Mengapa pasangan yang berkahwin atas nama cinta dan sanggup melakukan apa sahaja berakhir dengan tragedi perceraian? Mungkin aku bukanlah seorang yang layak untuk memberikan pandangan atas isu ini atas sebab aku belum berkahwin namun aku akan tulis pandanganku secara teori (atau mungkin idealistik)

Mungkin kita boleh melihat dari sudut persediaan sebelum perkahwinan. InsyaAllah manusia yang normal akan menyimpan hasrat untuk berkahwin. Seringkali isu perkahwinan dianggap isu yang 'taboo' maksud aku kita tahu kita ada niat utk berkahwin dan orang lain juga tahu namun kita takut untuk mempamerkannya secara sihat. Apa yang dimaksudkan secara sihat adalah seperti membaca buku2 berkenaan rumah tangga, mengahdiri kursus2 perkahwinan dan sebagainya. cuba kita ambik satu buku berkenaan perkahwinan contohnya 'Aku terima nikahnya' oleh Ustaz Hasrizal dan bacanya di hadapan kawan2 atau saudara mara. InsyaAllah anda akan mendengar suara2 sumbang seperti 'blom hbs belajar lg dah gatal nak kawin' ataupun 'ketiak pun belum tumbuh bulu dah nak kawin'. Kalau kursus kawin pulak, esok nak kawin, ari ni baru selesai kursus kawin. Ilmu pun tak dpt dicerna ngan baik lg. Masalahnya hasrat perkahwinan itu kan kalau boleh nak dikekalkan sehingga ke liang lahad, tp persediaannya amatlah ringkas. sebulan nak kawin baru nak cari buku, lbh teruk lg pergi satu kursus, terus kawin tu pun sbb kursus kawin tu wajib.

Tapi yang menghairankan pulak, kalau couple takde lak orang nak sound mcm tu. org boleh je ckp 'alah biasa la tu, dah dewasa kene la cari awek' kenape tak ckp 'alah biasa la tu, dah dewasa kene la ke kursus kawin' kenape perlu ada diskriminasi antara 2 golongan ni? kalau status kat fb lak 'In relationship with' tu, berduyun-duyun org ucapkan tahniah, takde lak nak sound 'gatal gile ko'. satu lagi kemungkinan kurang kefahaman kita mengenai tujuan perkahwinan itu sendiri. kadang-kadang orang anggap perkahwinan tu untuk seks semata walhal tujuannya adalah lbh besar. secara skema jawapannya, tujuan perkahwinan itu adalah demi mewujudkan masyarakat yang lbh harmoni dengan perkongsian kasih sayang. Ada juga yang berkahwin sbb nak ada org jaga pakai minum dia (nak2 org laki ni) padahal perkahwinan itu, lbh bahagia sekiranya niat setiap orang adalah untuk memberikan sesuatu (kebahagiaan) kpd pasangan masing2.

Mungkin juga disebabkan semasa pencarian jodoh dahulu. Kan Nabi Muhammad saw berpesan kepada kita supaya memilih jodoh yang beragama bkn dari segi rupa sahaja. Kalau ikut dalam salah satu buku Ust Hasrizal, dia ada membahagikan ciri2 beragama itu kepada 3 iaitu mahu, tahu dan mampu. mahu adalah seseroang yang mempunyai keazaman untuk mempelajari tentang agama, tahu pula adalah yang mempunyai pengetahuan tentang agama manakala mampu pula adalah mereka yang mampu mengamalkan setiap ajaran Islam itu sendiri. tapi harus diingat bahawa Allah juga ada berfirman dalam surah An-Nur ayat 26

'(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia'

Jadi marilah kita jadi baik bukan sahaja sbb kita nak jodoh yang baik malah sbb mmg Allah nak kita jadi baik itu yang penting.

kepada mereka yang mencari buku-buku yang sesuai untuk dibaca sebelum melangkah ke alam perkahwinan ataupun yang sudah berkahwin, aku cadangkan 5 buku ni, 'Men are from Mars, Women are from Venus', 'Why Mars and Venus Collide' (dua2 oleh John Gray), 'Aku terima nikahnya', 'Bercinta sampai ke syurga' dan 'Murabbi Cinta' (ketiga-tiga oleh Ustaz Hasrial). Kat atas tu hanyalah sekadar pendapat aku shj. Mungkin ada yg ckp 'alah ko tak kawin lg boleh la ckp byk, nanti bila ko kawin, ko tengoklah' tapi biasanya aku 'dinch' je kata2 mcm tu. Tagline yang aku suka 'ada aku kesah' ataupun dlm English 'like I care' :)

No comments: