Tuesday, March 8, 2011

Ujian

Post ini adalah ditujukan kepada diri sendiri namun aku ingin kongsikan dengan kawan-kawan aku yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu mereka menghadapi dugaan dan cabaran hidup.

Adalah satu kewajipan dalam kehidupan seorang hamba untuk diuji oleh Allah. Tidak terbukti keimanan kita kepada-Nya selagi mana kita tidak diuji. Kesusahan adalah satu ujian begitu jua dengan kesenangan. Setiap ujian mempunyai cabarannya yang tersendiri. Ujian kesusahan cabarannya adalah untuk menahan jiwa, perasaan, nafsu daripada melakukaan sesuatu yang dilarang-Nya dan untuk kembali kepada-Nya, meminta daripada-Nya. Kesabaran adalah amat diperlukan dalam ujian seperti ini. Ujian kesenangan pula cabaran-Nya adalah untuk meletakkan Allah dalam setiap kejayaan yang dicapai. Untuk menguji adakah kita lalai dengan kesenangan yang dilimpahkan-Nya.

Hati juga sering diuji oleh Allah. Sekarang mungkin ramai yang sudah mula mencari jodoh. satu usaha yang baik. Masing-masing sudah mempunyai pilihan di hati sendiri. Namun takdir ketentuan Ilahi tidak dapat kita jangkakan. Kita merancang Allah jua merancang, namun perancangan Allah itu lbh baik. Kita sukakan seseorang, namun ditakdirkan jodoh kita bukan dengan pilihan itu. Ini juga adalah satu ujian daripadanya. Mungkin kita merasa bimbang sekiranya kita sudah tidak mampu lagi mencintai dan kita tidak akan bahagia dengan orang lain selain daripada pilihan itu. Namun, harus diingat bahawa kebahagiaan dan rasa cinta itu adalah milik-Nya. Hati setiap hamba adalah milik Allah. Jika dia mahu memberikan hati itu kepada orang lain, nescaya dengan sekelip mata sahaja ia akan berlaku.

Kita juga mungkin kecewa dengan apa yang berlaku seolah-olah tiada lagi jodoh untuk kita. Ingatlah Allah itu sentiasa berada di samping kita,sentiasa mendengar apa yang kita tuturkan kepada-Nya. Berdoalah dan jangan sesekali kita putus harapan dengan-Nya. Menangislah didepan-Nya kerana Dialah yang paling memahami isi hati hamba-Nya lebih daripada kita memahami isi hati sendiri. Percayalah bahawa setiap ketentuan-Nya adalah yang terbaik untuk kita kerana kasih dan sayang-Nya Allah kepada hamba-Nya tiada batasan-Nya. Sentiasalah berdoa kerana Allah sangat menyukai mendengar suara hamba-Nya meminta sesuatu daripada-Nya kerana Dia maha kaya. Tatkala kita bersedih, kembalilah kepada-Nya.Luahkan apa sahaja perasaan kita kepada-Nya kerana Allah sentiasa mendengar dan Dia takkan pernah berhenti mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Dan seandainya ditakdirkan cinta manusia itu bkn milik kita, jangan sesekali kita gagal memiliki cinta Allah.

No comments: