Monday, March 7, 2011

Ye, aku penyokong PAS, so what?

Ini adalah antara sebab aku sokong. Mungkin tak kukuh bg sesetengah org, tp bg aku sudah cukup menyakinkan.

Ada orang ckp, Kelantan tak maju dari mula PAS memerintah lg. Persoalannya org yg ckp tu tahu betul2 ke pasal Kelantan? Ye, aku dulu pun anggap Kelantan tak maju dari segi pembangunan 'zahir' maksud zahir adalah pembangunan dari segi pandangan mata kasar. Tkde bangunan yg gah mcm KLCC, tkde airport mcm KLIA, tkde bangunan tinggi mcm Menara Warisan. Namun, ini adalah satu daripada aspek pembangunan yang tidaklah begitu penting. Kalau kat UK ni, bangunan mmg byk yg lama2 la.mungkin ada yg dah 100 thn tp masih digunakan dan walaupun mcm tu, perkhidmatan tetap mantap.

kalau di Malaysia, bangunan dah gah, namun dari aspek perkhidmatan dan penggunaan bangunan tu agak teruk. Jadi bg aku aspek pembangunan zahir ni tidaklah begitu penting. yang penting pembangunan dr aspek dalaman yg lbh penting. berbalik kepada Kelantan, antara pembangunan adalah dr segi sistem pentadbiran itu sendiri yang mungkin ramai org tidak tahu disebabkan media perdana yg berat sebelah. antaranya adalah, aku agak lupa pasal benda ni, tp ia berkaitan dengan akaun di mana kerajaan Kelantan asingkan hasil cukai judi dan hasil cukai lain rasanya tp benda ni tak pernah dilakukan oleh mana2 kerajaan negeri lain bawah pemerintahan parti satu lg tu (malas nak tulis nama parti tu, kotorkan blog aku je). dari aspek undang2 pula, judi tidak dibenarkan dan penjualan arak hanya kepada bkn Islam, dan kod pakaian ditetapkan di bandar Kota Bharu (menutup aurat).

Ada yg ckp, nama je kerajaan Islam, tp ada je jual arak. Bg aku, sekurang-kurangnya ada usaha untuk kurangkan benda ni daripada takde langsung malah kadang2 mcm menggalakkan lak. Bg isu arak, rasanya benda ni mana boleh sekat sampai org bkn Islam pun takleh minum. itu hak diaorang. yang perlu diharamkan adalah kepada orang Islam. Dari segi perpaduan, dah lama kerajaan cuba satukan kaum2 di Malaysia dengan asimilasi budaya.contohnya orang Cina pakai baju kurung, orang Melayu makan masakan India. Namun, dapat dilihat prosesnya masih lembab. Tapi di Kelantan asimilasi itu telah lama berlaku. kalau ke Kelantan, cuba ckp loghat Kelantan ngan orang2 Cina, mmg tak sangka lah yg dia tu Cina, tkde langsung bunyi org Cina ckp. Diaorang jugak ramai yg suka makan budu. Itu adalah pembangunan dari segi perpaduan. Byk jugak kedai2 Cina yg ramai pengunjungnya orang Melayu, sbb tukang masak, tukang buat air adalah melayu pemiliknya sahaja adalah Cina.

Dari segi pemimpin, ramai pemimpin PAS yang mampu memberi nasihat kepada rakyat bkn sahaja untuk kepentingan dunia malah akhirat. Jarang kita jumpa pemimpin2 mcm ni dalam parti2 lain. Ada yang ckp Tok Guru Nik Abdul Aziz gila kuasa. hanya gunakan agama untuk kuasa. tp kan cuba kita fikir balik. kalaulah betul Tok Guru tu gila kuasa, kenapa dia masih setia dengan PAS? kalau nak kuasa, boleh je dia terus lompat parti dan aku rasa parti satu lg tu mmg nak terima pun sbb Tok Guru juga byk pengaruh terutamanya di Kelantan. Lagipun skrg dia pun dah berumur, kalau dia gila kuasa, aku yakin dia akan lompat parti sbb mestilah sblm hembuskan nafas, dia nak merasa apa yg dia idam-idamkan selama ni, kuasa (kalau betul itu idaman dia). tp tak dia masih setia dengan PAS. jd ini juga kenape aku sokong PAS.

Ada yg mungkin berpendapat, kita ubah parti yg tu dari dalam. tp persoalannya mampu ke ubah? aku rasa ada 2 sbb. satu dasar parti tu sendiri. kalau dah dasarnya perjuangan bangsa (rasis) sampai bila pun sama, susah nak ubah. Allah ciptakan bangsa itu untuk manusia saling kenal bkn saling buktikan sapa lg kuat, sapa lbh berkuasa sehingga lupakan keadilan. Islam tak perlukan mana2 bangsa utk bangkit sbb Islam itu sendiri sudah dijaga oleh pencipta-Nya, namun bangsa yg perlukan Islam utk terus wujud dan membangun' keduanya, ada je pemimpin yg dah cuba ubah parti tu dari dalam mcm Anwar, tp berjaya tk? nan ado.kalau satu2 benda tu dah rosak teruk, takyah pakai la, buang je, ganti yg baru. mcm kereta, kalau brek pun dah tak brape nak makan, ganti baru la.ke masih ada bran utk bawak?

so ini adalah beberapa sbb mengapa aku pilih PAS. Ini adalah sbb yang sudah cukup menyakinkan aku. tp aku tak tahulah org lain mcm mana

No comments: