Tuesday, January 25, 2011

Bagaikan Medusa

Sudah lama dia mendengar kisah itu. Namun selama ini dia tidak pernah ambil pusing pasal tu semua. Baginya itu hanyalah cerita-cerita dongeng rekaan penduduk kampungnya untuk menakutkan anak-anak yang suka merayau ditengah-tengah malam mengacau orang situ sini. Mana mungkin cerita itu direka-reka oleh para isteri mithali semata-mata untuk melarang suami daripada melepak di warung kopi Pak Mat Tonggek yang memiliki seorang anak dara sunti kegilaan ramai.


Ya cerita mengenai beberapa penduduk yang meninggal dunia beberapa hari selepas melalui sebuah rumah yang usang itu sudah lama didengarinya. Minggu lepas sahaja sudah anak kepada Wak Karman meninggal. Khabarnya sebelum tu dia ada melalui dihadapan rumah usang itu selepas pulang daripada sesi ‘jamming’ nya. Jamming je lbih tp album tak pernah kuar.huh. tapi baginya ajal maut di tangan Allah bukannya jodoh je. Apa kaitannya umah using tu dengan kematian? Karut2!


Kadang-kadang terlintas juga dihatinya untuk menyiasat sendiri umah tu. Nak mencari kebenaran katanya. Tapi maknya tidak membenarkan katanya rahsia umah tu biarlah rahsia, tu diah tahu la peminat Siti Nurhaliza, sampaikan ckp pun kuar tajuk lagu Siti. Kawan-kawannya juga tidak berani untuk menemani Mat Rock ke rumah tu. Mat Rock dah gila kata mereka.tak guna punya kawan! Dengus hati Mat Rock. Dah la kawan-kawannya tak pernah nak bayar hutang dengannya. Mmg tak guna kuasa dua.


Hari ni suasana tenang sahaja di warung Pak Mat Tonggek. Kelibat anak daranya gigih melayan pelanggan tidak pernah mengusik perhatiannya daripada mendengar perbualan warga-warga tua dari jauh, walaupun selama ni dialah yang giat menjalankan aktiviti mengorat anak Pak Mat Tonggek tu sampaikan lepak kat warung sehingga tamat waktu berniaga. Dia bukannya tak nk join warga tua tu berbual, cuma dia telah dibuang keahlian kerana menyanyikan satu baris lagu ‘warga tua sampah masyarakat’ bukannya dia sengaja tersalah satu perkataan je. Sepatutnya ‘warga tua teras masyarakat’ ahhh biarlah tu kisah lama walaupun parut terkena balingan parang masih lagi berbekas di kepalanya.


Khusyuk dia mendengar cerita berkenaan rumah using tu. Katanya ada orang baru yang terkena, Sudin anak Pak Sukarno cucu Tijah jongang. Dah 2 hari mamat tu tak makan apa2.sebelum ni dialah juara dalam pertandingan makan plg cepat antara kampung2. Khabarnya mamat tu pg ke rumah usang tu sebab dah dicabar Ajis, samseng kampung sebelah. Padahnya berat pun dah makin menyusut. Bagus gak puaka umah usang tu kurang2 jimat la beras rumah Pak Sukarno tu. Khabarnya setelah dijemput masuk ke rumah itu, Sudin dijamu bermacam-macam lauk oleh seorang perempuan misteri. Tak tahulah apa yang sebenarnya dimakan oleh Sudin. Mungkin cacing, mungkin juga daging busuk. Mamat tu tahu bedal je. Mat Rock dah muak sebenarnya dengar cerita-cerita macam tu. Sekarang dia nekad untuk ke rumah puaka tu walau apa pun yang berlaku. Walaupun dia sekolah hanyalah setakat SPM, namun sifat ingin tahunya cukup tinggi. Kalau boleh dia nak keluarkan kajian mengenai rumah tu.

* * * * * * * * * *


Sekarang, dia sudah berada di depan rumah usang tersebut. Dia memandang dengan penuh ketakutan namun sifat ingin tahunya semakin menebal. Selama ni dia tak mengendahkan cerita-cerita penduduk kampung, namun malam ini dia telah berdiri di hadapan rumah berkenaan. Perlahan-lahan dia berjalan ke halaman rumah usang itu. Dia berjalan menuju ke dinding ruang tamu rumah. Cuba mencari lubang untuk mengintai ke dalam rumah itu. Terkejut sebentar Mat Rock apabila dia mendapati ada satu pelita ayam dipasang di tengah2 ruang tamu. Adakah rumah ni berpenghuni? Setahu Mat Rock tiada siapa yang menghuninya. Ni mesti kerja mat pit ni. Buat port kat dalam rumah tu. Degus hati Mat Rock. Ni tak boleh jadi ni,dia sebagai warga Malaysia yang bertanggungjawab walaupun dia tahu bapanya dari kepulauan Indonesia, harus mengambil tindakan. Rupanya selama ni merekalah yang membuat kacau.


Sedang dia asyik skodeng dengan menggunakan teknik yang betul, dia disapa suara lembut, milik seorang gadis ‘Assalamualaikum’ terkejut Mat Rock sebentar.


Sirna seketika kerana Mat Rock tergamam dengan keayuan gadis dihadapannya itu, lebih cantik dr anak pak imam kampungnya. Mat Rock membalas dengan nada terketar-ketar ‘Waalaikumussalam’. Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Suriati. ‘sedap nama tu’ ayat mengorat Mat Rock yang biasa digunakan walaupun nama gadis yang ditemuinya bernama Siti Juling sekalipun. Suriani mempelawa Mat Rock naik, katanya bolehlah masak apa2 yang patut. Pucuk dicita ulam mendatang. Mat Rock menyambut pelawaan itu.


Mat Rock dihidangkan dengan mee goreng. Tidak pernah dia merasai mee sesedap itu. Dia bagaikan dipukau. Setelah berbual dengan Suriani, Mat Rock merasakan Suriati adalah gadis yang dicari-cari selama ni. Lembut tutur katanya, ayu wajahnya lg pandai memasak. Segala-galanya cukup lengkap bagi Mat Rock. Tapi Mat Rock malu untuk menyatakan niat baiknnya utk memperisterikan Suriani. Tambahan lagi dia perasan yang Suriati memakai cincin di jari manisnya.adakah dia sudah berpunya?soal hati kecil Mat Rock. Setelah beberapa lama, Mat Rock hendak pulang, namun matanya berat. Akhirnya Mat Rock tertewas dan tertidur atas lantai rumah usang itu.


Setelah Mat Rock tersedar, dia sudah dikelilingi oleh orang-orang kampung yang menyatakan bahawa sudah 2 hari Mat Rock terbaring dalam rumah usang itu sebelum dijumpai oleh orang2 kampung. Dia bertanyakan tentang Suriati, namun tiada siapa yang mengenalinya. Mat Rock pelik. Dia mula terbayangkan wajah Suriati. Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah. Semuanya tidak kena.nampaknya dia sudah angau dengan Suriati gadis misteri. Dia cuba melupakan Suriati namun setiap kali dia mencuba, Suriati akan menjelma di hadapannya dengan kuntuman senyuman. Sekarang Mat Rock tahu kenapa ada yang mati selepas melalui rumah itu.rupanya telah terkena panahan cinta Suriati. Bagaikan Medusa, yang membunuh sesiapa sahaja yang melihatnya, begitu jua Suriati, yang memanah hati setiap pemuda yang mengenalinya. Mat Rock hanya mampu berdoa supaya Allah melupakannya akan Suriati namun dia juga berharap akan bertemu gadis sehebat Suriati itu. Mat Rock hanya berharap…..

No comments: