Monday, April 13, 2009

tetamu

cuti easter ni ramai lak tetamu yg dtg warwick.Alhamdulillah dpt lah berjumpa semula ngan kwn2 yg agak lama dah tak jumpa (tk sampai setahun kot.hehe).kami lah,sebagai tuan rumah,melayan tetamu2 yg dtg.harap2 korang puas hati ye dgn layanan kami.itu sahaja yg kami termampu.tima kasih gak la sebab sudi dtg ke warwick ni.

hmmm...sebut pasal melayan tetamu ni,masa kat turki dulu,kami telah dibawa oleh seorang hartawan turki ke 2 buah sekolah untuk kami melihat2 sekolah2 tersebut.sekolah ini menyediakan pendidikan kepada pemuda2 turki secara percuma dan lbh menyeluruh.siang belaja ilmu dunia,mlm blaja ilmu akhirat.tujuan sekolah ditubuhkan gak adalah untuk melahirkan muslim professional.

apa yg aku kagum kat sekolah ini adalah cara mereka melayan kami sebagai tetamu.melangkah sahaja kami ke sekolah itu,kami dibawa ke beberapa tempat dalam bangunan sekolah tu oleh pelajar kat situ.lps tu kami duduk berbual2.Masya-Allah,cara mereka melayan kami,seperti mereka melayan kawan mereka yg sudah lama tidak bertemu.sungguh mesra.walaupun menghadapi masalah komunikasi sebab mereka agak tidak lancar berbahasa Inggeris,namun mereka berusaha untuk bercakap dgn kami.ada diantara mereka yg baru setahun belajar bahasa Inggeris,namun tu tidak menjadi penghalang.kami tetap dilayan dgn penuh mesra.

sebenarnya,aku gak malu ngan diaorang sebab walaupun aku sudah lama belajar bahasa Inggeris,namun aku masih ada rasa malu jika mahu bertutur dlm bahasa asing itu.walaupun mereka tersekat2 semasa bercakap,namun mereka tidak malu.kata org,malu biarlah bertempat.ingat kata2 cikgu English dulu,selama org memahami apa yg kita nak sampaikan,grammar tunggang-langgang pun takpe.lama2 betulkan lah grammar tu.
tapi sebutan biarlah betul,baru lah org boleh paham.jgn lari jauh sgt sebutan tu.

ingat satu peristiwa kat malaysia,masa tu aku kat burger king.masa aku nak byr tu,akak cashier tu tanya lah aku 'tak nak yg last ke?' aku buat muka pelik 'hah?last?' aku still blur.aku buat muka blur,akak tu buat muka senyum mesra.jeda seketika.dgn muka yg masih tersenyum akak tu tanya lagi 'tak nak yg last ke?'dlm keadaan yg masih blur2 lalat,aku jawab 'hah?last?'dia ni nak suruh aku ambik makanan last skali ke?tak mungkin kot.tetiba je ada sorang lagi akak cashier meyampuk,'awk nak yg large ke?' lah,large rupanya.Ya Allah.sebut last,mana lah aku paham.sambil menggeleng kepala,aku mengambil makananku dan berlalu dgn muka yg still pening.haduihh.

No comments: