Monday, April 20, 2009

apa yg aku nk karutkan ni?

penah tak korang dengar ada sesapa yg mempersoalkan tentang hukum2 Allah s.w.t telah tetapkan ni?penah kan?ada la satu persatuan kat Malaysia ni,dengar kata membela nasib wanita.tapi aku rasa mcm lebih membela kepentingan diri sendiri.penah satu ketika persatuan ni cuba memujuk kerajaan untuk mengharamkan poligami.eh suka2 hati dia je nak haram2 kan benda tu.padahal benda tu kan halal.benda tu tak salah.cuma org tu yg salah.ye lah,dah nak kawin lbh dari satu tu,pandai2 lah adil kan.

ada lak dia soalkan.kenape takde keadilan antara lelaki ngan pompuan.contohnya lelaki boleh kawin 4 tapi tidak pompuan.aku rasa dia bkn ckp pasal adil kat sini.tapi sama rata.adil dan sama rata lain ye adik2.adil tak semestinya sama rata dan sama rata tak semestinya adil.cuba bayangkan situasi ni.encik dzull ada 2 orang anak.sorang laki dan sorang pompuan.dia bercadang untuk membelikan setiap anaknya satu hadiah.selepas dibuat cost and benefit analysis,entah apa yg menghasut pikiran encik dzull,dia telah membelikan setiap anaknya sehelai tudung.setelah dibuka anak pompuannya begitu gembira tetapi anak lelakinya begitu sedih.dalam situasi ni kemungkinan encik dzull utk mendapat satu tempeleng dari isterinya terlalu tinggi.kat sini kita lihat,sama rata tetapi tidak adil.begitu juga penetapan hukum ke atas lelaki dan pompuan.Allah itu pencipta.dia maha mengenali setiap ciptaannya.jadi setiap hukum yg ditetapkan adalah sgt adil dan sesuai dengan setiap ciptaannya.

ada lak kes yg geng2 persatuan ni nak tafsir Al-Quran sendiri sebab hujahnya,Al-Quran untuk semua.bila diaorang tafsir mmg haru-biru lah.ye lah nak tafsir Quran ni susah.kene ada ilmu yg cukup.bkn mcm tafsir cite harry potter ke dalam bahasa melayu.contohnya mcm ni lah,sorang pakar biologi,tetiba je nak meramal situasi dlm pasaran saham sebab dia ckp pasaran saham adalah hak milik setiap insan.sudahnya,ayat mcm ni lah yg mungkin akan kuar.setelah diperhatikan organel2 dlm pasaran saham seperti syarikat MAXIS,syarikat Air Asia,saya rasa akan berlaku peningkatan yg mendadak dlm harga saham2 organel2 yg lain.tapi,kenaikan ini dihadkan oleh satu membran separa telap,membran plasma.aku rasa menangis pakar2 saham yg lain terharu mendengar 'ketepatan' ramalan ini.

hmmm...mcm tu lah situasinya,kalau kita anggap diri kita ni lbh pandai drpd Allah s.w.t.lebih tahu drpd Dia.padahal sapalah kita ni kalau nak dibandingkan dengan besarnya ciptaan-Nya. Ilmu kita ni terlalu cetek.kalau nak dibandingkan,ilmu Allah itu seluas lautan,ilmu kita pula setitis daripadanya.MasyaAllah.tapi akhirnya kita nak mengaku yg kita lbh tahu.apakah?

(mungkin contoh2 yg aku berikan tu terlalu mengarut,sebab sekarang ni otak tgh berserabut,sorry.)

1 comment:

Najib said...

good point maite, but hyper ar example ko. suits u well biatch, haha