Thursday, April 16, 2009

habis la

tgh2 check blog tadi,maklumlah blog aku dah upgrade skit skrg,ada live traffic feed.walaupun agak ketinggalan dalam meletak benda ni kat blog,tp sekurang-kurangnya majulah skit kan.aku terperasan satu benda.ada 2 pengunjung dari madrid.eh takkan jauh sgt dtgnya pengunjung blog aku ni.famous sgt ke blog ni?mungkin tidak sama skali.lagipun aku takde kwn kat madrid.pastu aku terperasan satu benda lagi yg pelik.kedua2 pengunjung dari madrid arrive kat satu artikel yg sama iaitu artikel bertajuk tutorku....(http://chi88.blogspot.com/2008/11/tutorku.html).aku check balik artikel tu.baru aku perasan kat dalam artikel tu,aku ada letakkan nama tutor aku. (korang cari sendiri lah ye nama dia dlm artikel tu,aku takut dah nak tulis).aku membuat andaian bahawa kedua2 pengunjung ni search nama tutor aku dan terjumpa artikel ni.sama ada tutor aku sendiri (dah takde keje ke nak search2 nama sendiri ni?) atau pun org lain.

aku try google nama tutor aku.dan aku rasa sangkaan aku tu agak betul.sebab bila aku google je,bukak page kedua,tertera nama blog aku.oh tidak.habis la aku.dah la nama blog aku ni crap.kalaulah tutor aku tu buat andaian bahawa aku tulis benda mengarut pasal dia,mmg takde maaf bagimu la kot.pastu markah assignment micro aku pun tetiba je dia rendahkan.mintak2 la
jgn mcm tu.tapi dia tahu ke sapa penulis blog ni?students dia agak ramai.so setiap org ada kemungkinan nak buat artikel ni.so lega lah skit.nasib baik bukan tutor statistical technique.kalau tak,harus dia buat analisis statistik nak tahu sapa penulis blog.hehe.tapi takpelah,kalau dia tanya aku pasal artikel ni,aku boleh jawab.aku bkn kutuk dia pun.lagi pun sepanjang belajar ngan dia,aku takde masalah dlm kelas dia.kehadiran pun penuh.

No comments: