Friday, April 24, 2009

Definisi sabar?

haih tgh bengang sebenarnya ngan mamat depan bilik aku ni.tgh2 nak concentrate,tetiba je pasang lagu kuat.kekadang tak paham kenape la org suka pasang lagu kuat2.padahal nak dengar sorang2 je.telinga anda pekak kah?atau najis telinga anda banyak sgt ke?dlm situasi hati sedang mengalami pemanasan global ni,update la skit status kat facebook
'sesapa yg ada speaker gedabak pinjamkan aku jap boleh?aku nak pasang dlm bilik aku.dia
ingat dia sorang je boleh pasang lagu kuat2?'
mcm tu lah bunyi ayat aku.

tak sampai sejam,aku dah dpt beberapa comment dari sahabatku memberi sedikit nasihat.tima kasih lah ye.ni lah sahabat2 yg baik.yg saling ingat-mengingati.tima kasih byk2 kerana mengingatkan.mostly mintak aku bersabar.tapi ada satu comment yg buat aku berfikir sejenak.dia memberi cadangan supaya aku ckp kat mamat tu yg aku tak suka bising2.sabar tak dapat menyelesaikan segala-galanya,tambahnya lagi.mungkin betul kata kwn aku ni.

cuba kita fikir balik.adakah kita bersabar kene pada tempatnya?mcm dlm situasi aku ni,kalau aku bersabar sahaja-duduk diam2 dlm bilik-adakah masalah aku akan selesai ?mungkin tidak.dan adakah jika aku memilih untuk melaporkan kekacauan yg sedang berlaku dalam flat aku ni kepada pihak uni merupakan satu tindakan yg tidak sabar?adakah seorang guru yg memarahi anak muridnya kerana sifat degil pelajar tersebut boleh dikatakan sebagai satu tindakan yg tidak sabar?walaupun itu sahaja jalan yg terbaik.jadi,apakah definisi sebenar sabar?

bagi aku,mungkin sabar itu merupakan salah satu langkah untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan ia bukanlah satu jawapan mutlak kepada sesuatu masalah.maksud aku dlm proses untuk menyelesaikan sesuatu masalah,kita harus bersabar utk mencari jawapan kepada masalah yg menimpa.utk bersandar hanya kepada kesabaran sahaja dlm semua masalah atau ujian Allah,bukanlah satu jalan yg terbaik.

No comments: