Monday, April 13, 2009

tetamu

cuti easter ni ramai lak tetamu yg dtg warwick.Alhamdulillah dpt lah berjumpa semula ngan kwn2 yg agak lama dah tak jumpa (tk sampai setahun kot.hehe).kami lah,sebagai tuan rumah,melayan tetamu2 yg dtg.harap2 korang puas hati ye dgn layanan kami.itu sahaja yg kami termampu.tima kasih gak la sebab sudi dtg ke warwick ni.

hmmm...sebut pasal melayan tetamu ni,masa kat turki dulu,kami telah dibawa oleh seorang hartawan turki ke 2 buah sekolah untuk kami melihat2 sekolah2 tersebut.sekolah ini menyediakan pendidikan kepada pemuda2 turki secara percuma dan lbh menyeluruh.siang belaja ilmu dunia,mlm blaja ilmu akhirat.tujuan sekolah ditubuhkan gak adalah untuk melahirkan muslim professional.

apa yg aku kagum kat sekolah ini adalah cara mereka melayan kami sebagai tetamu.melangkah sahaja kami ke sekolah itu,kami dibawa ke beberapa tempat dalam bangunan sekolah tu oleh pelajar kat situ.lps tu kami duduk berbual2.Masya-Allah,cara mereka melayan kami,seperti mereka melayan kawan mereka yg sudah lama tidak bertemu.sungguh mesra.walaupun menghadapi masalah komunikasi sebab mereka agak tidak lancar berbahasa Inggeris,namun mereka berusaha untuk bercakap dgn kami.ada diantara mereka yg baru setahun belajar bahasa Inggeris,namun tu tidak menjadi penghalang.kami tetap dilayan dgn penuh mesra.

sebenarnya,aku gak malu ngan diaorang sebab walaupun aku sudah lama belajar bahasa Inggeris,namun aku masih ada rasa malu jika mahu bertutur dlm bahasa asing itu.walaupun mereka tersekat2 semasa bercakap,namun mereka tidak malu.kata org,malu biarlah bertempat.ingat kata2 cikgu English dulu,selama org memahami apa yg kita nak sampaikan,grammar tunggang-langgang pun takpe.lama2 betulkan lah grammar tu.
tapi sebutan biarlah betul,baru lah org boleh paham.jgn lari jauh sgt sebutan tu.

ingat satu peristiwa kat malaysia,masa tu aku kat burger king.masa aku nak byr tu,akak cashier tu tanya lah aku 'tak nak yg last ke?' aku buat muka pelik 'hah?last?' aku still blur.aku buat muka blur,akak tu buat muka senyum mesra.jeda seketika.dgn muka yg masih tersenyum akak tu tanya lagi 'tak nak yg last ke?'dlm keadaan yg masih blur2 lalat,aku jawab 'hah?last?'dia ni nak suruh aku ambik makanan last skali ke?tak mungkin kot.tetiba je ada sorang lagi akak cashier meyampuk,'awk nak yg large ke?' lah,large rupanya.Ya Allah.sebut last,mana lah aku paham.sambil menggeleng kepala,aku mengambil makananku dan berlalu dgn muka yg still pening.haduihh.

Sunday, April 12, 2009

economics

hmm...minggu ni aku rasa kepala aku ni tepu dgn istilah2 economics yg mcm2.bknnya revise byk sgt pun (byk ke?) tp entah lah tetiba saje.bila ckp je,ada je istilah yg nk aku gunakan.hmm...kekadang rasa mcm mungkin ada yg menyampah ngan aku sebab guna istilah2 yg diaorang tak paham.mcm semalam lah masa kat warwick castle,ntah berapa byk istilah econs yg aku guna.irrational choice,game theory,nash equilibrium,consumers behaviour,moral hazard ish byk lagi kot. nasib baik la mangsa2 bahasa alien aku ni tak merungut mcm 'boleh tak kalau ko ckp mcm manusia normal?'hehe.tapi kat warwick castle tu gak aku dapat tahu mcm mana dahsyatnya black death plague yang melanda pada satu masa dulu.kalau dlm ecosn,black death adalah satu natural experiment untuk melihat apa yg akan berlaku dlm labour market sekiranya terdapat pengurangan dalam supply of labour.
ntah kenape aku mcm ni.tapi ok la kot.aku still ingat lagi kata2 pn raha dulu (cikgu econs) kalau nak paham sesuatu,kena kenal dulu benda tu dan kalau nak kenal kene selalu 'mendampingi'nya lah.mcm belajar econs gak la.kalau nak paham econs kene selalu guna lah.mcm guna istilah2 ni.kat turki dulu pun camni gak.masuk je istana Sultanahmet-Dolmabache tu,terus terlintas kat kepala ni,Masya-Allah,misallocating of resources.ye lah.hiasan kat dalam istana tu byk yg drpd emas padahal,mengikut sejarah,kerajaan turki pada masa tu,byk menanggung hutang.sepatutnya duit yang digunakan utk hias istana tu,digunakan utk byr hutang.ish2,pembaziran namanya.namun,tu lah sejarah yg perlu kita belajar dan ambil iktibar. aku berharap aku akan terus mcm ni.mintak2 aku akan lebih paham econs ni.InsyaAllah.

Sunday, March 8, 2009

Botol arak?

masa aku berlatih dikir barat utk MNight dulu,aku kene berlatih dlm stu bilik ni.pastu hari tu,masa aku masuk,ada susunan meja kat belakang bilik pastu atas meja tu ada susunan botol mcm botol arak.ish,mesti ada parti arak kat dlm bilik ni tadi.pastu tetiba je kwn aku pegang botol tu.aku tegurlah.pastu dia ckp yang tu bkn arak tapi still water.aku tengok kat label botol tu,mmg betul lah still water.ish buruk sangka betul aku.tu lah kita,baru tengok skali imbas dah kata mcm2.kita main ckp je.tanpa berfikir,tanpa menyiasat.
pastu tadi,aku sgt terkejut.kwn aku cerita ada 2 org yg cukup aku hormati,telah meminta maaf dengannya sebab masa kat kolej dulu diaorang telah menganggap kwn aku seorang yg liar,suka berparti,suka buat benda bkn2 hanya kerana kwn aku tu ramai kwn daripada golongan yg mereka (org yg menuduh) anggap suka berparti,liar dan buat benda bkn2.MasyaAllah, sempitnya persepsi mereka,senangnya mereka menuduh sesama umat Islam.sapa kita untuk menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.kita jgn ingat kita sahaja yg betul,org lain salah.apa yg kita buat,org lain kene ikut.kekadang kita menyempitkan definisi baik.kita akan tengok,ish baikknya org tu,selalu solat kat masjid.eh,tak baiklah mamat tu,kat surau pun tak pernah nampak.senang je kan kita mengklafikasikan org lain.padahal kita tak tahu yg tak pegi surau tu lah yg selalu tlg keje2 kebajikan,yg selalu bgn di pertengahan mlm utk bertahajjud.
pastu ada satu lagi yg nak aku luahkan.kekadang kita anggap kita dah lakukan apa yg terbaik untuk dakwah.kita dah cukup pengalaman utk berdakwah.tapi tanpa kita sedar kita melakukan kesalahan yg besar.kita suka 'berdiskriminasi' dalam menyampaikan sesuatu.kita jarang atau lebih teruk tak penah cuba utk merapati golongan yang tak sekepala ngan kita.maksud aku apa yg diistilahkan sebagai bdk surau dan bkn bdk surau.kalau bdk sarau anjurkan aktiviti, jarang sekali aku lihat ada bdk bkn surau jadi ajk.mungkin ada yg kata mereka menolak utk jadi ajk.tapi aku rasa sebab utama adalah tidak diajak.ingat lagi satu aktiviti bdk surau dulu,bkn setakat bdk bkn surau je jadi ajk,malah non-muslim pun jadi ajk.siap jadi ketua ajk lagi.tengok boleh je kan nk campur cuma nak ngan tak nak je.tapi aktiviti tu je lah yg buat camtu.yang lain?muka sama je.sepatutnya menerusi aktiviti mcm nilah kita merapatkan ukhwah.bila ukhwah sudah terjalin, mudah kan kita nak menyampaikan sesuatu.tak kekok sgt nak berckp.kita bercakap pasal ukhwah tapi malangnya kita tak tahu apa itu ukhwah.janji sedap disebut,kita sebut je.tu lah antara pendapat aku.yg betul ambiklah sebagai panduan,yg tak betul,tlg betulkan.kita hidup di muka bumi sebagai SATU kumpulan yg besar.jgnlah kita cuba utk pecahkan.

Thursday, March 5, 2009

funny


petang tadi,lps lecture statistical technique B,hazim ajak aku,shasha,ngan yanni pegi ke dapur dia untuk makan roti keju.so aku pun pegilah.sapa nak tolak kan kalau mkn free.hehe.basically cara buat roti tu mcm buat pizza je.tapi 'base'nya daripada roti.tabur skit keju,sapu sos,letak salami, sayur sikit,masuk dalam tempat grill tu.tgh2 tunggu roti masak tu, aku berbual-bual lah ngan shasha dan yanni.pastu tetiba je yanni tanya aku,
"where do u live in malaysia?" aku ckp lah kelantan
"waaa..you're from kelantan ke?very nice la that place.i went there with my brother-in-law.he is kelantanese"
bangga la aku kejap kan sebab negeri kene puji tu.(rasa mcm semangat kenegerian lak.haha)
pastu dia ckp lagi "but some people in kelantan are so funny"
aku mcm terkejut.apakah?.aku tanya la kenape kan.pastu dia ckp,ada pompuan yang pakai tudung tapi pakai lengan pendek.dia ckp sambil gelak2.adush,betul gak dia ckp tu.ye lah.tudung kan nak tutup aurat.tapi bila kepala je ditutup kat lain bukak,tak dipanggil tutup aurat tu,tutup kepala namanya.ye lah sekarang ni pun byk kan fesyen yang ada.fesyen Islamik katanya,tapi ketat sana ketat sini,terkoyak sana,terkoyak sini.hmmm.kekadang aku pun naik heran sebab ada satu rancangan keagamaan tu,dlm satu slot dia,fesyen muslimin,dia tayangkan fesyen bertudung tapi agak mngikut bentuk tubuh pemakai.boleh ke?aku rasa takleh.tapi tutup aurat ni bkn utk pompuan je,lelaki pun kene.jgnlah nak pakai seluar pendek ye bila kat luar.tapi satu lagi benda yg aku heran,mcm mana si yanni tu tahu pasal aurat2 ni?byk membaca kot.kalau dia tahu pasal ni,sepatutnya kita lbh tahu drpd dia dan kita patut merasa malu sebab yanni tu adalah chinese......

Saturday, February 21, 2009

Nikah

ptg jumaat lps ada majlis akad nikah kat prayer hall uni.ntah sapa yang nikah,tak kenal pun.ni lah first time tengok org nikah kat sini.ingatkan cara dia samalah cam kat malaysia.tapi lain skit.kat sini tok kadi just ckp ali bin abu (nama laki) sudikah ko terima siti binti aminah (nama pompuan) sebagai isteri dengan syarat2 yang telah dibacakan dengan mas kawin 120 dan 80 gram emas? (lebh kurang camni lah soalan dia.tok kadi tu ckp dlm English la aku just translate je.hehe) pastu pangantin lelaki akan jawab yes i heve.tanya 3 kali.jawab 3 kali.takde salam2 pun.takde pun saksi yang kata sah.kat pengantin pompuan pun prosesnya sama.
kalau kat malaysia kene salam ngan tok kadi,baru lah akad.yang part yang best masa tok kadi henjut skit tgn pengantin lelaki pas dia bacakan ayat akad tu.time tu kalau pengantin laki berdebar2,mmg kantoilah.ada satu kes kat kampung aku dulu,ada sorang ni debar2 sgt nak kawin,sampai tok kadi suruh mengucap pun takleh.mmg haru lah masa tu.nasib baik lah pas beberapa minit,dia boleh tenangkan diri.kalau tak,jawabnya tak kawin lah dia hari tu.hehe.berdebar sgt ke nak kawin?bkn ke gembira?ntah lah.aku tak tahu.tak kawin lagi.hehe.
satu lagi yang bezanya nikah kat sini,takde wang hantaranlah.kalau kat malaysia,kalau takde minimum 6 ribu (ringgit ye,bkn rupiah) jgn haraplah nak kawin.wang hantaran saje dah beribu,tu tak tambah lagi dengan dulang hantaran.kalau belah pompuan mintak serba satu lagi masalah.botaklah kapla ye kaum laki.hehe.ikut adat gak,tak tahu kalau tempat lain tak sama,kat kelantan,kalau korang kawin dengan sorang pompuan yang akaknya belum kawin,korang kene bagi benda yang sama yang korang bagi kat isteri korang masa kawin tu kat akak dia tu.so, pandai-pandailah ye cari pompuan yang akaknya dah kawin.hehe.pastu wang hantaran ni kalau dulu bergantung kpd permintaan domestik dan antarabangsa terhadap pompuan tu.makin tinggi permintaan,makin tinggi wang hantaran.em bagus ada aplikasi teori ekonomi.maksudnya kalau dulu,kalau korang nak kawin ngan org lawa,bersedialah dengan duit yang byk ye.tapi kalau skrg,mak aku ckp,lbh bergantung kpd taraf pendidikan.makin tinggi pendidikan,makin tinggi wang hantarannya.so kalau korang nak kawin dgn org yang blaja kat cambridge ke,oxford ke,harvard,MIT,pandai2lah ye sediakan duit lbh skit.benda ni,belah pompuan je boleh mintak wang hantaran.belah laki jgn pandai2 lak nak mintak.takde org nak byr.tapi semuanya depends kat parents pompuan tu.kalau nak mintak mahal,mahallah wang hantarannya.
tapi sebenarnya dlm Islam,takde istilah wang hantaran.ada istilah mas kahwin je.kalau kat malaysia,mas kahwin berbeza ikut negeri.yang paling mahal dulu2,lupa negeri mana,cuma dlm RM 40 something je.tapi skrg ni dah naik skit kot.tengok,kalau ikut Islam,senang je kan benda ni?takyah pening2 nak pikir pasal duit kalau nak kawin,gaji sebulan pun dah cukup kot.ni tak,sampai ada yang meminjam sebab nak kawin.kita ni kekadang lebih ikut adat daripada agama.org kata lbh sudu dari kuah (betul ke penggunaan ni?).tak salah nak ikut adat,tapi berpada-padalah.aku rasa kalau kawin tu dibuat betul2 ikut Islam,gejala seks sebelum kawin kuranglah skit kot.oh lupa nak ckp.pas tengok org kawin hari tu,ramailah yang pasang niat nak kawin kat sini je.lbh murah dan senang.hehe.tapi of course lah bila dekat2 nak tamat blaja nanti.

Wednesday, February 11, 2009

Hari Lahir




semalam (10/2/1988) adalah hari lahirku.maka genaplah umur aku 21 thn.emm..dah lama aku hidup rupanya.tapi dalam 21 thn ni,ada gak terfikir dah brape byk sumbangan yang aku berikan pada org di sekeliling aku.ye lah erti hidup ni kan pada memberi.dan dah tua2 ni,kalau zaman dulu dah jadi bapak org,dah matang ke aku.matang dalam menilai kehidupan.no comment.mungkin ya dan mungkin tidak.
tima kasihlah kepada semua yang ucapkan selamat hari lahir dan kepada yang menghulurkan hadiah.aku rasa ni lah hari lahir aku yang aku dpt byk ucapan daripada kwn2.tima kasih skali lagi.dan tak lupa gak kepada yang buat birthday dinner.ingat lagi masa kat kolej dulu,kalau ada birthday sesapa,mesti pegi ke cafe,beli biskut yang 20 sen satu tu,beli dalam 1 ringgit.pastu ada yang beli air,pastu balik chalet,sambut sama2.walaupun tiada birthday cake dari secret recipe,tapi sambutannya tetap meriah.yang penting masing2 ikhlas kan nak gembirakan hati kwn.ada gak yang sambut birthday cara yang bagi aku agak ganas.time birthday je,mesti birthday boy sembunyi entah ke mana.ye lah kalau kene tangkap mmg nahas lah.kuah laksa sarawak masam menanti mangsanya.kekadang tengok kesian gak pada yang kene tu.busuk tu kuah laksa masam.tapi nak buat mcm mana selagi yang kene tu tak terasa hati,kira ok lah kan?mungkin tu cara diaorang bergurau.tapi kan lbh elok kalau sambut je baik2.belanjan mkn ke,minum ke,semua org happy.ye dak?
pastu ada lagi satu peristiwa kat kolej dulu.masa tu kat cafe.ada sambutan hari lahir sapa ntah.pastu lps je nyanyi rasanya (tak sure sgt sebab ni diceritakan oleh beberapa org saksi),cake tu digunakan untuk mengenakan birthday boy/girl.Ya Allah membazirnya kan.entahlah apa yang diaorang fikirkan.tapi mungkin bagi org yang berada mcm diaorang tu,membazir kek yang harganya cuma beberapa belas atau puluh ringgit tu bukanlah sesuatu yang besar,tapi bagi aku, nilai itu begitu besar.tapi walau apapun,membazir tetap salah.apalah salahnya kalau kek tu diberi sahaja kepada mereka yang nak mkn,pahala pun dapat kan?mak aku selalu ckp kalau kita gembirakan hati org lain,InsyaAllah lain kali org lak akan gembirakan kita.

Saturday, February 7, 2009

Dikir Barat MNight

akhirnya berakhirlah sudah latihan dikir aku kat sini.brape minggu ek aku berlatih?dalam 3 minggu kot.lbh kurang la.sepanjang aku berlatih ni,ramai la org baru yang aku kenal.kebanyakkan org cina la.sebenarnya best gak kwn ngan diaorang.bkn apa sebelum ni aku takde pun kwn cina. pasni InsyaAllah,bila jumpa,boleh la tegur2 diaorang kan.Tee,Yee Han,Arthur,John,Robin,Tony, Zhi Yi,En Li,Sue Bee,Yan Foo tu je yang aku ingat.yang lain kenal muka tapi tak tahu nama.hehe (betul ke ejaan nama tu?).sebenarnya latihan dikir barat ni telah mengubah persepsi aku terhadap org cina.aku ingat dulu diaorang tak nak campur ngan org melayu.tapi sangkaan aku meleset.mereka sgt baik.tapi satu je yang kita kene jaga.dalam soal benda2 yang tak dibenarkan dalam Islam lah.ada je kan benda yang diaorang buat,tapi kita takleh.so,jgnlah buat.pandai-pandailah jaga.
ni adalah kali pertama aku masuk persembahan yang tidak melibatkan pertandingan.sebelum ni semua pertandingan.best sgt.tak tekanan sgt.takde org nak emo lbh2.pastu benda tu dibuat secara happy.takde pun niat nak mengejar kemenangan.cuma niat untuk buat yang terbaik.tima kasih lah kepada Hazim yang ajak aku masuk benda ni.satu pengalaman baru yang aku dapat.pasni tak dengar dah la Hazim ckp "ok guys,lets do this",Su Bee ckp "ok guys we can do this,come on,come on"(sambil melompat-melompat.hehe) Zhi Yi ckp "i'll smack u" dan hiperbola daripada En li.hehe dan tak dapat tengok dah pergerakan dikir paling lucu yang bdk pompuan buat.tiap kali aku tengok pergerakan ni,aku tergelak sorang2 kat belakang.last2 aku pandang lain masa pompuan buat gerakan ni.hahaha.tapi tadi puas hati la sebab persembahan dikir tadi mmg best.oh lupa,kepada hypo yang telah gantikan tempat aku untuk nyanyi lagu ewa bule,thanks a lot.