Sunday, March 8, 2009

Botol arak?

masa aku berlatih dikir barat utk MNight dulu,aku kene berlatih dlm stu bilik ni.pastu hari tu,masa aku masuk,ada susunan meja kat belakang bilik pastu atas meja tu ada susunan botol mcm botol arak.ish,mesti ada parti arak kat dlm bilik ni tadi.pastu tetiba je kwn aku pegang botol tu.aku tegurlah.pastu dia ckp yang tu bkn arak tapi still water.aku tengok kat label botol tu,mmg betul lah still water.ish buruk sangka betul aku.tu lah kita,baru tengok skali imbas dah kata mcm2.kita main ckp je.tanpa berfikir,tanpa menyiasat.
pastu tadi,aku sgt terkejut.kwn aku cerita ada 2 org yg cukup aku hormati,telah meminta maaf dengannya sebab masa kat kolej dulu diaorang telah menganggap kwn aku seorang yg liar,suka berparti,suka buat benda bkn2 hanya kerana kwn aku tu ramai kwn daripada golongan yg mereka (org yg menuduh) anggap suka berparti,liar dan buat benda bkn2.MasyaAllah, sempitnya persepsi mereka,senangnya mereka menuduh sesama umat Islam.sapa kita untuk menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.kita jgn ingat kita sahaja yg betul,org lain salah.apa yg kita buat,org lain kene ikut.kekadang kita menyempitkan definisi baik.kita akan tengok,ish baikknya org tu,selalu solat kat masjid.eh,tak baiklah mamat tu,kat surau pun tak pernah nampak.senang je kan kita mengklafikasikan org lain.padahal kita tak tahu yg tak pegi surau tu lah yg selalu tlg keje2 kebajikan,yg selalu bgn di pertengahan mlm utk bertahajjud.
pastu ada satu lagi yg nak aku luahkan.kekadang kita anggap kita dah lakukan apa yg terbaik untuk dakwah.kita dah cukup pengalaman utk berdakwah.tapi tanpa kita sedar kita melakukan kesalahan yg besar.kita suka 'berdiskriminasi' dalam menyampaikan sesuatu.kita jarang atau lebih teruk tak penah cuba utk merapati golongan yang tak sekepala ngan kita.maksud aku apa yg diistilahkan sebagai bdk surau dan bkn bdk surau.kalau bdk sarau anjurkan aktiviti, jarang sekali aku lihat ada bdk bkn surau jadi ajk.mungkin ada yg kata mereka menolak utk jadi ajk.tapi aku rasa sebab utama adalah tidak diajak.ingat lagi satu aktiviti bdk surau dulu,bkn setakat bdk bkn surau je jadi ajk,malah non-muslim pun jadi ajk.siap jadi ketua ajk lagi.tengok boleh je kan nk campur cuma nak ngan tak nak je.tapi aktiviti tu je lah yg buat camtu.yang lain?muka sama je.sepatutnya menerusi aktiviti mcm nilah kita merapatkan ukhwah.bila ukhwah sudah terjalin, mudah kan kita nak menyampaikan sesuatu.tak kekok sgt nak berckp.kita bercakap pasal ukhwah tapi malangnya kita tak tahu apa itu ukhwah.janji sedap disebut,kita sebut je.tu lah antara pendapat aku.yg betul ambiklah sebagai panduan,yg tak betul,tlg betulkan.kita hidup di muka bumi sebagai SATU kumpulan yg besar.jgnlah kita cuba utk pecahkan.

1 comment: