Saturday, October 17, 2009

Subway Halal?at last


Hari ni kitaorang,ahli2 umah 26 (kecuali iwan,termasuk syauqi -extra housemate) telah ke coventry untuk membuat beberapa urusan penting.po nak beli beg galas,najib nak ambik brg kat argos,aku lak nak beli ayam utk stok umah kat coventry market.lps beli ayam,aku n po terus ke argos sebab nak cari beg galas utk po.tgh belek2 katalog argos tu,tetiba je khairul sampai ngan syauqi.diaorang ckp ada berita gembira,ada subway kat coventry yang halal (kat cov ni ada lbh kurang 4 subway)

mula2 aku tak percaya gak la sebab selama ni tak tahu pun yang coventry ni ada subway yang halal.pastu syauqi ckp mlm ni nak gi makan kat subway tu.so mmg aku percayalah.aku mmg gembira gile lah sebab aku mmg suka gile ngan makanan kat subway ni.kalau aku ke london,waima singgah sekalipun,aku akan ke Bayswater utk beli makanan kat subway.even kadang2 kalau ada je org yg ke birmingham,aku akan minta dibelikan makanan kat situ.

so mlm ni,sekali lagi aku,po,khairul n syauqi sekali lagi ke coventry utk bukak puasa kat sana sempena penemuan subway halal (kitaorang puasa 6,tak cukup lagi.hehe).mmg puas hati la sebab dah lama tak mkn kat subway.rupa-rupanya mmg banyak kedai halal kat coventry ni.cuma masih belum dijumpai.mcm baru ni,baru je jumpa 2 kedai pizza n kebab dekat ngan umah kitaorang.syukur Alhamdulillah sebab walaupun kat negara yg majoriti bkn penduduk Islam,tapi still boleh mencari makanan yang halal.

Friday, June 19, 2009

suram

hmmm...dah berapa lama aku tak coretkan apa2 kat blog ni.sejak habis exam ni.ada yg tanya bila nak update.aku just ckp InsyaAllah tak lama lagi ada la artikel baru.tapi sampai ke saat ini, ini adalah artikel pertama sejak aku habis exam.kalau kat Malaysia nanti,lagi lah tak menulis kot sebab kat umah aku mana ada internet.kampung aku tu sendiri, line internet pun takde kot. ye lah, kampung aku tu mana la ada org ada komputer. ni kalau aku balik,maknanya hanya umah aku dan umah penghulu je yg ada komputer. tapi tak tahu lah. balik2 ni semua dah ada komputer kan. zaman berubah,begitu juga kita manusia.

kalau dulu kita tengok org tu tak pakai tudung,sekarang dah pakai.siap tudung labuh lagi, ada juga sebaliknya.kalau dulu dia ketua samseng,tapi sekarang dia lah imam besar kat masjid kat tempat kita.begitulah kita manusia,sentiasa berubah samada daripada baik ke jahat mahupun sebaliknya. sebab itulah kita sentiasa berdoa agar Allah sentiasa memelihara iman dan juga supaya mengekalkan hati kita pada kebaikan.syaitan itu sentiasa memerhatikan kita seperti seekor harimau yg kelaparan.jika kita nampak lemah sahaja,syaitan akan terus menerkam.

berbalik kepada mengapa aku sudah lama tidak menulis,aku sebenarnya sedang memikirkan sesuatu. entahlah tetiba je aku dapat masalah ni.kita tak boleh jangka apa masalah yg akan kita hadapi.tapi entahlah mungkin masalah ni aku jugak yg cari.tapi takpe. InsyaAllah dengan bantuan daripada Allah yg maha mengetahui dan maha penyayang yang sentiasa memberikan apa yg terbaik kepada hamba-Nya, masalah ini akan dapat diselesaikan. InsyaAllah.

Thursday, May 21, 2009

Matematik.....

jika iman itu membentuk satu first order differential equation,
biarlah complementary part-nya adalah negatif,
dan paricular partnya adalah positif,
agar graf keimananku nanti,
semakin lama ,semakin positif dan bergerak jauh dari angka kosong

jika beza keimananku antara hari ini dan semalam,
dapat diletak dlm satu ruang matrik,
biarlah angka2 perbezaan dlm ruang ini besar dan positif nilainya
agar biar Gaussian elimination sekalipun bertindak keatas matrik imanku ini,
namun untuk mengurangkan jumlahnya,
tentu sekali susah.

jika imanku ini dapat ditafsir dengan production function,
biarlah function ini adalah increasing return to scale,
agar walau secupak sekalipun ilmu yg kudpt,
namun segantang imanku akan bertambah.

namun,
turun naiknya iman itu,
bergantung kepada diriku jua,
hanya usaha dpt kulakukan,
hanya doa dpt kupanjatkan.

(yg sedang penat memahami kerenah matematik di saat ini,terasa diri ingin mengarut)

Friday, May 15, 2009

Kesabaran syaitan

khutbah Jumaat tadi berkisar mengenai akidah.aku tertarik dengan satu bahagian yg menceritakan betapa sabarnya syaitan dlm melakukan kerja2 goda-menggoda ni. diceritakan bahawa syaitan itu sanggup menunggu seberapa lama yg mungkin saat2 iman kita lemah. bila kita meninggalkan Al-Quran, solat dan ibadah2 lain,saat itulah dia akan menghasut kita.

ada juga diceritakan sejarah penyembahan berhala.dulu semua manusia menyembah Allah yg satu. Alhamdulillah dlm kalangan mereka ada org soleh yg membimbing mereka jika mereka terpesong dari landasan. selepas kematian org soleh itu,syaitan memulakan kerjanya sedikit demi sedikit. dia mula menghasut manusia supaya dibina patung sebagai peringatan kepada org soleh yg telah mati.dia tidak menyuruh org2 ini menyembah patung itu,sekadar sebuah binaan.

syaitan menunggu lagi selama lbh kurang 50 thn.pada masa ini,syaitan mula menyuruh manusia berjalan keliling patung sebagai satu ritual memperingati perjuangan org soleh itu.manusia diyakinkan bahawa perbuatan itu tidak salah kerana mereka masih menyembah Allah. syaitan menunggu lagi untuk satu tempoh masa yg lama.selepas itu,manusia dihasut supaya menyembah patung2 ini sebagai perantaraan antara mereka dgn Allah. lama-kelamaan amalan ini semakin berkembang dan mulalah penyembahan berhala.

daripada kisah ini,kita dapat lihat betapa sabar dan liciknya syaitan itu menjalankan tugas-tugas jahatnya.sanggup menunggu berpuluh tahun lamanya semata-mata nak sesatkan manusia. penah dengar tak alasan mcm 'alah aku bkn buat apa2 pun.ckp2 je' 'alah sikit je aku ambik,bkn byk pun'.ini adalah antara alasan kita kalau kita diberi nasihat untuk berhenti melakukan sesuatu dosa atau hampir melakukan dosa.mungkin kita lupa atau tidak tahu.syaitan itu hidup lbh lama daripada kita.dan sepanjang hidupnya,kejenya sehari2 adalah menghasut keturunan Adam.jadi dia lbh byk pengalaman dlm keje dia.byk strategi yg boleh digunakan.syaitan lbh mengetahui lubang2 dosa lbh drpd kita.bila2 masa saje kita boleh terjerumus ke dlm lubang2 dosa ni.

jadi,jgnlah kita terlalu yakin dengan keimanan kita.kononnya kita yakin bahawa kita tidak akan terjerumus ke dalam dosa akibat perbuatan yang kita lakukan.ketahuilah syaitan itu sentiasa memerhatikan kita.dan dia adalah penggoda professional.

Saturday, May 9, 2009

Rindu seorang ibu

semalam ada chat dgn sorang kawan.dia ckp dia tak tahu kenape mak dia tak penah sedih setiap kali dia nak berpisah dengan kwn aku ni.aku pun dulu rasa mcm tu jugak.sebab setiap kali aku masuk ke sekolah asrama ke,pegi blaja jauh ke,mak aku tak penah sedih.sentiasa tersenyum setiap kali berpisah.

tapi semuanya berubah selepas akak aku ceritakan sesuatu.tu pun dlm beberapa bln sebelum aku fly ke sini.akak aku ckp, dulu masa aku form 1, dlm tempoh seminggu aku kat kolej ilmu kat Kuantan, mak aku tak berselera makan. terutamanya bila nak makan kuih kegemaran aku,cucur. setiap kali nak suapkan makanan,mak aku akan ckp 'hmmm...mcm manalah anak aku kat pahang tu,mkn ke dia,sihat ke dia' sampai ayah aku tegur sebab ayah aku ckp aku pegi utk belaja.tak elok sedih sgt.

mak aku ckp,dia takleh tunjuk sgt dia sedih masa nak setiap kali nak hantar aku atau adik-beradik aku belajar.nanti kitaorang tak selesa utk belajar.sebab tu lah setiap kali berpisah,mak aku akan sentiasa tersenyum.senyum utk menutup kesedihan.bagi dia,biarla dia sorang yg merasakan kesedihan sebuah perpisahan itu.

so,mcm tulah ibu kita kan?sentiasa berkorban apa sahaja untuk anak2nya.walaupun perasaannya sendiri.so,sempena hari ibu ni,aku nak ucapkan selamat hari terutama kepada ibu aku yg selama ini sudah byk berkorban.kepada sesiapa yg blom lagi call ibu masing2 tu,boleh la call dan ucapkan terima kasih kepada dia sempena hari ibu ni.

(aku yg mengantuk ketika menatap nota world economy:history and theory)

Tuesday, May 5, 2009

Takpelah kalau mcm tu....

sekarang kul 3.57 pagi.jaga sekejap.mata tak lelap lagi.mungkin sebab dah tido dari kul 10 sampai kul 12.30 mlm tadi kot.bukak facebook jap.sebelum ni aku dah letak comment dari kat status kwn aku yg bertanyakan tentang satu program yg aku hadiri bersama rakan tajaanku yg lain.hmm.. ada notification yg someone also comment status kwn aku gak.so bukak la.nampaknya kwn2 satu tajaanku sudah response kat status kwn aku tu.semua lbh kurang mcm aku je.response yg kurang baik utk program tu.

tetiba ada satu komen,bkn dari kwn aku,tapi dari seseorang yg aku kenali jugak.dia mcm counter balik la comment aku.ok,takpe lah.aku menghormati pandangan org lain.walaupun aku rasa tindakannya agak kurang menghormati pandangan org lain.tapi mungkin maksudnya utk menasihati aku jgk sebab gagal menghayati maksud sebenar program tu.tapi percayalah aku hanya memberikan pendapat bukannya bermaksud utk menghalang niat kwn aku utk menyertai program tu.tidak pernah terlintas walau sekilas sekali pun di hati ini.dan aku tahu rakan sama tajaan dgnku juga bermaksud demikian.

tapi apa yg paling aku takleh terima bila dia buat ayat "tanya la org2 yg reliable" Ya Allah, tersentap aku.sampai ayat ni mmg hati aku terasa tersentuh bkn sedikit,tapi byk.ye lah aku sedar aku ni sape.tak reliable.bkn bdk surau mcm org lain, bkn mereka yg berjuang bermati-matian di jln Allah,bkn lah seorang yg memakai ketayap putih sambil menyampaikan tazkirah,bkn seorang yg berilmu,bkn lah seorang yg boleh dipercayai kata-katanya.tp tlg lah jgn senang hati nak label2 org sesuka hati.tak elok rasanya kita merasakan diri kita lbh hebat daripada org lain.

mungkin sikap merasakan diri lbh hebat inilah yg menyebabkan ukhwah sukar terjalin.ngko tak setaraf ngan kitaorang,so ko tak layak campur tangan dlm hal ni.lbh kurang cam tu lah kot.tapi harus diingat,sehebat mana pun kita,sekuat mana pun kita,ada org yg lebih hebat dan kuat daripada kita.

tapi mungkin aku terlalu emosional dlm hal ni.mungkin org yg beri komen tu,menaip sambil mata mengantuk sampai tak baca balik apa yg ditulisnya.sama ada frasa ayat tu betul dari segi struktur dan paling penting dari segi moral bahasa yg digunakan.dan kalau ini lah silapnya,aku menasihati diri sendiri dan kwn2 aku,supaya sebelum mengatakan atau menaip sesuatu,fikirkan dulu bahasa yg kita gunakan sama ada boleh membuat org marah atau tidak.kalau pemberi komen ini betul2 maksudkan apa yg ditulisnya, "tanya la org2 yg reliable",aku juga menasihatkan diri ini dan kwn2 aku yg lain,dan juga pembaca blog ini,agar jgn memperkecilkan org lain.

(mungkin aku patut menenangkan hati ini)

Friday, May 1, 2009

cinta

kekadang terasa nak jugak bercinta ni.kata org couple.sapa yg takde niat camtu kan?kwn2 ada gak yg tanya.ko ni takde awek ke?jgn tipu.org pandai mcm ko ni takkan takde kot.mmg lah aku nak.tapi aku rasa biarlah aku buat dalam cara yg agak berlainan daripada kebiasaan.couple selepas kawin.sudah lama aku simpan niat begini.bkn apa,aku ada gak dengar ceramah2 pasal cinta.ustaz kata takde istilah couple sebelum kawin dlm Islam.kepada yg baca post ni,yg dah couple,jgn anggap aku kata apa yg korang buat salah.mungkin korang ada pendirian masing2.ni hanyalah pendirian aku.

mungkin ada yg akan ckp,alah nak cover diri tak laku lah tu,pastu nak ckp tak nak couple.haha.mmg lah diri aku ni bkn ada sesiapa yg berminat pun.tapi kalau lah ada pompuan yg meminta utk couple dengan aku (maksud aku sebelum kawin) InsyaAllah aku akan tolak dengan baik.mungkin ada gak yg akan kata,ko ni tak normal la.nak kawin tapi tak kenal ngan pompuan tu. takpelah mungkin aku tak normal dlm pandangan manusia zaman moden yg lbh selesa untuk bercinta bertahun-tahun sebelum kawin.tak salah kan jadi abnormal?

tapi tak betul lah kalau kata aku akan kawin dgn org yg aku tak kenal langsung.cuma mungkin kenal dengan cara lain.bkn dengan cara kebiasaan.dating seminggu sekali,keluar mkn sama2,pegi kelas sama2.kan dlm Islam tu ada cara nak kenal seseorang.tanyalah kawan rapatnya ke, sesi ta'aruf yg terkawal.lps tu, Allah tu kan Maha mengetahui.solat hajat meminta petunjuk-Nya,solat istikharah dlm membuat pilihan,mungkin lbh byk membantu.dan mungkin ada yg meragui niat aku.eleh ko ni ckp je berapi.ko tengok lah nanti,bila ko suka kat seseorang tu,ko akan couple gak.kekadang aku tak nafikan.mmg aku meragui niat aku sendiri.mungkin nanti aku tidak akan dapat menahan diri ini.tapi aku berharap agar Allah akan sentiasa membantu aku dlm menyempurnakan niat ni.InsyaAllah.

(yg merasakan dirinya agak poyo semasa menulis post ini)