Friday, May 1, 2009

cinta

kekadang terasa nak jugak bercinta ni.kata org couple.sapa yg takde niat camtu kan?kwn2 ada gak yg tanya.ko ni takde awek ke?jgn tipu.org pandai mcm ko ni takkan takde kot.mmg lah aku nak.tapi aku rasa biarlah aku buat dalam cara yg agak berlainan daripada kebiasaan.couple selepas kawin.sudah lama aku simpan niat begini.bkn apa,aku ada gak dengar ceramah2 pasal cinta.ustaz kata takde istilah couple sebelum kawin dlm Islam.kepada yg baca post ni,yg dah couple,jgn anggap aku kata apa yg korang buat salah.mungkin korang ada pendirian masing2.ni hanyalah pendirian aku.

mungkin ada yg akan ckp,alah nak cover diri tak laku lah tu,pastu nak ckp tak nak couple.haha.mmg lah diri aku ni bkn ada sesiapa yg berminat pun.tapi kalau lah ada pompuan yg meminta utk couple dengan aku (maksud aku sebelum kawin) InsyaAllah aku akan tolak dengan baik.mungkin ada gak yg akan kata,ko ni tak normal la.nak kawin tapi tak kenal ngan pompuan tu. takpelah mungkin aku tak normal dlm pandangan manusia zaman moden yg lbh selesa untuk bercinta bertahun-tahun sebelum kawin.tak salah kan jadi abnormal?

tapi tak betul lah kalau kata aku akan kawin dgn org yg aku tak kenal langsung.cuma mungkin kenal dengan cara lain.bkn dengan cara kebiasaan.dating seminggu sekali,keluar mkn sama2,pegi kelas sama2.kan dlm Islam tu ada cara nak kenal seseorang.tanyalah kawan rapatnya ke, sesi ta'aruf yg terkawal.lps tu, Allah tu kan Maha mengetahui.solat hajat meminta petunjuk-Nya,solat istikharah dlm membuat pilihan,mungkin lbh byk membantu.dan mungkin ada yg meragui niat aku.eleh ko ni ckp je berapi.ko tengok lah nanti,bila ko suka kat seseorang tu,ko akan couple gak.kekadang aku tak nafikan.mmg aku meragui niat aku sendiri.mungkin nanti aku tidak akan dapat menahan diri ini.tapi aku berharap agar Allah akan sentiasa membantu aku dlm menyempurnakan niat ni.InsyaAllah.

(yg merasakan dirinya agak poyo semasa menulis post ini)

5 comments:

Najib said...

dzull, aku support. being single bru leh focus ngn bnde penting ;)suruh mak je tolong carikan pasangan :P

zaffankhalid said...

terima kasih atas perkongsian..jarang lelaki terbuka untuk berkongsi dalam hal ini.

insyaAllah, apa yg kita mahu, itulah yang kita dapat, jika dalam kes ini, ciinta selepas nikah

insyaAllah

all the best

Nazri Awang said...

ai..kat atas skali tuh bukan player besar ke? ish3..

Rashidah A Hamid said...

aku setuju dgn semua yg ko tulis ni dzull, including the last statement. ko mmg poyo =)

Anonymous said...

tak mengapa jadi orang yang asing dan abnormal...

" Islam itu bermula dalam keadaan asing, dan akan berakhir dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing (ghuraba')"

aku sokong pendapat ko...