Friday, May 15, 2009

Kesabaran syaitan

khutbah Jumaat tadi berkisar mengenai akidah.aku tertarik dengan satu bahagian yg menceritakan betapa sabarnya syaitan dlm melakukan kerja2 goda-menggoda ni. diceritakan bahawa syaitan itu sanggup menunggu seberapa lama yg mungkin saat2 iman kita lemah. bila kita meninggalkan Al-Quran, solat dan ibadah2 lain,saat itulah dia akan menghasut kita.

ada juga diceritakan sejarah penyembahan berhala.dulu semua manusia menyembah Allah yg satu. Alhamdulillah dlm kalangan mereka ada org soleh yg membimbing mereka jika mereka terpesong dari landasan. selepas kematian org soleh itu,syaitan memulakan kerjanya sedikit demi sedikit. dia mula menghasut manusia supaya dibina patung sebagai peringatan kepada org soleh yg telah mati.dia tidak menyuruh org2 ini menyembah patung itu,sekadar sebuah binaan.

syaitan menunggu lagi selama lbh kurang 50 thn.pada masa ini,syaitan mula menyuruh manusia berjalan keliling patung sebagai satu ritual memperingati perjuangan org soleh itu.manusia diyakinkan bahawa perbuatan itu tidak salah kerana mereka masih menyembah Allah. syaitan menunggu lagi untuk satu tempoh masa yg lama.selepas itu,manusia dihasut supaya menyembah patung2 ini sebagai perantaraan antara mereka dgn Allah. lama-kelamaan amalan ini semakin berkembang dan mulalah penyembahan berhala.

daripada kisah ini,kita dapat lihat betapa sabar dan liciknya syaitan itu menjalankan tugas-tugas jahatnya.sanggup menunggu berpuluh tahun lamanya semata-mata nak sesatkan manusia. penah dengar tak alasan mcm 'alah aku bkn buat apa2 pun.ckp2 je' 'alah sikit je aku ambik,bkn byk pun'.ini adalah antara alasan kita kalau kita diberi nasihat untuk berhenti melakukan sesuatu dosa atau hampir melakukan dosa.mungkin kita lupa atau tidak tahu.syaitan itu hidup lbh lama daripada kita.dan sepanjang hidupnya,kejenya sehari2 adalah menghasut keturunan Adam.jadi dia lbh byk pengalaman dlm keje dia.byk strategi yg boleh digunakan.syaitan lbh mengetahui lubang2 dosa lbh drpd kita.bila2 masa saje kita boleh terjerumus ke dlm lubang2 dosa ni.

jadi,jgnlah kita terlalu yakin dengan keimanan kita.kononnya kita yakin bahawa kita tidak akan terjerumus ke dalam dosa akibat perbuatan yang kita lakukan.ketahuilah syaitan itu sentiasa memerhatikan kita.dan dia adalah penggoda professional.

No comments: