Saturday, May 9, 2009

Rindu seorang ibu

semalam ada chat dgn sorang kawan.dia ckp dia tak tahu kenape mak dia tak penah sedih setiap kali dia nak berpisah dengan kwn aku ni.aku pun dulu rasa mcm tu jugak.sebab setiap kali aku masuk ke sekolah asrama ke,pegi blaja jauh ke,mak aku tak penah sedih.sentiasa tersenyum setiap kali berpisah.

tapi semuanya berubah selepas akak aku ceritakan sesuatu.tu pun dlm beberapa bln sebelum aku fly ke sini.akak aku ckp, dulu masa aku form 1, dlm tempoh seminggu aku kat kolej ilmu kat Kuantan, mak aku tak berselera makan. terutamanya bila nak makan kuih kegemaran aku,cucur. setiap kali nak suapkan makanan,mak aku akan ckp 'hmmm...mcm manalah anak aku kat pahang tu,mkn ke dia,sihat ke dia' sampai ayah aku tegur sebab ayah aku ckp aku pegi utk belaja.tak elok sedih sgt.

mak aku ckp,dia takleh tunjuk sgt dia sedih masa nak setiap kali nak hantar aku atau adik-beradik aku belajar.nanti kitaorang tak selesa utk belajar.sebab tu lah setiap kali berpisah,mak aku akan sentiasa tersenyum.senyum utk menutup kesedihan.bagi dia,biarla dia sorang yg merasakan kesedihan sebuah perpisahan itu.

so,mcm tulah ibu kita kan?sentiasa berkorban apa sahaja untuk anak2nya.walaupun perasaannya sendiri.so,sempena hari ibu ni,aku nak ucapkan selamat hari terutama kepada ibu aku yg selama ini sudah byk berkorban.kepada sesiapa yg blom lagi call ibu masing2 tu,boleh la call dan ucapkan terima kasih kepada dia sempena hari ibu ni.

(aku yg mengantuk ketika menatap nota world economy:history and theory)

No comments: