Friday, June 19, 2009

suram

hmmm...dah berapa lama aku tak coretkan apa2 kat blog ni.sejak habis exam ni.ada yg tanya bila nak update.aku just ckp InsyaAllah tak lama lagi ada la artikel baru.tapi sampai ke saat ini, ini adalah artikel pertama sejak aku habis exam.kalau kat Malaysia nanti,lagi lah tak menulis kot sebab kat umah aku mana ada internet.kampung aku tu sendiri, line internet pun takde kot. ye lah, kampung aku tu mana la ada org ada komputer. ni kalau aku balik,maknanya hanya umah aku dan umah penghulu je yg ada komputer. tapi tak tahu lah. balik2 ni semua dah ada komputer kan. zaman berubah,begitu juga kita manusia.

kalau dulu kita tengok org tu tak pakai tudung,sekarang dah pakai.siap tudung labuh lagi, ada juga sebaliknya.kalau dulu dia ketua samseng,tapi sekarang dia lah imam besar kat masjid kat tempat kita.begitulah kita manusia,sentiasa berubah samada daripada baik ke jahat mahupun sebaliknya. sebab itulah kita sentiasa berdoa agar Allah sentiasa memelihara iman dan juga supaya mengekalkan hati kita pada kebaikan.syaitan itu sentiasa memerhatikan kita seperti seekor harimau yg kelaparan.jika kita nampak lemah sahaja,syaitan akan terus menerkam.

berbalik kepada mengapa aku sudah lama tidak menulis,aku sebenarnya sedang memikirkan sesuatu. entahlah tetiba je aku dapat masalah ni.kita tak boleh jangka apa masalah yg akan kita hadapi.tapi entahlah mungkin masalah ni aku jugak yg cari.tapi takpe. InsyaAllah dengan bantuan daripada Allah yg maha mengetahui dan maha penyayang yang sentiasa memberikan apa yg terbaik kepada hamba-Nya, masalah ini akan dapat diselesaikan. InsyaAllah.

1 comment:

reverie said...

Pada setiap masalah ada opportunity untuk mencari solution.