Tuesday, April 27, 2010

kursus kawin?


minggu depan i luv warwick ada mengadakan kursus kawin. dalam kesibukan kami di sini (warwick) mengadakan promosi untuk event ini, ada juga orang2 seperti memerli usaha i luv warwcik ini. mereka mengatakan bdk2 warwick dah gatal nak kawin, promosi tahap gaban. semangat semacam. aku pun kadang2 heran, macam kursus kawin ini merupakan satu kursus yang tidak baik, yang mengumpulkan orang2 yang gatal nak kawin. memang niat dalam hati mmg ada niat untuk mendirikan rumah tangga, tak kiralah sama ada dalam masa terdekat ataupun tidak. setiap orang InsyaAllah telah mempunyai niat lama dahulu cuma terlalu ego untuk mempamerkannya ataupun mempamerkannya secara salah (couple contohnya)

jika orang ckp, hanya org2 yang gatal nak kawin sahaja yang akan ke kursus ini, biarlah aku pamerkan rasa 'gatal' nak kawin ni secara sihat dan betul bknnya aku pegi mengorat anak dara org pun. aku pegi belajar untuk mengenali hakikat perkahwinan itu sendiri. dan kalau niat aku baik kerana Allah, aku akan mendapat ganjaran diatas 'kegatalan' aku nak kawin ni.heh

dan yang aku heran lagi, bila ada je yang umumkan fb tu yang dia dah couple (changed relationsip to in relationship with....), ramai je yang ucapkan tahniah. what? patutnya mereka yg umumkan mereka dah couple ni, haruslah dinasihati sbb couple tu kan boleh membawa ke arah perkara yang tidak baik. kalau ucapkan tahniah mcm menggalakkan diaorang couple lak. dan kita yang ucapkan tahniah tu nak ambik saham skali ke?pastu kalau promote kursus kawin lak ada je yang memerli. patutnya usaha mcm ni lah yang diucapkan tahniah, well done ataupun apa sahaja bentuk penghargaan. bknnya diperli dan diejek. bknnya krew2 i luv warwick tu nak sgt pujian (InsyaAllah mereka buat kerja ikhlas aku rasa) tapi sekurang-kurangnya kita janganlah jatuhkan semangat mereka.pesan Ustaz Azhar Idrus, jika kita tak setuju dengan sesuatu usaha yang baik tu, lbh baik kita diamkan diri daripada mengutuk dan mengeji.

dan kepada sesiapa yang baca post ini dan terdetik dalam hati 'gatal gak mamat ni',aku tak kesah skit pun sebab aku tahu dalam hati dalam setiap manusia ada perasaan nak hidup berpasangan dah terbukti sejak Nabi Adam a.s dalam syurga lagi. cuma malu nak pamerkan sahaja heh. so marilah kita ramai2 pamerkan rasa nk kawin tu secara sihat. jumpa anda di sana KURSUS PRA-PERKAHWINAN WARWICK 2010

Monday, March 29, 2010

Betul ke tu?



sedih bile tengok gambar pengeboman di Moscow. bagi aku apalah salahnya org ramai sampai ada yang sanggup mengebom train tersebut. kadang-kadang aku terfikir betul ke jalan perjuangan yang mereka pilih. aku bukannya hakim untuk menilai dan juga bukannya alim ulama' untuk mengeluarkan hukum dan fatwa tapi dari pandangan mata dan minda kecilku perbuatan ini sama sekali tidak dibenarkan dalam Islam.

Teringat cerita-cerita perang Islam yang aku baca. Walaupun tidaklah banyak yang aku tahu, namun serba sedikit dapat aku ambil pengajaran. Tentera Islam pimpinan Nabi Muhammad saw dan para sahabat, tidak pernah mencederakan atau membunuh kanak-kanak dan perempuan. mereka juga tidak membunuh mereka yang tidak berdaya untuk melawan. Betapa perang dalam Islam adalah dalam bentuk yang lebih aman dan berperikemanusiaan. Lain pula aku tengok kejadian di Moscow ini. Train diletupkan dan sudah tentulah ada dalam kalangan mangsa adalah wanita, kanak-kanak dan mereka yang tidak berdaya dan tidak bersalah. Ada juga kejadian seumpamanya dia kota london dan juga kejadian meletupkan kapal terbang. Jika benarlah pelakunya adalah Islam, maka sekali lagi Islam akan dilemparkan fitnah dek kerana beberapa kerat muslim yang gagal menyalurkan semangat yang membara untuk membela Islam ke saluran yang betul.

Tentera Islam juga tidak pernah membunuh kerana kepentingan dan perasaan yang wujud dalam diri. Sifat dendam tidak pernah dijadikan alasan untuk membunuh. Mereka membunuh kerana Allah swt dan hanya Dia jualah tempat disalurkan segala niat. Teringat kisah seorang sahabat semasa berlawan satu lawan satu semasa dalam salah satu perang. Sahabat tersebut sudah hampir memotong kepala lawannya namun dia segera berhenti apabila mukanya diludah oleh musuh itu. Musuh itu hairan lalu bertanya mengapa dia tidak memotong kepalanya, lalu sahabat menjawab kalau sebelum itu niatnya untuk membunuh adalah kerana Allah namun selepas diludah, niatnya sudah berubah untuk membunuh kerana perasaan marah. Disini aku melihat bahawa membunuh dalam mana2 perang adalah kerana Allah bukan kerana perasaan dendam dan benci yang disemai dalam diri.

Islam adalah agama yang mementingkan keamanan.jadi kenapa rosakkan identiti tersebut dan Islam juga adalah agama yang hebat,mengapa kita malu untuk menyerlahkan kehebatan tersebut. Namun tidak dinafikan mungkin kejadian2 seperti di Moscow adalah konspirasi terancang untuk menabur fitnah kepada Islam.Jadi marilah kita menadah tangan memohon kepada Allah untuk membongkarkan segala fitnah dan melindungi agama Islam serta penganutnya. Ingatlah jika manusia menyangka mereka licik dalam merancang, Allah jauh lebih hebat dan licik drpd manusia. Ingat tak kisah bahtera Nabi Nuh dimana kaumnya mengotorkan bahtera yang dibina dengan niat untuk menghina Nabi Nuh,namun akhirnya kaumnya dihina dengan teruk di mana mereka jugalah yang membersihkan kapal tersebut daripada najis2 mereka sendiri (Allah menjadikan najis mereka penawar mujarab segala penyakit).

Sunday, March 21, 2010

sapa yang salah?

Kes1

Mengimbau kembali kenangan sekolah rendah. Dulu isteri kepada cikgu aku jual burger masa rehat kedua (rehat antara waktu persekolahan biasa dan kelas agama). Dia tinggal dalam kawasan pagar sekolah. setiap hari mmg ramai pelajar yang pegi beli burger kat umah cikgu aku tu sbb murah dan sedap. Lagipun dia berniaga bukan sebab nak untung sgt pun, hanya nak hilangkan rasa bosan. Tapi tu hanya kekal beberapa bulan sahaja sbb akhirnya ada cikgu yang melarang kami pergi membeli kerana dikatakan menganggu cikgu berkenaan. Tapi yg peliknya walaupun selepas arahan dikeluarkan, isteri cikgu aku tu tetap berniaga. kalau rasa terganggu, dia dah berhenti berniaga. Masa tu aku mmg syak tokey kantin punya keje la sbb anak dan menantu dia adalah cikgu di sekolah tu,so adalah pengaruh sikit2. sebelum ni pun dah berlaku kes2 yang sama. selepas arahan tu, kantin sekolah pun mulalah jual burger gak. tapi burger yang dijual tu, dah la daging nipis je (dibahagi dua) pastu lagi mahal

Kes2

Dulu ada kecoh kat media TV3 sebab ada tuan-tuan kedai makanan yang tak puas hati dengan beberapa tuan kedai dari negara asing. Mereka dikatakan telah mengganggu periuk nasi tuan kedai tempatan dengan membuka kedai awal pagi dan menutup kedai tersebut lebih lewat. Mereka juga menawarkan perkhidmatan yang lebih pelbagai daripada tuan kedai tempatan menyebabkan pelanggan mereka telah 'dirampas'. Mereka meminta pihak berwajib supaya merampas permit daripada warga asing terbabit kerana bagi mereka Malaysia adalah negara mereka dan warga asing tidak layak untuk mendapat lebih. Aku yang mendengar berita terbabit tersengih sbb lucu dengan keadaan itu.

Itulah antara situasi yang menggambarkan betapa manusia lebih suka untuk terus 'tidur' dalam zon selesa. Mereka tidak suka untuk diganggu gugat dengan cabaran-cabaran hidup yang bakal mengheret mereka ke zon yang lebih berisiko. Oleh itu mereka lebih suka jika keadaan yang berubah untuk mereka.

Sikap ini sama sahaja dengan sikap bayi. Bayi merasakan bahawa dunialah yang berubah untuk mereka. Jika mereka memerlukan apa2, mereka hanya perlu menangis dan ibu bapalah yang akan datang dan melakukan apa kehendak bayi berkenaan. Tapi kita bukanlah seorang bayi lagi. Kita sudah dewasa dan dikurniakan Allah akal untuk berfikir dan kudrat untuk melaksanakan. Berapa ramai diantara kita yang bila melihat kejayaan orang lain, kita akan mengatakan 'alah dia takpelah,terer' brape ramai diantara kita yang akan berkata 'course dia mudah,mmg lah boleh score' Inilah juga antara alasan2 yang kita gunakan untuk mengelakkan diri kita keluar daripada zon keselesaan yang kita kecapi sekarang.

Dalam kes yang pertama, boleh je tokey kantin tu jual burger yang lagi berkualiti untuk menghadapi saingan. Tidak perlu rasanya untuk menggunakan saluran undang-undang sekolah. dan untuk kes kedua pun sama. Tuan kedai tu mmg boleh buka kedai lg awal dr warga asing tu dan sediakan perkhidmatan yang lagi baik. Tapi mereka memilih jalan yang senang. Tidak mahu untuk dewasa dari segi pemikiran dan tindakan.

Sunday, January 31, 2010

Nota untuk diri


kadang-kadang kita rasa kita tak layak untuk berdakwah. terlalu besar dirasakan perkataan dakwah bagi diri kita. tengok semula diri, mula timbul bermacam soalan dalam diri. adakah aku layak menyampaikan risalah ini dalam keadaan diri aku sendiri yang serba kekurangan baik dari segi akhlak dan ilmu? walaupun diketahui kewajipan berdakwah itu sendiri. tapi sampai bila kita nak tunggu diri kita sempurna baru nak mula bergerak? sebenarnya jalan inilah yang akan membetulkan diri kita, yang akan mengajar kita byk benda. sabar, buat kerja hanya kerana Allah dan mcm-mcm lagi yang mungkin kita tidak dapat belajar jika kita terus berdiam diri. what you give you get back.

kadang-kadang kita juga merasakan bahawa diri sudah berputus asa. selama berbulan-bulan mengadakan usrah, baru 2 atau 3 orang yang meghadirinya. penat lelah semacam tidak berbaloi. kita cuba mengajak kawan-kawan kita untuk menyertai usrah, tapi apa yang kita dapat hanyalah cemuhan, kutukan dan bermacam-macam lagi. harus diingat jalan ini bukanlah jalan mudah. penuh onak duri, penuh lumpur dan becak. kekadang banyak ujian yang perlu ditempuhi. kalau difikirkan, kalaulah Nabi Muhammad dan sahabat mudah berputus asa dalam diatas jalan ini, adakah risalah ini akan sampai kepada kita? malah ujian yang mereka jauh lebih hebat berbanding apa yang kita hadapi sekarang. namun percayalah Allah sentiasa bersama kita dalam merempuh jalanan ini.

kadang-kadang terasa diri tidak dihargai. walaupun kita merasakan terlalu banyak yang kita lakukan untuk bergerak diatas jalan ini, namun orang tetap nampak bukan kita yang melakukan semua itu. kita merasa bahawa orang-orang di sekeliling kita telah melupakan kita dan usaha kita. kita merasakan diri ini tidak dihargai walaupun sesaat. jika ini dirasakan maka ingatlah Allah maha mengetahui apa usaha kita jika kita lakukan hanya kerana-Nya. semakin besar usaha kita semakin besar ganjaran yang kita perolehi. Allah sekali-kali tidak akan mengambil kira kedudukan kita di mata masyarakat. walaupun kita hanyalah 'ikan bilis' jika hendak dibandingkan dengan dai'e-dai'e yang lain, namun jika kita berusaha sehabis baik, maka Allah akan menyediakan kita ganjaran yang terbaik jua. Allah itu maha adil.

Wednesday, January 27, 2010

sebatang pen


cuba ambik pen yang dakwatnya sudah hampir kering. perhatikan dakwatnya dak fikir-fikirkan apa yang agaknya yang akan kita buat dengan pen tersebut untuk menghabiskan dakwatnya yang masih tersisa. mungkin kita tidak lagi terfikir untuk menggunakannnya untuk menconteng, mungkin juga kita tidak akan menggunakannya untuk menulis lirik-lirik lagu yang kita dengari.

kita mungkin sekali menggunakan sisa-sisa dakwat yang masih tertinggal itu untuk kerja-kerja yang lebih berfaedah seperti menyiapkan tugasan, membuat laporan makmal, membuat kira-kira dan bermacam-macam lagi kerja yang kita fikir akan memberi kebaikan kepada kita. tiada lagi ruang-ruang untuk dakwat itu digunakan untuk kegunaan yang sia-sia.

begitu juga dengan kehidupan kita sebagai manusia. kehidupan ini adalah terlalu singkat. masa berlalu dengan pantas. sedar atau tidak, usia semakin lama semakin meningkat. terasa diri ini seperti semalam memasuki usia awal remaja. terasa sukar untuk mempercayai bahawa kini sudah masuk alam dewasa. ya, mmg hidup ini singkat. sesuai dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w
"Rasulullah SAW tidur diatas tikar lalu bangun dan didapati ada kesan pada
belikat baginda. Lalu kami bertanya: 'wahai Rasulullah SAW sekiranya
kami sediakan tuan sebuah tilam.' Lalu baginda bersabda: 'tidak ada
bagiku dan bagi dunia, tidaklah aku di dunia ini melainkan seperti
orang sedang bermusafir yang berteduh di bawah pokok
kemudian erehat. dan selepas itu, meninggalkan pokok itu.'

dalam hadis ini, Rasulullah SAW membandingkan hidup ini hanyalah seperti tempoh persinggahan seorang musafir untuk berehat. betapa singkatnya hidup ini seperti sisa-sisa dakwat pen. jadi gunakanlah usia yang masih tersisa ini untuk membuat kebaikan dan meninggalkan segala keburukan. mungkin kita boleh mengagak bila dakwat pen akan habis, namun tiada siapa yang tahu berapa lagi usia hidupnya yang masih tinggal. mungkin esok atau lusa, Allah akan memanggil kita untuk menghadap-Nya.

Sesungguhnya orang yang paling bijak diantara kamu adalah orang yang sentiasa memikirkan tentang kematian. (salah satu sabda Nabi Muhammad SAW rasanya, tapi tak ingat sgt secara betul,maksudnya mungkin sudah sama)

(terima kasih kepada Shafie Kamal Aqili, pelajar TESL, Warwick atas pekongsian cerita pen tadi)


Sunday, January 10, 2010

Pahit itu ubat


dalam kehidupan kita, yang pahit selalunya adalah ubat. entah kenape ubat itu pahit. ubat demam, ubat sakit kepala kebanyakkanya adalah pahit. cuba kuyah paracetamol, InsyaAllah rasanya mmg pahit. tapi walaupun rasanya sebegitu, dan semua org (ada yg suka pahit ke) begitu tidak menyukainya, ianya tetap ditelan sebagai satu cara utk mengembalikan tubuh yg segar. begitu juga dengan kehidupan. kekadang ujian kesusahan dari Allah datang menimpa kita. tika diri ditimpa kesusahan ini, kebanyakkan org akan mula meminta-minta dari Allah supaya dipermudahkan urusan ataupun utk hati yang sudah lama melupakan Allah, dan utk mulut yang sudah kering dengan zikir2 kpd Allah kini basah kembali dengan kalimah2 suci.

kalau dulu, jarang sekali bgn di sepertiga malam utk Qiamullail, sekarang, sanggup mengorbankan tidur utk menunaikan solat hajat, solat tahajjud dan pelbagai lagi ibadat sunat yang lain utk meminta pertolongan dr Allah. dan antara sedar atau tidak di saat ujian yg pahit inilah diri semakin dekat dengan Allah, pada masa yg sama hati yang selama ini diselubungi rasa tidak tenang, kini terubat. bagaimana pula dengan ujian kesenangan? kebanyakkan dari kita semakin jauh dr-Nya.kalau dulu, semasa dalam kesusahan, sanggup korbankan tidur seminggu 3 kali atau mungkin lbh utk Qiamullail, namun skrg jumlahnya telah dikurangkan atau mungkin lagi teruk, terus tidak buat. kalau dulu mata sentiasa menangis ketika berdoa kepada Allah s.w.t kerana memohon pertolongan, sekarang tiada lagi air mata utk menyatakan rasa bersyukur kpd Allah atas nikmat kesenangan kurniaan-Nya.dan secara sedar atau tidak, diri kita semakin lama semakin jauh dr Allah hanyut dalam ujian kesenangan dr-Nya.

jadi marilah kita sama-sama berdoa supaya diri kita sentiasa boleh memberikan 'jawapan' yg tepat kepada setiap ujian yang Allah kurniakan kepada kita.

Thursday, December 17, 2009

kembara

selama 3 hari di Spain mmg banyak memberikan pengalaman dan pengajaran.bermula dari atas bukit tempat tertegak megah Al-Hambra sehinggalah ke tepi pantai Malaga semuanya memberikan pengalaman yang cukup berharga.bagaimana kemewahan harta dan kemegahan kuasa tidak mampu melindungi sebuah kerajaan.hanya tunduk merendah diri kepada yang Maha Esa sahajalah yang dapat memberikan segalanya.

bukan hanya jawapan yg aku perolehi sepanjang perjalanan ini malah timbul pula beberapa persoalan yang memerlukan ilmu yg cukup utk menjawabnya.adakah kemegahan wang dan kuasa akan meruntuhkan sebuah kerajaan seperti apa yg berlaku dulu?adakah sejarah akan berulang?

sepanjang kembara ini hati aku juga sedih.sedih bila mengenangkan penderitaan kanak2 di negara2 yang sedang bergolak.setiap kali aku melihat wajah2 gembira kanak2 di spain,hati aku suka berbaur sedih.entah kenape aku perasaan aku begitu.dan setiap kali itu jugalah air mataku hendak menitis namun aku menahannya.

aku bertanya kepada diriku,manusia jenis apakah yang sanggup merampas senyuman pada wajah kanak2 yang tidak berdosa ini?manusia jenis apakah yang sanggup menggantikan gelak dan hilai tawa kanak2 ini dengan tangisan yang tiada penghujung hanya kerana nafsu yang lebih hina dr binatang yg sentiasa tamakkan kuasa dan harta?mereka tidak berdosa dan apa yg mereka mahukan ialah sebuah kebahagiaan dan ketenangan.dalam hatiku aku mamanjatkan doa. Ya Allah ya tuhanku,dengan kuasa-Mu yang tidak terbatas,lindungilah kanak2 yang tidak berdosa ini dr tangan2 yang rakus dan kejam.