Wednesday, January 27, 2010

sebatang pen


cuba ambik pen yang dakwatnya sudah hampir kering. perhatikan dakwatnya dak fikir-fikirkan apa yang agaknya yang akan kita buat dengan pen tersebut untuk menghabiskan dakwatnya yang masih tersisa. mungkin kita tidak lagi terfikir untuk menggunakannnya untuk menconteng, mungkin juga kita tidak akan menggunakannya untuk menulis lirik-lirik lagu yang kita dengari.

kita mungkin sekali menggunakan sisa-sisa dakwat yang masih tertinggal itu untuk kerja-kerja yang lebih berfaedah seperti menyiapkan tugasan, membuat laporan makmal, membuat kira-kira dan bermacam-macam lagi kerja yang kita fikir akan memberi kebaikan kepada kita. tiada lagi ruang-ruang untuk dakwat itu digunakan untuk kegunaan yang sia-sia.

begitu juga dengan kehidupan kita sebagai manusia. kehidupan ini adalah terlalu singkat. masa berlalu dengan pantas. sedar atau tidak, usia semakin lama semakin meningkat. terasa diri ini seperti semalam memasuki usia awal remaja. terasa sukar untuk mempercayai bahawa kini sudah masuk alam dewasa. ya, mmg hidup ini singkat. sesuai dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w
"Rasulullah SAW tidur diatas tikar lalu bangun dan didapati ada kesan pada
belikat baginda. Lalu kami bertanya: 'wahai Rasulullah SAW sekiranya
kami sediakan tuan sebuah tilam.' Lalu baginda bersabda: 'tidak ada
bagiku dan bagi dunia, tidaklah aku di dunia ini melainkan seperti
orang sedang bermusafir yang berteduh di bawah pokok
kemudian erehat. dan selepas itu, meninggalkan pokok itu.'

dalam hadis ini, Rasulullah SAW membandingkan hidup ini hanyalah seperti tempoh persinggahan seorang musafir untuk berehat. betapa singkatnya hidup ini seperti sisa-sisa dakwat pen. jadi gunakanlah usia yang masih tersisa ini untuk membuat kebaikan dan meninggalkan segala keburukan. mungkin kita boleh mengagak bila dakwat pen akan habis, namun tiada siapa yang tahu berapa lagi usia hidupnya yang masih tinggal. mungkin esok atau lusa, Allah akan memanggil kita untuk menghadap-Nya.

Sesungguhnya orang yang paling bijak diantara kamu adalah orang yang sentiasa memikirkan tentang kematian. (salah satu sabda Nabi Muhammad SAW rasanya, tapi tak ingat sgt secara betul,maksudnya mungkin sudah sama)

(terima kasih kepada Shafie Kamal Aqili, pelajar TESL, Warwick atas pekongsian cerita pen tadi)


No comments: