Sunday, January 31, 2010

Nota untuk diri


kadang-kadang kita rasa kita tak layak untuk berdakwah. terlalu besar dirasakan perkataan dakwah bagi diri kita. tengok semula diri, mula timbul bermacam soalan dalam diri. adakah aku layak menyampaikan risalah ini dalam keadaan diri aku sendiri yang serba kekurangan baik dari segi akhlak dan ilmu? walaupun diketahui kewajipan berdakwah itu sendiri. tapi sampai bila kita nak tunggu diri kita sempurna baru nak mula bergerak? sebenarnya jalan inilah yang akan membetulkan diri kita, yang akan mengajar kita byk benda. sabar, buat kerja hanya kerana Allah dan mcm-mcm lagi yang mungkin kita tidak dapat belajar jika kita terus berdiam diri. what you give you get back.

kadang-kadang kita juga merasakan bahawa diri sudah berputus asa. selama berbulan-bulan mengadakan usrah, baru 2 atau 3 orang yang meghadirinya. penat lelah semacam tidak berbaloi. kita cuba mengajak kawan-kawan kita untuk menyertai usrah, tapi apa yang kita dapat hanyalah cemuhan, kutukan dan bermacam-macam lagi. harus diingat jalan ini bukanlah jalan mudah. penuh onak duri, penuh lumpur dan becak. kekadang banyak ujian yang perlu ditempuhi. kalau difikirkan, kalaulah Nabi Muhammad dan sahabat mudah berputus asa dalam diatas jalan ini, adakah risalah ini akan sampai kepada kita? malah ujian yang mereka jauh lebih hebat berbanding apa yang kita hadapi sekarang. namun percayalah Allah sentiasa bersama kita dalam merempuh jalanan ini.

kadang-kadang terasa diri tidak dihargai. walaupun kita merasakan terlalu banyak yang kita lakukan untuk bergerak diatas jalan ini, namun orang tetap nampak bukan kita yang melakukan semua itu. kita merasa bahawa orang-orang di sekeliling kita telah melupakan kita dan usaha kita. kita merasakan diri ini tidak dihargai walaupun sesaat. jika ini dirasakan maka ingatlah Allah maha mengetahui apa usaha kita jika kita lakukan hanya kerana-Nya. semakin besar usaha kita semakin besar ganjaran yang kita perolehi. Allah sekali-kali tidak akan mengambil kira kedudukan kita di mata masyarakat. walaupun kita hanyalah 'ikan bilis' jika hendak dibandingkan dengan dai'e-dai'e yang lain, namun jika kita berusaha sehabis baik, maka Allah akan menyediakan kita ganjaran yang terbaik jua. Allah itu maha adil.

No comments: