Sunday, May 23, 2010


sekali lagi nampaknya ruangan Facebook terutamanya akan dipenuhi dengan iklan2 Wonderful Overseas Weekend. Ini berikutan tertubuhnya satu lagi pasukan kamikaze pengiklanan utk kerja2 yang amat memerlukan keazaman dan kemahiran yang tinggi ini. seperti iklan Kursus Kahwin Iluvwarwick, format yang sama akan digunakan di mana para pengguna Fb akan dihantui dengan iklan2 yang sememangnya tak hengat dunia. Pasukan ini baru sahaja memulakan tugas hari ini tetapi telah menguasai hampir 20 peratus ruangan fb. tahniah diucapkan.

pasukan kali ini juga dijangkakan dapat menandingi pasukan yang telah diketuai oleh Briged General Akmal Amri dalam promosi kursus kahwin sebelum ini. Ini kerana seorang anggota yang dibawakan khas dari unit komando, kapten Farahsuke, utk menyertai misi kali ini. Beliau dikatakan seorang anggota elit yang cekap di mana beliau dapat melakukan tagging photo di fb selaju 2 NPS (names per second). Walaupun begitu, General Akmal masih lagi mengetuai misi ini dan berita semasa mengesahkan bahawa beliau baru sahaja menerima amaran daripada pihak admin fb utk menghapuskan akaun fb nya sekiranya beliau berterusan melakukan pengeboman keatas fb secara agresif. Namun itu hanya dapat memberhentikan aktivitinya utk beberapa minit sahaja. Inilah dia ketua kamikaze yang kita mahukan.

jadi kepada semua pengguna fb bersedialah untuk menerima serangan daripada unit ini. buat persediaan yang patut kerana mereka bergerak dengan amat pantas. kepada semua ahli pasukan, aku mengucapkan selamat menjalankan tugas. bom jangan tak bom.

Saturday, May 22, 2010

study month

sudah hampir seminggu aku melarikan diri dari laptop. sesetengah orang kata laptop ni ada sedikit unsur syaitan yang memungkinkan utk aku tidak study. jadi langkah drastik yang diambil adalah dengan bertapa di library disebelah siang dan blk semula ke pangkuan laptop pada sebelah malamnya. apa2 cara pun aku kene lari kalau aku nak study betul2. dengan dilengkapi dengan Internet Download Manager yang di crack, ditambah pula dengan akaun premium rapidshare yang sememangnya rapid dlm kerja2 sharing2 ni. biasa lah kan sharing is caring, mmg baca satu baris, download satu benda. kalau benda yang di download tu benda2 mcm nota ke, solution utk problem set takpe gak. ni bkn download benda2 tu semua, cari movie yang menarik pastu download. sedar2 eh dah penuh hard drive aku. ish mcm mana nak study kalau mcm tu. lupakan saje niat suci murni mu itu.

so tiap2 pagi aku bgn awal2, sarapan, mandi semua, kul 7.30 dah kene tunggu bas. mesti korang ckp aku kiasu kan? takdelah kiasu pun sbb aku ada sebabnya nape pegi awal. sampai kat sana dalam kul 7.45 org dah beratur dah sampai atas tangga. mcm beratur nak ambik wang ehsan lak.haih. library ni bukak kul 8. mak cik yg jaga library tu agak skema la tp aku suka. dia akan tengok jam library tu sampailah jarum minit ada atas angka 12, jarum saat tepat atas 12 dan jarum jam pada angka 8 baru dia bukak. kalau mcm ada orang nak rasuah dia suruh dia bukak awal library tu mmg aku rasa tak lepas la. bkn mcm sesetengah orang, undi pun dia sanggup beli pastu ada gak sesetengah orang yg pakai badge 'Saya anti rasuah' tapi tibai gak rasuah. mak cik ni cool je takde susah2 nak pakai badge, takde pun susah2 nak guna ayat 'you help me, i will help you'.

bila library bukak je, semua orang berlari. ni bkn berlari-lari anak lagi dah, ni tahap berlari-lari mak dan ayah bdk. diaorang berlari sebab nk dapatkan tempat yg hot utk study dlm library tu. antara hot spot adalah floor 2 (extension) dan floor 3 (extension). tempat ni kalau tak cepat2 mmg habis la sbb best study kat sini. kalau mcm kat floor 3 dia ada cubicles. kalau floor 2 lak meja study dia betul2 kat depan tingkap dan single desk utk study. aku takyah berlari pun sbb InsyaAllah aku akan dpt tempat kat floor 3 tu. biasa aku akan pilih cubicle yg ada komputer la sbb nak kene tengok notes bkn nak tengok fb ye.hehe. bila study kat library ni, mmg jarang2 la bukak fb.kalau bukak pun utk selama 1 hingga 2 minit. bkn apa segan la dak kat org2 yg tgh study tu. org tgh study, aku sibuk ngan fb. nak kata warwick ni tawarkan course utk fb takde lak. ada jugak yang takleh blah. dtg library, ambik buku sebijik letak atas meja, pastu dia hilang ntah ke mana. tgh hari baru study. boleh lak main cop2 meja. ada yang sampai tertido masa study. mmg struggle la masing2. so kepada semua kawan2 aku GOOD LUCK utk exam ye. sama2 lah kita berdoa supaya dipermudahkan. Aminnn...

Wednesday, May 19, 2010

Debat

Ari ni ada la beberapa orang yang tanya apsal ngan status FB aku mcm org emo je? mmg aku emo. emo dengan orang yang cukup berlagak gayanya. mcm dia lah orang yang paling hebat atas muka bumi Allah ni. Padahal habuk pun tadak.

Ceritanya bermula mcm ni. Ada sorang kwn aku post something kat fb dia. Then aku n beberapa kwn aku komen la pasal video tu. Pastu ada sorang mamat ni, ntah dtg dr mana2 ntah, komen video tu skali. Dia ckp lah tak elok kutuk pemimpin kita ni. Tegur pun takleh. Ibarat kalau dia suruh makan tahi, maka tahi lah makanan kita. Pastu siap dia tinggalkan lagi persoalan, ni sokong2 parti tu nak 13 Mei jadi balik ke? Lps tu, kwn aku yang mmg suka berdebat tambah lg dia mmg arif pasal politik ni, jawablah komen mamat tu. Keluarlah semua fakta2 sejarah, daripada buku teks sejarah sekolah menengah sehingga lah ke buku2 yang lbh hebat darjatnya.

Mamat tu balas lah, ckp kwn aku tu tak mengenang jasa pahlawan la, apa la. Tapi dari apa yang aku baca takde lak kwn aku tu merendahkan martabat pahlawan melayu. cuma dia nyatakan apa fakta yang dia tahu. Yang aku takleh blah, ada satu komen tu bunyi dia mcm ni, kamu bagi fakta mcm tu kat org tak blaja sejarah boleh la. kalau nak ckp ngan sy sila belajar dan baca banyak lagi. aku masa tu mmg curious la walaupun dalam hati aku berkata Ya Allah bongkaknya mamat ni, semoga Allah ampunka dia. ye lah mungkin betul dia ada fakta yang lebih menarik kan. lagi best perbincangan tu. tapi hampeh. walaupun kami beberapa kali memintanya mengeluarkan fakta yang dia ada namun, sepatah haram takde. hbs bgs ayat dia, takpelah saya memilih utk tidak mengeluarkannya. like HELLO!!! ckp lebat bkn main. tapi semuanya sampah, hampas, bendasing dan sewaktu dengannya. kalaulah ko ni masuk pertandingan bahas, aku rasa, pihak lawan dengan senang hatinya akan menghadiahkan meja atas muka ko. mungkin hakim juga akan mengorbankan kerusinya utk dibuat dibaling kat muka ko.

satu lagi yang aku bengang ngan mamat ni, dah la bongkak mampus, lps tu berlagak lak. last2 sbb dia tahu dia dah kalah dia ugut lak kitaorang. dia ckp aku ada meeting ngan kementerian ni, aku akan bawa denda ni ke hadapan. alala....manjanya. kene usik skit nak report, kalah skit nak report, blom kene tibai ramai2 lagi tu. kalau kene tibai mau dia mengadu satu negara. bila baca ugutan dia tu teringat perangai bdk2. korang penah tengok bdk2 gaduh mulut tak? lps gaduh2 mulut tu, bdk yg kalah akan berjalan sambil hentak kaki dan menangis sambil berkata kita report kat mak kita, masa tu kalau ada pegang apa2 kat tangan, ais krim ke, lollypop ke, akan dicampak ke tanah tanda protes dan selalunya, bdk itu adalah pompuan.

Hmmm...sungguh aku tak sangak wujud lagi orang2 mcm ni. aku ingat zaman2 sekolah je. Uni pun ada lgi. haih nak buat mcm mana. ckp lebat, konon hebat, tapi segalanya adalah sampah belaka. takde guna beb. baik ko balik makan nasi dengan telur goreng tambah budu skit, tak nk budu, kicap sedia menemani.




Friday, May 14, 2010

Lesen judi

Sejak akhir2 ni kecoh dengan isu pengeluaran lesen judi. Pelbagai cara telah diambil untuk mencegah pengeluaran lesen ini. Namun mcm biasa disebabkan negara itu adalah persendirian maka, milik keturunan atuk nenek moyang mereka, sepatutnya Malaysia dinamakan sebagai Malaysia Sdn Bhd (sebab keputusan hanya boleh dibuat oleh mereka yang mempunyai kuasa), suara rakyat ini tidak didengari malah tidak langsung diberi pertimbangan (mereka sedar mereka telah bejaya memperbodohkan rakyat, so buat apa dengar suara orang bodoh kan?)

Ini adalah cuma pandangan aku sebagai seorang rakyat yang bodoh (thanks to u). Judi telah diharamkan dalam Al-Quran secara jelas. Ianya dinyatakan dalam ayat yg Muhkamat (jelas) bukannya Mutasyabihah (perlukan penafsiran dari ulama' tafsir, ulama' Sister In Islam tak dilayan.heh). Jadi sebarang bentuk penajaan, usaha menggalakkan ataupun yang sewaktu dengannya adalah juga diharamkan. Teringat satu kuliah Ustaz Azhar Idrus, di mana beliau menyatakan bahawa jika seorang mekanik membaiki tayar lori arak yang dalam perjalanan penghantaran arak, itupun dikira sebagai bersubahat dan boleh membawa kemurkaan Allah. Apatah lagi dalam kes ni 'menghalalkan' judi (ko hengat ko tuhan nak halalkan suka hati limpa ko je). haruslah setiap kemurkaan Allah terhadap pemain judi akan dikongsi bersama yang mengeluarkan lesen. Lega skit penjudi kan sebab kemurkaan Allah tu telah dikongsi bersama. ringan skit beban (otak lu!). bagus pemimpin2 kita ni. sanggup berkorban demi rakyat. biasalah 1 Malaysia kan Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Satu lagi pendapat aku, dalam Al-Quran dinyatakan bahawa arak dan judi tu ada kebaikan tapi keburukannya lbh banyak drpd kebaikan. Jadi sebagai seorang pemimpin ISLAM yang percaya dengan apa saje yang dikatakan dalam Al-Quran sepatutnya mereka tidak mengeluarkan lesen ini. Pemimpin jenis apa yang sanggup membiarkan rakyatnya (tak kiralah mereka agama apa) terlibat dengan sesuatu yang mereka percaya boleh membawa mudarat? Allah tak ckp mudarat tu hanya kepada orang Islam, tp mudarat tu apply secara universal. takkan lah duit org Islam akan cepat hbs jika berjudi jika dibandingkan dengan penganut agama lain walaupun taraf kekayaan org Islam tu jauh lbh tinggi berbanding dengan penganut agama lain tadi (sekali lagi, otak lu!).

Jadi ini sajelah pandangan saye tentang isu ini. walaupun orang ckp alah ko tulis dalam blog pun, takkannya pemimpin tu ubah keputusan dia. tapi mcm biasa, ada aku kesah?hehe. mana lah tahu kot2 pemimpin tu tgh boring2, nak melawat rakyat pun takde mood, tetiba je terbukak blog aku ni, dan dengan kuasa Allah dia sedar kesalahan dia, dan mengubah keputusan. Besar saham akhirat yang aku dapat nanti (INSYAALLAH). sapa tak nk saham akhirat kan? lg besar saham, lg besar peluang nak masuk syurga (INSYAALLAH), boleh duduk dalam banglo besar2 tanpa perlu cabut gigi sapa2. :D

Wednesday, May 12, 2010

Apa benda yang boleh buat aku marah?

Tiba-tiba kawan dari London nak ckp ngan aku. Tp sorry lah sbb aku tgh berserabut.....sigh..

Dah lama nak tulis pasal benda ni. Tp aku tahan je sbb aku rasa ianya adalah isu sensitif bagi orang2 Malaysia khususnya. Tapi biar lantak lah aku nak tulis gak.

Melayu
Tiap kali aku dengar isu2 pasal orang2 nak tegakkan hak istimewa orang Melayu aku jadi emo. Rasa nak marah. Rasa nak pegi depan muka orang tu dan tampar cukup2 sampai aku puas hati. Sampai bila lagi kita nak bercakap pasal hak istimewa orang melayu? sampai bila lagi kita nak anggap kaum lain tu sbg orang asing kat negara kita? padahal kita hidup bersama2 sekian lama. tidak bolehkah kita terus menerima mereka sebaik mungkin? melayan mereka seperti keluarga sendiri dan diberi layanan adil? bagi aku mereka yang terus memperjuangkan hak keistimewaan orang melayu adalah mereka yang kuno, pemikiran masih lagi sama taraf dengan zaman2 di mana atuk moyang kita makan ubi kayu cecah budu.langsung tak berkembang, orang lain dah sampai bulan, diaorang sibuk gali lubang masuk dalam tanah untuk mengelakkan diri daripada terdedah dengan arus pemikiran moden.

Politik.
Satu benda lagi yang boleh buat aku tiba2 rasa nak marah dan terasa nak lempang je orang2 yang terlibat ni. Politik Msia yang menjijikkan. Penuh dengan tipu muslihat, fitnah, rasuah, doktrin pemikiran. Masa nak pilihan raya turunlah berduyun2 mereka yang tak tahu malu, muka tebal setebal dinding yang mengurung yakjuj dan makjuj, menabur janji2 manis kepada pengundi. wang ditabur bagaikan kertas malah kadang2 mungkin kalau kertas pun orang tak sanggup nak tabur macam tu. lps je menang, haram tak nampak muka. politik wang yang kotor sekotor lubang najis.

Ada juga yang buat rumah sebesar alam. kalau boleh nak rumah dia haruslah meliputi seluruh tanah di Malaysia. bila ditanya dari mana mendapat duit untuk membuat rumah sebesar itu, maka dijawabnya hasil dari menjadi seorang doktor gigi. kepala hotak lu. lu ingat orang bodoh ke nak percaya alasan bertaraf budak yang baru boleh bercakap tu? brape ko charge sorang pesakit masa ko jadi doktor gigi dulu? ko ingat ko doktor gigi yang diva mcm Mariah Carey ke? sekali cabut gigi, charge mahal tak ingat dunia? Tapi ingatlah bila ko mati nanti, umah ko takdelah luas mana pun. ke ko nak buat banglo gak atas kubur ko? pasang lampu kelip2 kasi cerah skit dalam kubur ko nanti.heh. bila diminta pihak berwajib menyiasat orang2 macam ni, diaorang buat2 buta je. bukan buat2 dah, dah memang buta pun. mereka diam bagaikan anjing yang diberikan tulang oleh tuannya terus terdiam dan terduduk. Inilah politik rasuah yang busuk, lebih busuk daripada bangkai.

Doktrin, satu lagi benda yang mmg boleh buat aku geram serta merta. kem BTN yang sememangnya salah satu medium amat dibenci oleh aku dan juga rakan2. kami disogok bahawa parti pemerintah lah yang terbaik. Kaum cina itu hanya kaum penumpang. Hello ko nak kata dia menumpang, ntah2 ko juga menumpang. mana tahu dalam keturunan ko dulu ada je yang sebenarnya dtg dari ntah negara mana ntah. pastu akhbar2 disekat daripada melaporkan dari sudut pandangan politik yang berbeza. kalau tidak akan didakwa ataupun lesen akan ditarik balik. akhbar yang ingkar juga akan dikatakan tidak betul, memfitnah. hanya beberapa akhbar sahaja yang dikatakan sahih laporannya dan harus dijadikan panduan sepertimana kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan hidup. begitu juga dengan media elektronik terutamanya tv. semuanya bapak dia punya kan nak buat mcm mana. bapak dia hadiahkan sayarikat2 media ni masa dia kat tadika lagi. inilah politik yang aku sifatkan sebagai politik pondan, malah pondan lagi berani drpd mereka yang buat sekatan2 ni dan cuba mendoktrin pemikiran org ramai. peraturan ini hanya dibuat oleh orang2 yang kehilangan batu jantannya.

Inilah antara perkara2 yang boleh membuatkan aku marah. jika keluar je isu2 macam ni, aku rasa mcm semangatku untuk melempang, menerajang, menyepak semakin berkobar-kobar dalam dadaku. Biasanya kalau aku marah kat benda2 lain, aku takkan rasa mcm ni. tapi utk isu2 seperti ini, marahku berada pada paras berbeza. kadang2 aku bayangkan, suatu masa nanti jika pemimpin2 politik serta orang2 seperti ini ditakdirkan turun dari tampuk pemerintahan, aku akan ludah atas muka mereka. biar mereka tahu betapa panasnya hati aku selama ini.