Sunday, November 8, 2009

Diari usrah 1

pada khamis yg lepas,diadakan usrah di prayer hall warwick.aku tidak ketinggalan mengikuti usrah ini.usrah ini disampaikan oleh abg jo,seorang postgrad dan dihadiri oleh lbh kurang 10 org undergrad.

antara yang dibincangkan ialah apakah faktor yang menyebabkan Islam tidak boleh dipraktikkan dengan sepenuhnya.antara faktornya ialah Islam pada zaman sekarang sedang berada diatas padang orang lain.maknanya Islam sekarang berkembang dlm sistem bkn Islam.antara contoh sistem yang diamaksudkan ialah seperti sistem perundangan, politik dan ekonomi.sistem demokrasi misalnya yang diamalkan di kebanyakkan negara berkiblatkan kepada sistem demokrasi barat sebenarnya tidak sesuai untuk diamalkan di negara2 yang tidak maju atau kurang membangun disebabkan faktor taraf kehidupan rakyat di negara2 berkenaan jauh berbeza.di sinilah Allah telah menyediakan manusia dengan sistem politik yang sempurna dan universal,sesuai untuk diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.

Ini menunjukkan bahawa sistem yang dicipta oleh manusia dengan berpandukan akal semata-mata tidak mampu untuk menghadapi keadaan mencabar dan tidak menentu.lihat sahajalah apa yang terjadi kpd sistem ekonomi kapitalis yang selama ini diagung-agungkan,kini rebah.dahulu mereka mengatakan untuk mendapatkan ekonomi yang effisien,segala urusan haruslah diletakkan sepenuhnya di bawah pengaruh pasaran tanpa campurtangan dr kerajaan,namun segalanya membuktikan sebaliknya.inilah kelemahan sistem rekaan manusia yang berpandukan kepada hanya kepada akal.

ramai org mempersoalkan bagaimana untuk menjadikan sistem pendidikan sebuah sistem yang mampu membentuk individu yang seimbang.tapi malangnya kita sentiasa menumpukan perhatian utk mengubah sistem pendidikan itu melalui kurikulum (kandungan atau silibus pengajaran dan pembelajaran di sekolah).sebenarnya untuk menjadikan sistem pendidikan itu berkualiti,tiga elemen penting harus diambil kira iaitu guru,kurikulum dan suasana.seorang guru haruslah seorang yang dpt memberikan contoh yang baik kepada pelajarnya selain dr mempunyai ilmu pengetahuan yg luas dan menyampaikan kerana Allah s.w.t.kurikulum pula harus mencantumkan kembali elemen ilmu duniawi dan ilmu akhirat manakala suasana pula haruslah mempunyai biah solehah.

lps tu ada soalan dr ahli usrah mengenai maratib amal (diri,keluarga,masyarakat,kerajaan,negara,khilafah dan memimpin alam).adakah usaha membawa kebaikan Islam dalam kehidupan haruslah melalui maratib amal itu secara bertertib yakni dr diri kpd keluarga kpd masyarakat dan seterusnya.jawab naqib,mmg maratib amal itu seperti tangga.step by step.tapi ada antara elemen dlm maratib amal itu boleh bergerak secara selari.contohnya seperti diri dan masyarakat.dalam usaha memperbaiki diri,kita juga haruslah pada masa yg sama berusaha untuk amar makruf nahi munkar.begitu juga dengan sebuah negara Islam.Ianya agak mustahil jika kita menuggu sehingga semua org menjadi baik,barulah kita berusaha untuk membentuk sebuah negara Islam.oleh itu elemen2 itu haruslah bergerak secara selari.

ini saje lah sedikit perkongsian dr usrah kat warwick ni.InsyaAllah akan diupdate lagi kalau diberikan sedikit kelapangan.

No comments: