Friday, January 9, 2009

Jam loceng




Kalau kat mana2 pun, jam loceng mmg terkenal kan?sebagai alat untuk membantu kita bgn di pagi hari untuk solat subuh,solat tahajjud ke,solat hajat ke,macm2 lagi lah.teknologi skrg kekadang tak perlu jam loceng pun,cukup sekadar handphone.ingat lagi kalau kat asrama dulu,kalau nak dekat subuh tu,byk lah jam bunyi,tuannya entah bgn entah tidak,harapkan jam je gempak.haha.tapi kekadang terfikir gak penggunaan jam loceng ni,betul ke?terutamanya di uk ni.boleh dikira sebagai perbuatan tak menghormati kwn2 satu flat yang lain ke?kalau yang dok kat hall la lagi la.ye lah,kita muslim,mmg kene bgn awal kan.nak solat subuh,tapi kwn2 sebelah-menyebelah yang lain mcm mana? terutama yang bukan muslim la.boleh tak kita dikira tak menghormati jiran?ye lah kalau kul 6 atau 7 tu masih awal bagi diaorang.pastu tetiba je terganggu dgn bunyi jam loceng lak.agak mengganggu la kot. kat sini aku nak kongsi satu cara mcm mana nak bgn awal tanpa jam loceng.ni ustaz aku ajar cara ni dulu.camni,sebelum tido,baca selawat,ayat Qursi,mengucap dan doa sebelum tido pastu jgn buat apa2,jgn ckp apa2,just tido dan set dalam kepala nak bgn kul brape.lps je set dlm kepala,kosongkan kepala,jgn fikir apa2.pastu kalau korang bgn,biasanya awal skit atau jarang2 lewat skit dlm 2,3 minit, jgn korang sambung tido lak sebab kalau korang sambung biasanya dia akan jadi terlalu lambat bila korang terjaga kali kedua.
tu lah cara yang aku guna.aku tak penah guna jam loceng ke,set masa kat handphone bkn apa sebab aku ni tido 'mati'.pasang jam loceng pun bkn bgn pun.haha.mmg mcm tu sejak dari dulu. korang cubalah dulu cara ni.InsyaAllah menjadi asalkan niat kita baik kan nak bgn awal.jgn lah pulak niat nak bgn pagi2 sebab nak tengok mat salleh jogging ke apa.tu mmg tak terbangunlah.haha.gurau je.selamat mencuba ye.tak dijamin keberkesanannya.tapi untuk aku,selalunya menjadilah.saje nak berkongsi.

Friday, January 2, 2009

Sengal!!!

Tengah aku membelek2 nota Ekonomi,tetiba je aku terdengar bunyi geseran tub mandi dari bilik air sebelah je ngan bilik aku.apakah?aku pikir mungkin mamat yang baru balik tu tgh berendam dalam bilik air kot.malas la nak mabik kisah sgt kan.pastu aku terdengar lak suara pompuan dalam bilik air.aik,lain macam je ni.pastu suara pompuan tu lak,MasyaAllah,suara macam org tgh,ish!!! malas la nak sebut kat sini.korang paham sendiri lah ye suara macm org tgh buat apa.aku ingatkan telinga aku yang salah dengar.aku dengar betul2,mmg sah suara macm tu.ni yang aku malas ni. nak study pun dah terganggu ni.aku ambik mp3 player,sumbat kat telinga,hah...lega baru tak dengar suara2 dan geseran2 sumbang tu.pastu lbh kurang setengah jam pastu,rasa dahaga lak.aku ambik gelas nak pegi ke dapur ambik air.aku kuar je,terserempak ngan pompuan ngan laki yang baru kuar dari bilik air.yang pompuan pakai kain tuala je,yang laki pakai seluar je.tundukkan pandanganmu,kata aku pada diri aku.dua2 org tu buat muka selamba je.sebelum ni takde lak diaorang buat camni.apsal pilih mlm ni?arghhh!!!sengal tul.mungkin diaorang dah kawin masa cuti hari tu.kang kat Malaysia kalau cuti sekolah ramai yang kawin mungkin kat uk sama je kot.berprasangka baik katanya.

Gaza

kepada mereka yang membaca post ni,sekarang ni adalah masa yang paling kritikal yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Gaza.kita sebagai sesama umat yang sekarang ini pula penuh dengan keselesaan sepatutnya membantu mereka dengan apa jua yang kita termampu.jgn hanya di mulut sahaja kita menyatakan yang kita bersimpati dengan mereka tapi kita pulak tak penah berusaha untuk membantu.kalau ada peluang untuk sign in untuk petition menentang serangan itu, lakukanlah.tak lama pun buat benda tu.rasanya tulis nama,email pastu selesai.tk sampai 10 minit. kalau kita ada masa utk chatting,ber'facebook' takkanlah kita takde masa walau 5 minit untuk sign in petition tu.pastu kalau ada peluang untuk menderma, dermalah walau sedikit sekalipun.kalau boleh derma melalui internet tu,dermalah.kita kalau pasal sedekah atau derma ni mmg liat lah sikit.bkn semua tapi kebanyakkan lah.termasuklah aku skali.kalau nak beli sesuatu benda tu, bukak je website macam ebay ke,pastu fikir dalam 2 atau 3 kali terus beli barang tu.tapi kalau pasal sedekah,fikir sampai 10 kali tak bagi lagi sedekah tu.sedekah lah.duit yang sponsor bagi aku rasa macam berlebih kot.semua sponsor kot mcm tu.so,sedekahkanlah skit.pastu berdoalah untuk mereka.lps waktu solat tu,tambahkan satu lagi doa selain doa untuk diri sendiri iaitu doa untuk mereka yang tertindas.pastu malam2 kalau tetiba je kita terjaga, bgnlah sekejap.buat solat hajat mohon pertolongan Allah untuk semua umat Islam.kan solat hajat di tgh malam tu lebih afdhal.itulah antara perkara yang mampu untuk dilakukan oleh semua org.kalau ada lagi benda yang kita rasa mampu untuk lakukan,lakukanlah.kita sebagai umat Islam sepatutnya seperti satu badan.kalau satu bahagian sakit sepatutnya seluruh badan merasainya.bersatulah kita sebagai umat Islam dalam satu keluarga yang besar.InsyaAllah.post ini adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada sesiapa yang mungkin terbaca post ini.sekian


Tuesday, December 30, 2008

Lagu Korporat PNB

Berdiri megah satu nama unggul,
didalam dunia pelaburan,
sekian dekad berperanan sebagai pejuang maruah bangsa.

Ke dunia antarabangsa,
bersatu langkah dan cita,
seiring dengan dasar ekonomi negara.

Diatas asas yang kukuh,
kita berdiri teguh,
dengan kemahiran,
kita terus berkembang.

PNB kebanggaan kami,
kau memayungi cita yang suci,
ke arah masa depan yang lebih gemilang.

PNB adalah wadah kami,
satu nama yang berjiwa Malaysia,
maju dan terus maju bersamamu,
maju dan terus maju,
bersama PNB.

Monday, December 29, 2008

Syurga

Nabi Muhammad s.a.w tidak penah mengajar para sahabat untuk mendapatkan syurga hanya dengan sujud dan berzikir sepanjang masa.tetapi syurga itu hanya untuk hamba yang sanggup berjuang di jalan Allah s.w.t.

Monday, December 15, 2008

Makan pisang tak batal puasa?

Aku masih ingat dalam bulan puasa tahun mana ntah,tiba2 adik aku balik dari sekolah tanya mak aku.
"ma,tadi kat sekolah ada la jumpa ngan pak cik jaga tgh makan pisang,pastu adik tanya lah,pak cik tak puasa ke?,pastu pak cik tu jawab kalau makan benda yang tak dimasak atas api takpe,tak batal,betul ke ma?
pastu mak aku jawab
"ish,jangan nak mengarut.mana boleh tak batal.pak cik tu blaja dari mana?"
motif sgt kan pak cik tu buat ajaran sesat kat adik aku.dah la adik aku nak blaja puasa masa tu, nasib baik lah adik aku tu jenis yang tak main terima je,kalau tak dibantainya makan pisang ke, rambutan ke masa puasa.biasa la kan.perbuatan2 nak cover dosa.tak pun istilah yang lebih best nak ringankan dosa.ada aku penah dengar satu quote ni tak ingat sapa yang kata. perbuatan yang paling berdosa ialah perbuatan meringankan dosa.ringankan dosa ni lebih kurang kita tahu yang benda yang kita buat tu berdosa tapi kita cuba hilangkan sedikit rasa bersalah tu dengan pelbagai alasan.aku penah terdengar perbualan orang2 tua yang penah menipu sorang tokey cina
"takpe,kita ambik dari orang cina bukan orang Islam.duit dia pun bukan duit halal"
Hellooo...lantak dia lah duit hasil jual khinzir pun,kalau korang bantai duit dia,dosa tetap sama, takdenya korang dianggap menyucikan harta dia (macam zakat lak).tapi aku tak la cakap camtu kat diaorang, dibantainya seligi kepala aku,sapa nak jawab?haha.mcm tu lah antara cara nak 'ringankan' dosa.kekadang kita ada terbuat benda tu,cuma tak perasan je.

Pesan Luqman Al-Hakim





Sesungguhnya kebijaksanaan itu telah menempatkan orang-orang miskin
di tempat raja-raja