Wednesday, April 20, 2011

ebay?

aku bengang sbb ada sorang mamat kat ebay ni amatlah tak pandai nak bid.terasa mcm nak sepak2 je beliau. aku rasa dia tidak memahami bahawa tujuan org memilih untuk bid kat ebay adalah utk mendapatkan satu2 barang tu lg murah dr buy it now, bknnya nak tengok sapa yg nilai brg tu plg tinggi. kalau dia ada blaja game theory yg mengatakan bahawa strategi utk bid adalah meletakkan terus penilaian tertinggi kita utk satu2 barang tu, maka dia salah.game theory tu tak boleh pakai utk ebay.mengabihkan boraih je.kalau mamat tu buat hal kat satu item yg aku bid je takpelah.ni 2 item yg aku bid,dua2 dia buat hal. cite dia mcm ni, aku ada bid satu brg ni, mula2 aku letak je la harga GBP 23 sbb ada 3 hari lg sblm tamat waktu bid.tetiba je aku di outbid dengan jayanya.aku check2 rupanya mamat tu dah letak maksimum bid dia sampai GBP97.hangin betul aku.bkn marah dia nak letak GBP 97 tu, cuma letaklah slow2.mula2 letak GBP30 dulu ke.nanti naikkan lah maksimum bid tu sampai GBP97.utk kebaikan bersama gak.untung2 dia boleh menang dengan harga lg murah dr GBP97 tu kalau dia tak gelojoh sgt.tak ke untung tu.

untuk tidak menjadi rugi mcm mamat tu, ini ada lah sikit tips utk mereka yg nak bid kat ebay tu berdasarkan pengalaman. ni juga untuk elakkan drpd ada org bengang ngan korang sbb letak bid tinggi gile awal2.

  1. letak bid serendah yang boleh kat brg yg korang nak beli tu. takpe kalau korang kene outbid awal2 nih.
  2. ingat tarikh dan masa bid tamat.
  3. lbh kurang 15 minit terakhir je, korang log in blk akaun ebay dan bersedia utk berperang bid. masa ni korang kene cekap refresh browser internet korang dan kelajuan internet korang haruslah berada pada tahap superman bukannya tahap cipan mahupun siput khinzir.
  4. letak bid dan cepat2 refresh page jgn berhenti bid dan refresh sampailah masa habis atau dah sampai harga maksimum yg korang sanggup bayar utk barang tu.
  5. jumlah penambahan bid anda haruslah seminimum yg mungkin.jgn set maksimum bid pada waktu ni.biasanya ebay akan tetapkan minimum bid yg korang boleh letak contohnya enter GBP 3 or more (anggap current price=GBP2 maknanya minimum yg boleh dibuat adalah GBP 1) senang cite korang ikut je apa yg dia tulis kat bwh kotak bid tu.
  6. kalau menang, byr cepat2 pastu blah dr page ebay sbb takut nanti korang 'tershopping' benda lain.kalau kalah,jgn hentak2 laptop korang,sesungguhnya laptop korang adalah mangsa keadaan.hehe
selamat berperang kat ebay. tips diatas adalah amalan biasa aku kalau bid kat ebay.tiada rujukan buku teks mahupun jurnal dibuat. dan satu lg pesanan, jgn bid kat website yang memerlukan korang membeli bid terlebih dahulu sblm nak bid sesuatu brg sbb ianya adalah judi.contohnya laman web swoopoo. setakat ni yang paling selamat dr segi syarak adalah ebay. boleh rujuk artikel ustaz zaharuddin.korang koreklah sendiri kat blog dia ni

No comments: