Tuesday, July 31, 2012

Blogging?

Dah brape lama aku tinggalkan blog ni. tadi tetiba je nak tengok balik apa yang aku dh tulis sbnrnya. bila baca balik post2 tu, rasa mcm nk gelak pun ada, malu pun ada. apa yg aku mencarut ni? Kadang2 rasa malu bila baca post sendiri. mcm ntah apa2. Sbnrnya aku bukak blog ni pun sbb pengaruh rakan sebaya (nk jugak salahkan orang lain). ye la masa blaja dulu, ramai yang ada blog. kira fenomena masa tu la.semua nk ada blog. ada yg letak gambar2 je, ada lak yg buat ala2 laporan berita pasal apa yg berlaku kt kolej tu.

Sebetulnya aku takdelah minat sgt menulis sbb aku tak pandai sgt nak menyusun isi yang aku nak tulis. kadang2 berterabur. tgh2 tulis perenggan kedua, datang lak idea nk dimasukkan dalam perenggan 1, last2 berterabur habis.  banyak je sebenarnya post2 yg aku tk publish. rasa mcm malu nk publish sbb mcm tk best sgt post tu. aku lebih suka tulis ayat2 pendek je.mcm status2 kt fb tu. sbb tak payah nk ulas panjang2 just straight to the point. kalau buat mcm tu kt blog, pelik lah pulak kan ayat pendek je tp mengada nk buat post kt blog.

Kadang2 rasa kagum ngan bloggers ni. ada je benda2 menarik yang diaorang nak tulis tiap2 hari. hidup diaorang ni menarik ke tiap2 hari sampai boleh tulis post yg menarik untuk dibaca. entahlah mungkin ya kot. ada je orang mcm tu kan.tiap2 hari dia rasakan semua benda yg berlaku ada sisi2 menarik yang boleh dikupas.

Rasa mcm nak start tulis balik. tp nak tulis pasal apa lagi tu yang tak tahu. InsyaAllah kalau ada idea boleh la nk tulis. nk blaja menulis sbnrnya sbb melalui penulisan orang ckp boleh la sampaikan idea kita kat orang lain. kongsi2 ilmu. mcm ustaz2 tu, tulis blog, pastu kongsi2 ilmu yang dia ada.kurang2 bawak manfaat jugak dok bukak internet hari2 ni kan? :)

Sunday, April 24, 2011

Politik sebelum tido

Aku bukanlah orang yang mahir tentang politik Malaysia ataupun mana2 politik kat dunia nih. cumanya aku ingin mengatakan sesuatu tentang apa yang berlaku.lagipun aku adalah anak Malaysia, bangsa Malaysia (aku menukar bangsaku kepada bangsa Malaysia, lbh tidak rasis bunyinya), aku rasa aku ada hak untuk menulis apa yang terbuku kat hati aku ni. heboh diperkatakan tentang artis semakin berminat dengan politik. terbaru AC Mizal dan Mamat Khalid (pengarah drama lakonan usop wilcha) menyertai UMNO dan ingin memperjuangkan keadilan di Malaysia. baguslah niat tu, keadilan semakin pudar nampaknya dia Malaysia, ayuh gilap kembali.

sebelum ini Bob Lokman, seorang pelakon,penyanyi dan penggubah lirik menyertai PAS. Alhamdulillah jugak. ada kesedaran. cumanya aku ingin meluahkan rasa tidak puas hatiku terhadap apa yang berlaku. apabila shj dia menyertai PAS, heboh diperkatakan, ramai pemimpin2 PAS merasa sungguh seronok. dia diajak untuk memberi ceramah di merata-rata tempat. dan terbaru akan menghasilkan sebuah buku. apa yang aku tidak puas hati adalah mengapa peluang ini hanya dibuka kepada dia sahaja walhal dia juga merupakan ahli dan pendokong baru PAS, sama sahaja dengan orang lain yang baru mendaftar sebagai pendokong PAS pada hari, waktu, jam dan saat yang sama. mengapa pintu perjuangan ini dibuka seluas-luasnya kepada dia shj? ye mungkin orang akan kata sebab dia bersemangat. dah tu org2 yang baru daftar tu takde semangat? sehinggakan terdapat seperti double-standard diantara artis yang menyertai politik dan bukan artis yang menyertai politik?

Fikirkan, mungkin orang yang kita nampak pendiam, bukanlah melambangkan dia tidak bersemangat, malas dalam berjuang, mungkin juga itu adalah sifat dia,pendiam. sebagai pemimpin mana2 pergerakan sekalipun, beri peluang kepada mereka untuk sama2 berjuang. buka pintu seluas-luasnya.kadang2 ada org ckp 'dh dia ngan pemimpin pun segan, mcm mana nak diberi peluang?' hello bro, petah berkata-kata, bagus kemahiran bersosialnya, tidak bermakna dia yang terbaik utk menggalas sesuatu tanggungjawab, tidak bermakna dia adalah yg paling bersemangat. kadang2 air yang sedikit dalam tin yang kosong kuat bunyinya bila digoncang. apa kata pemimpin pulak yang bercakap dengan orang2 bawahan.mungkin diaorang malu nak berkata-kata,beri rangsangan kepada mereka jika kamu(pemimpin) merasakan kemahiran bergaul itu penting. bila dah jadi pemimpin mulut sudah terkunci rapat ke untuk berkata-kata?heh.

apa2 pun aku mmg suka Bob Lokman atau sapa2 pun masuk PAS atau PR.cuma itu adalah luahan hati aku mengenai segelintir pergerakan yang terlalu mementingkan populariti hingga memadam semangat juang mereka yang tidak pernah diberi peluang.

Saturday, April 23, 2011

Email 1 Malaysia?

Baru-baru ni heboh diperkatakan tentang rancangan kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan email kepada semua rakyat Malaysia yang lebih dikenali sebagai email 1Malaysia.projek ini menelan kos sebanyak RM 50 juta. berdasarkan pengetahuan aku yang terhad ini, aku ingin mengulas serba sedikit tentang projek ini. pendapat aku bkn dari segi kos sebab aku tak tahu breakdown cost yang sbnr, aku anggap kos yang diletakkan itu adalah paling efektif

kerajaan mengatakan bahawa email ini supaya lebih senang penyampaian maklumat daripada kerajaan kepada rakyat dan daripada rakyat kepada kerajaan. bagi aku kerajaan telah mempunyai media penyampaian maklumat yang sgt efektif, tv. lihat sahaja di Malaysia, jarang sekali sesebuah rumah itu tidak mempunyai tv hatta rumah2 di kampung sekalipun. jika bukan tv, maka InsyaAllah mereka akan mempunyai sebuah radio. untuk penyampaian maklumat/pandangan rakyat daripada rakyat kepada kerajaan, kerajaan boleh shj menyediakan satu alamat email untuk penyaluran maklumat ini. mereka yang mempunyai internet, tentu shj memiliki satu akaun email sekurang-kurangnya kerana alamat email seperti satu kewajipan kepada pengguna internet. nak bukak akaun facebook pun kene ada email dulu kan?

untuk makcik, pak cik, tok ki, opah kat kampung, mereka kurang terdedah kepada internet ini. mungkin mereka sendiri tidak pernah mendengar perkataan internet itu.jadi bagaimana mungkin mereka akan memanfaatkan email ini? untuk mereka di kampung, aku merasakan peranan wakil rakyat lbh penting untuk menyampaikan suara hati mereka.kalau tak, tak gunalah orang lantik jadi wakil rakyat. jangan hanya semasa pilihanraya sahaja nak tunjuk muka, lps tu hilang mcm hantu raya. lagipun kat kampung jarang yang line internetnya ok. masa aku kat kampung dulu, nak guna internet kene duduk kat luar rumah baru dapat.sedih gile.nak bukak email ambik masa purata 5 minit.siap boleh makan nasi lg sementara tunggu loading.

ada juga yang berpendapat dengan ada penyelarasan email ni, boleh digunakan untuk penyelarasan dari banyak aspek. mcm email uni kat UK ni.semua maklumat pasal kuliah, assignment, dihantar melalui email yang diselaraskan, lbh senang pengurusannya. tapi masalah pertama yang harus diselesaikan adalah litupan internet di Malaysia. sekali lg sy menggunakan hujah yg hampir sama, kalau liputan pun tak meluas, mcm mana benda ni nak dimanfaatkan secara maksimum? dari segi istilah ekonomi ini adalah pembaziran sumber. dengan mengekalkan roh 1Malaysia, dan dengan menerima jawapan kerajaan bahawa RM 50 juta itu bukan duit rakyat (mungkin duit dari langit), saya merasakan bahawa pelaburan ini harus diletakkan dalam pembinaan sistem internet coverage yang lebih baik di Malaysia. lahirkan generasi yang celik IT (bukankah ini juga satu matlamat yang ingin dicapai Malaysia pada suatu ketika dahulu?) dan InsyaAllah Malaysia akan melangkah setapak lg kearah negara maju.

Wednesday, April 20, 2011

ebay?

aku bengang sbb ada sorang mamat kat ebay ni amatlah tak pandai nak bid.terasa mcm nak sepak2 je beliau. aku rasa dia tidak memahami bahawa tujuan org memilih untuk bid kat ebay adalah utk mendapatkan satu2 barang tu lg murah dr buy it now, bknnya nak tengok sapa yg nilai brg tu plg tinggi. kalau dia ada blaja game theory yg mengatakan bahawa strategi utk bid adalah meletakkan terus penilaian tertinggi kita utk satu2 barang tu, maka dia salah.game theory tu tak boleh pakai utk ebay.mengabihkan boraih je.kalau mamat tu buat hal kat satu item yg aku bid je takpelah.ni 2 item yg aku bid,dua2 dia buat hal. cite dia mcm ni, aku ada bid satu brg ni, mula2 aku letak je la harga GBP 23 sbb ada 3 hari lg sblm tamat waktu bid.tetiba je aku di outbid dengan jayanya.aku check2 rupanya mamat tu dah letak maksimum bid dia sampai GBP97.hangin betul aku.bkn marah dia nak letak GBP 97 tu, cuma letaklah slow2.mula2 letak GBP30 dulu ke.nanti naikkan lah maksimum bid tu sampai GBP97.utk kebaikan bersama gak.untung2 dia boleh menang dengan harga lg murah dr GBP97 tu kalau dia tak gelojoh sgt.tak ke untung tu.

untuk tidak menjadi rugi mcm mamat tu, ini ada lah sikit tips utk mereka yg nak bid kat ebay tu berdasarkan pengalaman. ni juga untuk elakkan drpd ada org bengang ngan korang sbb letak bid tinggi gile awal2.

  1. letak bid serendah yang boleh kat brg yg korang nak beli tu. takpe kalau korang kene outbid awal2 nih.
  2. ingat tarikh dan masa bid tamat.
  3. lbh kurang 15 minit terakhir je, korang log in blk akaun ebay dan bersedia utk berperang bid. masa ni korang kene cekap refresh browser internet korang dan kelajuan internet korang haruslah berada pada tahap superman bukannya tahap cipan mahupun siput khinzir.
  4. letak bid dan cepat2 refresh page jgn berhenti bid dan refresh sampailah masa habis atau dah sampai harga maksimum yg korang sanggup bayar utk barang tu.
  5. jumlah penambahan bid anda haruslah seminimum yg mungkin.jgn set maksimum bid pada waktu ni.biasanya ebay akan tetapkan minimum bid yg korang boleh letak contohnya enter GBP 3 or more (anggap current price=GBP2 maknanya minimum yg boleh dibuat adalah GBP 1) senang cite korang ikut je apa yg dia tulis kat bwh kotak bid tu.
  6. kalau menang, byr cepat2 pastu blah dr page ebay sbb takut nanti korang 'tershopping' benda lain.kalau kalah,jgn hentak2 laptop korang,sesungguhnya laptop korang adalah mangsa keadaan.hehe
selamat berperang kat ebay. tips diatas adalah amalan biasa aku kalau bid kat ebay.tiada rujukan buku teks mahupun jurnal dibuat. dan satu lg pesanan, jgn bid kat website yang memerlukan korang membeli bid terlebih dahulu sblm nak bid sesuatu brg sbb ianya adalah judi.contohnya laman web swoopoo. setakat ni yang paling selamat dr segi syarak adalah ebay. boleh rujuk artikel ustaz zaharuddin.korang koreklah sendiri kat blog dia ni

Tuesday, April 19, 2011

Fakta yang agak menakutkan

Fakta menakutkan untuk wanita(bagi kebanyakkan lelaki):
  1. syahwat lelaki boleh datang sekelip mata, bila2 masa, di mana jua
  2. lelaki 2.5 kali lbh kuat nafsunya berbanding wanita (1 nafsu lelaki sebahagian besarnya tertumpu kepada nafsu terhadap berlainan jenis)
  3. Imaginasi lelaki amat2 kuat.dengan hanya melihat leher wanita shj, mereka boleh membayangkan bermacam-macam.wanita sama sekali tidak menyangka imaginasi lelaki sekuat itu
  4. apabila lelaki memandang wanita, dia memandang daripada 2 sudut.sudut anggap diri wanita sebagai objek ataupun menghormati wanita sebagai seorang wanita, wanita adalah penentu utama sudut pandangan lelaki ini
Nasihat kepada lelaki dan wanita
  1. jaga aurat anda (wanita) mengikut tatacara Islam kerana ruang2 yang diperintahkan tutup dan dilonggarkan pakaian adalah ruang2 sumber inspirasi imaginasi liar kebanyakkan lelaki.InsyaAllah anda akan rasa lbh selamat.
  2. dengan menjaga aurat (wanita) anda sbnrnya mendapat penghormatan yang sbnr dan ikhlas drpd kebanyakkan lelaki.walaupun tidak dipamerkan, dlm hati mereka anda adalah wanita yang sgt dihormati.fitrah manusia (lelaki) mahupun wanita yang mereka hormati menjadi teman hidup mereka walaupun dia adalah manusia yang paling kejam dlm dunia
  3. kepada lelaki, Allah menjadikan kita sbg pelindung kepada kaum wanita, jaga pandangan, jaga imaginasi anda supaya tidak liar. jgn jadi seperti harapkan pagar, pagar makan padi. bantu wanita hidup dengan lebih tenang :)
Ini hanyalah mungkin hanya sudut pandangan berdasarkan beberap buku sebagai rujukan.

Tuesday, March 8, 2011

Ujian

Post ini adalah ditujukan kepada diri sendiri namun aku ingin kongsikan dengan kawan-kawan aku yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu mereka menghadapi dugaan dan cabaran hidup.

Adalah satu kewajipan dalam kehidupan seorang hamba untuk diuji oleh Allah. Tidak terbukti keimanan kita kepada-Nya selagi mana kita tidak diuji. Kesusahan adalah satu ujian begitu jua dengan kesenangan. Setiap ujian mempunyai cabarannya yang tersendiri. Ujian kesusahan cabarannya adalah untuk menahan jiwa, perasaan, nafsu daripada melakukaan sesuatu yang dilarang-Nya dan untuk kembali kepada-Nya, meminta daripada-Nya. Kesabaran adalah amat diperlukan dalam ujian seperti ini. Ujian kesenangan pula cabaran-Nya adalah untuk meletakkan Allah dalam setiap kejayaan yang dicapai. Untuk menguji adakah kita lalai dengan kesenangan yang dilimpahkan-Nya.

Hati juga sering diuji oleh Allah. Sekarang mungkin ramai yang sudah mula mencari jodoh. satu usaha yang baik. Masing-masing sudah mempunyai pilihan di hati sendiri. Namun takdir ketentuan Ilahi tidak dapat kita jangkakan. Kita merancang Allah jua merancang, namun perancangan Allah itu lbh baik. Kita sukakan seseorang, namun ditakdirkan jodoh kita bukan dengan pilihan itu. Ini juga adalah satu ujian daripadanya. Mungkin kita merasa bimbang sekiranya kita sudah tidak mampu lagi mencintai dan kita tidak akan bahagia dengan orang lain selain daripada pilihan itu. Namun, harus diingat bahawa kebahagiaan dan rasa cinta itu adalah milik-Nya. Hati setiap hamba adalah milik Allah. Jika dia mahu memberikan hati itu kepada orang lain, nescaya dengan sekelip mata sahaja ia akan berlaku.

Kita juga mungkin kecewa dengan apa yang berlaku seolah-olah tiada lagi jodoh untuk kita. Ingatlah Allah itu sentiasa berada di samping kita,sentiasa mendengar apa yang kita tuturkan kepada-Nya. Berdoalah dan jangan sesekali kita putus harapan dengan-Nya. Menangislah didepan-Nya kerana Dialah yang paling memahami isi hati hamba-Nya lebih daripada kita memahami isi hati sendiri. Percayalah bahawa setiap ketentuan-Nya adalah yang terbaik untuk kita kerana kasih dan sayang-Nya Allah kepada hamba-Nya tiada batasan-Nya. Sentiasalah berdoa kerana Allah sangat menyukai mendengar suara hamba-Nya meminta sesuatu daripada-Nya kerana Dia maha kaya. Tatkala kita bersedih, kembalilah kepada-Nya.Luahkan apa sahaja perasaan kita kepada-Nya kerana Allah sentiasa mendengar dan Dia takkan pernah berhenti mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Dan seandainya ditakdirkan cinta manusia itu bkn milik kita, jangan sesekali kita gagal memiliki cinta Allah.

Monday, March 7, 2011

Ye, aku penyokong PAS, so what?

Ini adalah antara sebab aku sokong. Mungkin tak kukuh bg sesetengah org, tp bg aku sudah cukup menyakinkan.

Ada orang ckp, Kelantan tak maju dari mula PAS memerintah lg. Persoalannya org yg ckp tu tahu betul2 ke pasal Kelantan? Ye, aku dulu pun anggap Kelantan tak maju dari segi pembangunan 'zahir' maksud zahir adalah pembangunan dari segi pandangan mata kasar. Tkde bangunan yg gah mcm KLCC, tkde airport mcm KLIA, tkde bangunan tinggi mcm Menara Warisan. Namun, ini adalah satu daripada aspek pembangunan yang tidaklah begitu penting. Kalau kat UK ni, bangunan mmg byk yg lama2 la.mungkin ada yg dah 100 thn tp masih digunakan dan walaupun mcm tu, perkhidmatan tetap mantap.

kalau di Malaysia, bangunan dah gah, namun dari aspek perkhidmatan dan penggunaan bangunan tu agak teruk. Jadi bg aku aspek pembangunan zahir ni tidaklah begitu penting. yang penting pembangunan dr aspek dalaman yg lbh penting. berbalik kepada Kelantan, antara pembangunan adalah dr segi sistem pentadbiran itu sendiri yang mungkin ramai org tidak tahu disebabkan media perdana yg berat sebelah. antaranya adalah, aku agak lupa pasal benda ni, tp ia berkaitan dengan akaun di mana kerajaan Kelantan asingkan hasil cukai judi dan hasil cukai lain rasanya tp benda ni tak pernah dilakukan oleh mana2 kerajaan negeri lain bawah pemerintahan parti satu lg tu (malas nak tulis nama parti tu, kotorkan blog aku je). dari aspek undang2 pula, judi tidak dibenarkan dan penjualan arak hanya kepada bkn Islam, dan kod pakaian ditetapkan di bandar Kota Bharu (menutup aurat).

Ada yg ckp, nama je kerajaan Islam, tp ada je jual arak. Bg aku, sekurang-kurangnya ada usaha untuk kurangkan benda ni daripada takde langsung malah kadang2 mcm menggalakkan lak. Bg isu arak, rasanya benda ni mana boleh sekat sampai org bkn Islam pun takleh minum. itu hak diaorang. yang perlu diharamkan adalah kepada orang Islam. Dari segi perpaduan, dah lama kerajaan cuba satukan kaum2 di Malaysia dengan asimilasi budaya.contohnya orang Cina pakai baju kurung, orang Melayu makan masakan India. Namun, dapat dilihat prosesnya masih lembab. Tapi di Kelantan asimilasi itu telah lama berlaku. kalau ke Kelantan, cuba ckp loghat Kelantan ngan orang2 Cina, mmg tak sangka lah yg dia tu Cina, tkde langsung bunyi org Cina ckp. Diaorang jugak ramai yg suka makan budu. Itu adalah pembangunan dari segi perpaduan. Byk jugak kedai2 Cina yg ramai pengunjungnya orang Melayu, sbb tukang masak, tukang buat air adalah melayu pemiliknya sahaja adalah Cina.

Dari segi pemimpin, ramai pemimpin PAS yang mampu memberi nasihat kepada rakyat bkn sahaja untuk kepentingan dunia malah akhirat. Jarang kita jumpa pemimpin2 mcm ni dalam parti2 lain. Ada yang ckp Tok Guru Nik Abdul Aziz gila kuasa. hanya gunakan agama untuk kuasa. tp kan cuba kita fikir balik. kalaulah betul Tok Guru tu gila kuasa, kenapa dia masih setia dengan PAS? kalau nak kuasa, boleh je dia terus lompat parti dan aku rasa parti satu lg tu mmg nak terima pun sbb Tok Guru juga byk pengaruh terutamanya di Kelantan. Lagipun skrg dia pun dah berumur, kalau dia gila kuasa, aku yakin dia akan lompat parti sbb mestilah sblm hembuskan nafas, dia nak merasa apa yg dia idam-idamkan selama ni, kuasa (kalau betul itu idaman dia). tp tak dia masih setia dengan PAS. jd ini juga kenape aku sokong PAS.

Ada yg mungkin berpendapat, kita ubah parti yg tu dari dalam. tp persoalannya mampu ke ubah? aku rasa ada 2 sbb. satu dasar parti tu sendiri. kalau dah dasarnya perjuangan bangsa (rasis) sampai bila pun sama, susah nak ubah. Allah ciptakan bangsa itu untuk manusia saling kenal bkn saling buktikan sapa lg kuat, sapa lbh berkuasa sehingga lupakan keadilan. Islam tak perlukan mana2 bangsa utk bangkit sbb Islam itu sendiri sudah dijaga oleh pencipta-Nya, namun bangsa yg perlukan Islam utk terus wujud dan membangun' keduanya, ada je pemimpin yg dah cuba ubah parti tu dari dalam mcm Anwar, tp berjaya tk? nan ado.kalau satu2 benda tu dah rosak teruk, takyah pakai la, buang je, ganti yg baru. mcm kereta, kalau brek pun dah tak brape nak makan, ganti baru la.ke masih ada bran utk bawak?

so ini adalah beberapa sbb mengapa aku pilih PAS. Ini adalah sbb yang sudah cukup menyakinkan aku. tp aku tak tahulah org lain mcm mana