Saturday, November 28, 2009

Why?

Look into eyes,
And you will see how dissapointed am I
I had been left here alone,
In this darkness,
Feeling empty,
Feeling useless.

Then they came to me,
Grab my hand,
And pull me out,
From this emptiness,
Now I feel like a new person,
With a new hope,
With a divine mission.

Then you came,
To offer what I had been offered by them,
but why?
why now?
why not when I really need your hand,
to help me crawling out of the place,
but I will take your helping hand,
not because of you,
but because of Him.

Monday, November 9, 2009

Emo?

tadi aku ada tutorial econometric kat salah satu kelas kat bangunan Humanity.oleh sebab kelas aku tu kat tingkat 3,so aku nak nak lift je.secara kebetulan,masa aku sampai tu,ada satu lift yang dah mmg nak tutup pintu.aku pun berlari dan nasib baik sempat gak masuk lift tu.kat dlm tu dah ada sorang laki n sorang pompuan.nak pegi tingkat yang sama.

tunggu dlm 15 ke 20 saat mcm tu,lbh kurang,maka satu suara pompuan pun muncul dan berkata 'door closing'.biasalah tu kan lift2 kat sini semua boleh bercakap.kalau nak naik ke atas pun dia akan ckp 'this lift is going up'.masa pintu dah hampir tertutup,tetiba je sorang laki dari mana ntah berlari masuk dalam lift.nasib baik sempat.pintu lift terbukak semula.hmmm kene tunggu lagi sampai lift tu tertutup.kalau lift kat malaysia senang je.masuk je tekan butang tutup pintu tu.takyah tunggu lama2.

setelah beberapa saat,aku rasa jangka masa yg sama diambil utk tutup pintu lift tu,sebaik saje pintu lift tu nak tutup,ada lagi sorang minah ni berlari masuk dan nasib baik dia juga berjaya masuk sebelum pintu ditutup.dipendekkan cite benda yg sama berulang sebanyak 5 kali berturut2.asal pintu lift nak tertutup je ada je yg berlari masuk.masuk je kali ke 5,tetiba je mamat yang mula2 masuk dlm lift tadi berjalan keluar dr lift dengan muka yg agak bengang.semua org berpandangan sesama sendiri dan buat muka tidak bersalah.lps je mamat tu kuar,lift tu dapat menutup pintu dengan tenang.hehe



Sunday, November 8, 2009

Diari usrah 1

pada khamis yg lepas,diadakan usrah di prayer hall warwick.aku tidak ketinggalan mengikuti usrah ini.usrah ini disampaikan oleh abg jo,seorang postgrad dan dihadiri oleh lbh kurang 10 org undergrad.

antara yang dibincangkan ialah apakah faktor yang menyebabkan Islam tidak boleh dipraktikkan dengan sepenuhnya.antara faktornya ialah Islam pada zaman sekarang sedang berada diatas padang orang lain.maknanya Islam sekarang berkembang dlm sistem bkn Islam.antara contoh sistem yang diamaksudkan ialah seperti sistem perundangan, politik dan ekonomi.sistem demokrasi misalnya yang diamalkan di kebanyakkan negara berkiblatkan kepada sistem demokrasi barat sebenarnya tidak sesuai untuk diamalkan di negara2 yang tidak maju atau kurang membangun disebabkan faktor taraf kehidupan rakyat di negara2 berkenaan jauh berbeza.di sinilah Allah telah menyediakan manusia dengan sistem politik yang sempurna dan universal,sesuai untuk diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.

Ini menunjukkan bahawa sistem yang dicipta oleh manusia dengan berpandukan akal semata-mata tidak mampu untuk menghadapi keadaan mencabar dan tidak menentu.lihat sahajalah apa yang terjadi kpd sistem ekonomi kapitalis yang selama ini diagung-agungkan,kini rebah.dahulu mereka mengatakan untuk mendapatkan ekonomi yang effisien,segala urusan haruslah diletakkan sepenuhnya di bawah pengaruh pasaran tanpa campurtangan dr kerajaan,namun segalanya membuktikan sebaliknya.inilah kelemahan sistem rekaan manusia yang berpandukan kepada hanya kepada akal.

ramai org mempersoalkan bagaimana untuk menjadikan sistem pendidikan sebuah sistem yang mampu membentuk individu yang seimbang.tapi malangnya kita sentiasa menumpukan perhatian utk mengubah sistem pendidikan itu melalui kurikulum (kandungan atau silibus pengajaran dan pembelajaran di sekolah).sebenarnya untuk menjadikan sistem pendidikan itu berkualiti,tiga elemen penting harus diambil kira iaitu guru,kurikulum dan suasana.seorang guru haruslah seorang yang dpt memberikan contoh yang baik kepada pelajarnya selain dr mempunyai ilmu pengetahuan yg luas dan menyampaikan kerana Allah s.w.t.kurikulum pula harus mencantumkan kembali elemen ilmu duniawi dan ilmu akhirat manakala suasana pula haruslah mempunyai biah solehah.

lps tu ada soalan dr ahli usrah mengenai maratib amal (diri,keluarga,masyarakat,kerajaan,negara,khilafah dan memimpin alam).adakah usaha membawa kebaikan Islam dalam kehidupan haruslah melalui maratib amal itu secara bertertib yakni dr diri kpd keluarga kpd masyarakat dan seterusnya.jawab naqib,mmg maratib amal itu seperti tangga.step by step.tapi ada antara elemen dlm maratib amal itu boleh bergerak secara selari.contohnya seperti diri dan masyarakat.dalam usaha memperbaiki diri,kita juga haruslah pada masa yg sama berusaha untuk amar makruf nahi munkar.begitu juga dengan sebuah negara Islam.Ianya agak mustahil jika kita menuggu sehingga semua org menjadi baik,barulah kita berusaha untuk membentuk sebuah negara Islam.oleh itu elemen2 itu haruslah bergerak secara selari.

ini saje lah sedikit perkongsian dr usrah kat warwick ni.InsyaAllah akan diupdate lagi kalau diberikan sedikit kelapangan.

Monday, November 2, 2009

perjalananku

tadi lepas je charity dinner n solat Isyak,aku ngan po terus menuju ke bus stand utk pulang ke rumah.tengok2 ramai lak org tunggu bas ni.kebanyakkan mcm nak gi party kat town.pelik gak sebab selalu hari isnin mcm ni,diaorang parti kat uni je,kat top banana.so aku ngan po bercadang nak naik je bas yg dtg lps bas yg bawak bdk2 parti tu.kami bercadang nak tunggu kat bus stand library.tak ramai sgt tunggu kat situ.sampai je bas,mmg betul la tak penuh lagi.tapi tu utk sementara je.sampai je bas tu kat stand seterusnya,ramai giler kot bdk2 yg nak ke parti naik.oh tidak.

mmg dah agak dah,kalau bdk2 parti ni mmg bisinglah.dah la bau arak.sepanjang perjalanan ke coventry tu,mmg diaorang tak henti2 buat bising.menyanyi lagu sepanjang jalan.apa yang diaorang carutkan pun aku tak tahu.ada yg main2 tekan loceng bas,tapi pemandu tu buat tak tahu je.tak berenti pun.dah tahu kot perangai bdk2 ni camna.bas hanya berenti kat tempat2 yg biasanya student akan berenti.sampai je kat bus stand earlsdon tu,aku n po bercadang utk tidak turun sebab tangga ke bawah (bas 2 tingkat) sudah penuh ngan bdk2 parti tu.kitaorang bercadang ke coventry dulu,baru patah balik ke earlsdon.sampai je kat coventry,semua bdk2 parti tu turun,ada la sorang mamat cina ni,tetiba je dtg dr belakang dan ckp
'ohhh poor you guys.sorry for ur worst journey'
ye la tu.pastu ada lak sorang mamat salleh,nak2 turun bas tu sempat lagi mencarut
'who the fuck are they?' aku tahu mamat tu tanya pasal aku n po.ye lah sepanjang perjalanan, kami tunduk dan senyap je.tak ckp apa2.so mcm pelik la skit.

kat stesen bas coventry tu,kami bercadang nak ambik bas no 32C.ni kali pertama aku naik bas lain selain bas 12 utk balik ke umah.satu pengalaman baru.semuanya kelihatan normal sampailah kat satu bus stand.lps menurunkan penumpang kat situ,tetiba je pemandu bas menjerit sesuatu.semua org pelik.pastu bas tu tak bergerak.kali kedua barulah dengar.rupanya pemandu tu mintak sorang penumpang padamkan lagu yang dia pasang kuat2.tapi penumpang tu berdegil.dia ckp takde pun dlm peraturan takleh pasang lagu kuat2 dlm bas.pemandu tu lak ckp,kalau ianya mengganggu konsentrasi pemandu,ia adalah satu kesalahan.so minah tu terpaksa padamkan lagu tu sebab pemandu tu mcm tak nak gerakkan bas kalau tak padamkan lagu.tapi lps tu mmg berbuih la mulut minah tu dengan carut-carutan.tapi kekadang betul gak.annoying kan kalau org pasang lagu kuat2.mcm dia sorang je ada MP3,mcm dia sorang je ada iPod.guna earphone sudeh.yg tu ko nak pasang sampai rabak gegendang telinga pun,org tak kisah.

tu lah serba sedikit kisah perjalanan aku balik ke umah.mcm2 hal dunia ni kan.dalam masa sejam pun dah mcm2 pengalaman yg kita dapat.dan pengalaman itu amatlah berharga walaupun kekadang pahit.