Saturday, April 25, 2009

Pulanglah



dah tengok video kat atas tu?betul kan hati ibu tu terlalu sensitif.kekadang ibu kita tak ckp pun yg kita menyakitkan hati dia.sebab kekadang dia tak nak kita sedih.kekadang benda yg kecik sekalipun mcm lama tak call,kekadang boleh melukakan hati seorang ibu.

buat kwn2 yg kat uk ni,kat malaysia ke,kat mana2 je lah,ada ke yg berhajat tak nak balik masa cuti ni?nak2 yg kat uk ni.dah nak cuti summer kan?mungkin ada yg berhajat tak nak balik malaysia sebab nak keje.ye lah gaji kan agak mahal kat uk.mungkin kalau kita call mak kita ckp yg kita tak nak balik,dia mcm tak kisah.tapi siapa tahu jauh di sudut hati dia,sebenarnya dia terasa hati ngan kita.ye lah tengok anak org lain boleh je balik bila cuti,anak dia je yg tak balik. kita tak nak kan jadi anak yg derhaka.

mungkin ada gak yg lama dah tak call mak.mungkin dah berbulan2.call lah dia.kat uk ni (tempat lain tak tahu) murah je nak call malaysia tu.Nomi,Lebara antara sim card yg murah utk call malaysia.5p je seminit.kalau nak murah lagi,guna lah skype.

so,marilah kita jadi anak yang soleh.InsyaAllah.

Friday, April 24, 2009

Definisi sabar?

haih tgh bengang sebenarnya ngan mamat depan bilik aku ni.tgh2 nak concentrate,tetiba je pasang lagu kuat.kekadang tak paham kenape la org suka pasang lagu kuat2.padahal nak dengar sorang2 je.telinga anda pekak kah?atau najis telinga anda banyak sgt ke?dlm situasi hati sedang mengalami pemanasan global ni,update la skit status kat facebook
'sesapa yg ada speaker gedabak pinjamkan aku jap boleh?aku nak pasang dlm bilik aku.dia
ingat dia sorang je boleh pasang lagu kuat2?'
mcm tu lah bunyi ayat aku.

tak sampai sejam,aku dah dpt beberapa comment dari sahabatku memberi sedikit nasihat.tima kasih lah ye.ni lah sahabat2 yg baik.yg saling ingat-mengingati.tima kasih byk2 kerana mengingatkan.mostly mintak aku bersabar.tapi ada satu comment yg buat aku berfikir sejenak.dia memberi cadangan supaya aku ckp kat mamat tu yg aku tak suka bising2.sabar tak dapat menyelesaikan segala-galanya,tambahnya lagi.mungkin betul kata kwn aku ni.

cuba kita fikir balik.adakah kita bersabar kene pada tempatnya?mcm dlm situasi aku ni,kalau aku bersabar sahaja-duduk diam2 dlm bilik-adakah masalah aku akan selesai ?mungkin tidak.dan adakah jika aku memilih untuk melaporkan kekacauan yg sedang berlaku dalam flat aku ni kepada pihak uni merupakan satu tindakan yg tidak sabar?adakah seorang guru yg memarahi anak muridnya kerana sifat degil pelajar tersebut boleh dikatakan sebagai satu tindakan yg tidak sabar?walaupun itu sahaja jalan yg terbaik.jadi,apakah definisi sebenar sabar?

bagi aku,mungkin sabar itu merupakan salah satu langkah untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan ia bukanlah satu jawapan mutlak kepada sesuatu masalah.maksud aku dlm proses untuk menyelesaikan sesuatu masalah,kita harus bersabar utk mencari jawapan kepada masalah yg menimpa.utk bersandar hanya kepada kesabaran sahaja dlm semua masalah atau ujian Allah,bukanlah satu jalan yg terbaik.

Thursday, April 23, 2009

?

aku yang merana........

Monday, April 20, 2009

apa yg aku nk karutkan ni?

penah tak korang dengar ada sesapa yg mempersoalkan tentang hukum2 Allah s.w.t telah tetapkan ni?penah kan?ada la satu persatuan kat Malaysia ni,dengar kata membela nasib wanita.tapi aku rasa mcm lebih membela kepentingan diri sendiri.penah satu ketika persatuan ni cuba memujuk kerajaan untuk mengharamkan poligami.eh suka2 hati dia je nak haram2 kan benda tu.padahal benda tu kan halal.benda tu tak salah.cuma org tu yg salah.ye lah,dah nak kawin lbh dari satu tu,pandai2 lah adil kan.

ada lak dia soalkan.kenape takde keadilan antara lelaki ngan pompuan.contohnya lelaki boleh kawin 4 tapi tidak pompuan.aku rasa dia bkn ckp pasal adil kat sini.tapi sama rata.adil dan sama rata lain ye adik2.adil tak semestinya sama rata dan sama rata tak semestinya adil.cuba bayangkan situasi ni.encik dzull ada 2 orang anak.sorang laki dan sorang pompuan.dia bercadang untuk membelikan setiap anaknya satu hadiah.selepas dibuat cost and benefit analysis,entah apa yg menghasut pikiran encik dzull,dia telah membelikan setiap anaknya sehelai tudung.setelah dibuka anak pompuannya begitu gembira tetapi anak lelakinya begitu sedih.dalam situasi ni kemungkinan encik dzull utk mendapat satu tempeleng dari isterinya terlalu tinggi.kat sini kita lihat,sama rata tetapi tidak adil.begitu juga penetapan hukum ke atas lelaki dan pompuan.Allah itu pencipta.dia maha mengenali setiap ciptaannya.jadi setiap hukum yg ditetapkan adalah sgt adil dan sesuai dengan setiap ciptaannya.

ada lak kes yg geng2 persatuan ni nak tafsir Al-Quran sendiri sebab hujahnya,Al-Quran untuk semua.bila diaorang tafsir mmg haru-biru lah.ye lah nak tafsir Quran ni susah.kene ada ilmu yg cukup.bkn mcm tafsir cite harry potter ke dalam bahasa melayu.contohnya mcm ni lah,sorang pakar biologi,tetiba je nak meramal situasi dlm pasaran saham sebab dia ckp pasaran saham adalah hak milik setiap insan.sudahnya,ayat mcm ni lah yg mungkin akan kuar.setelah diperhatikan organel2 dlm pasaran saham seperti syarikat MAXIS,syarikat Air Asia,saya rasa akan berlaku peningkatan yg mendadak dlm harga saham2 organel2 yg lain.tapi,kenaikan ini dihadkan oleh satu membran separa telap,membran plasma.aku rasa menangis pakar2 saham yg lain terharu mendengar 'ketepatan' ramalan ini.

hmmm...mcm tu lah situasinya,kalau kita anggap diri kita ni lbh pandai drpd Allah s.w.t.lebih tahu drpd Dia.padahal sapalah kita ni kalau nak dibandingkan dengan besarnya ciptaan-Nya. Ilmu kita ni terlalu cetek.kalau nak dibandingkan,ilmu Allah itu seluas lautan,ilmu kita pula setitis daripadanya.MasyaAllah.tapi akhirnya kita nak mengaku yg kita lbh tahu.apakah?

(mungkin contoh2 yg aku berikan tu terlalu mengarut,sebab sekarang ni otak tgh berserabut,sorry.)

Sunday, April 19, 2009

Exam


aku rasa ni merupakan post aku yg terakhir sebelum aku masuk ke zon exam.pasni,mungkin blog ni takkan ada update baru selama lbh kurang sebulan.kalau update pun mungkin dlm 1 atau 2 post je.sorry ye.exam tinggal sebulan lagi ni.study still tunggang-langgang.ish apa nak jadi ni.

ingat lagi masa kat kyuem dulu.sebulan mcm ni,mulalah nak pecut study.kalau pecutan tu berjaya takpe.kalau tak camna?sapa nak jawab.kat ky dulu,tempat yg plg best bagi aku nak study ialah kat bilik tv.bkn sebab boleh tengok tv (kekadang tu menjadi sebab gak.hehe),tp sebab bilik tu luas dan air-cond dia lbh sejuk berbanding ngan chalet aku.kalau kat uk ni byk tempat camni.kuar pegi mana2 padang atau kawasan lapang,study.lbh luas dan 'air-cond'nya lbh sejuk.tapi sanggup ke?tapi satu je lah study last minute ni.letih dan memerlukan daya tahan yg tinggi.tudiah.

mcm kat ky dulu,bila nak sebulan exam tu,bilik dan katil aku bkn lagi menjadi tempat tido. sebaliknya,aku lebih rela tido kat common room,atas kerusi.kwn2 aku pelik mcm mana aku boleh tido atas kerusi?selesa ke?kalau aku jawab selesa mmg pelik lah kan?sbnrnya mmg tak selesa.tapi tu lah tujuannya.bila tak selesa,aku akan bgn awal.boleh sambung study skit2.dan Alhamdulillah,aku takde lak sakit2 tengkuk atau belakang sebab tido tak betul.kat sini pun aku rasa aku nak buat benda yg sama lah.no pain no gain kan?

kwn2 lak mcm aku lah.stay up sampai lewat mlm study.kekadang kalau ngantuk,pegi cafe beli makanan skit2,air ke.tak pun ngan phone order burger kalau malas nak jln ke cafe.hmm..kenangan lama masa nak A-level kan?anyway,ni jadual final exam aku,khairul ngan hazim (geng pure economics).saje letak kat sini.kalau2 korang nak wish good luck ke apa,nak tlg doakan ke (tima kasih).hehe.mcm poyo skit.
  • Mathematical Techniques B (29 May)
  • Statistical techniques B (2 June)
  • The World Economy : History and Theory (6 June)
  • Microeconomics 1 (8 June)
  • Macroeconomics (9 June)
  • Foundation for Accounting and Finance (10 June)

Thursday, April 16, 2009

habis la

tgh2 check blog tadi,maklumlah blog aku dah upgrade skit skrg,ada live traffic feed.walaupun agak ketinggalan dalam meletak benda ni kat blog,tp sekurang-kurangnya majulah skit kan.aku terperasan satu benda.ada 2 pengunjung dari madrid.eh takkan jauh sgt dtgnya pengunjung blog aku ni.famous sgt ke blog ni?mungkin tidak sama skali.lagipun aku takde kwn kat madrid.pastu aku terperasan satu benda lagi yg pelik.kedua2 pengunjung dari madrid arrive kat satu artikel yg sama iaitu artikel bertajuk tutorku....(http://chi88.blogspot.com/2008/11/tutorku.html).aku check balik artikel tu.baru aku perasan kat dalam artikel tu,aku ada letakkan nama tutor aku. (korang cari sendiri lah ye nama dia dlm artikel tu,aku takut dah nak tulis).aku membuat andaian bahawa kedua2 pengunjung ni search nama tutor aku dan terjumpa artikel ni.sama ada tutor aku sendiri (dah takde keje ke nak search2 nama sendiri ni?) atau pun org lain.

aku try google nama tutor aku.dan aku rasa sangkaan aku tu agak betul.sebab bila aku google je,bukak page kedua,tertera nama blog aku.oh tidak.habis la aku.dah la nama blog aku ni crap.kalaulah tutor aku tu buat andaian bahawa aku tulis benda mengarut pasal dia,mmg takde maaf bagimu la kot.pastu markah assignment micro aku pun tetiba je dia rendahkan.mintak2 la
jgn mcm tu.tapi dia tahu ke sapa penulis blog ni?students dia agak ramai.so setiap org ada kemungkinan nak buat artikel ni.so lega lah skit.nasib baik bukan tutor statistical technique.kalau tak,harus dia buat analisis statistik nak tahu sapa penulis blog.hehe.tapi takpelah,kalau dia tanya aku pasal artikel ni,aku boleh jawab.aku bkn kutuk dia pun.lagi pun sepanjang belajar ngan dia,aku takde masalah dlm kelas dia.kehadiran pun penuh.

Tuesday, April 14, 2009

Teringat zaman dulu2

tgh2 pagi buta ni,tgh2 mata mengantuk ni,teringat lak kisah2 zaman aku kecik2 dulu.nostalgik habis
  1. masa aku kecik2 dulu,kat kampung aku,takde pun sesapa pun yg ada komputer,apatah lagi laptop ataupun net book.yg ada hanya tok penghulu je.kitaorang tengok komputer dlm buku je,nak guna tak tahu.ingat lagi,masa aku darjah 5,aku dan kwn aku ditugaskan utk buat pengumuman harian dari dlm bilik audio.dlm bilik tu ada sebijik komputer.masa tu komputer tu tgh tunjuk screen saver,aku pun gatal tgn lah nak tekan satu butang kat keyboard tu.tetiba je screen komputer tu tukar bankground (ye lah,kan komputer bila dlm screen saver,bila kita sentuh apa2 butang,dia akan kembali ke standby screen).cuak aku dan kwn aku masa tu.kami terus keluar dari bilik audio tu dlm keadaan cuak.hehe
  2. ingat tak kereta lumba mini yg guna enjin tamiya la,apa la alah pengaruh cite Dash Yankuro tu.masa aku kecik2 dulu,mmg famous keta tu.boleh kata setiap kwn aku ada satu. super emperor la,black spider la,mcm2 lah.selalu gak mintak ngan mak aku nak beli satu keta tu.tapi mak aku tak bagi.mak aku ckp membazir duit.aku sbnrnya,nak beli keta tu bkn nak main sgt pun.aku nak pasang je.kan keta tu kene pasang sendiri.lps tu,aku dpt idea.kalau kwn aku beli keta baru je,aku tawarkan diri nak tlg pasangkan.free of charge.sudahnya,ramailah yg mintak aku pasangkan.
  3. penah main mercun?mesti penah kan.aku mmg minat gile lah main mercun dulu (even skrg pun.haha).kalau dekat nak raya tu,aku akan pastikan aku ada mercun untuk dipasang masa mlm raya.mmg meriah la.BOOM! sana,BOOM! sini.bertanding mercun sapa yg plg kuat bunyi.biasa yg plg kuat mercun botol lah.paling tak leh blah,ada yg main atas kubur. apakah?tp aku tak join la.kalau nak rasa badan tu berbintat kene pukul ngan mak aku,cubalah join.hehe.penah skali tu,aku ngan sepupu aku main mercun roket.mercun yg naik keatas mcm roket tu kalau pasang.kitaorang pasang mercun tu.bila naik je,mercun tu tersalah sasaran,masuk dlm bilik air jiran aku (bilik air kampung,biasa la,berlubang kat atas).masa tu dia tengah mandi.lps tu berbunyi 'BOOM!',serentak dgn itu,terdengarlah teriakan 'woi!nate mano main mercun sapa masok bilik air ni?' kami bergegas meniggalkan tempat kejadian tanpa meninggalkan sebarang bukti.haha
  4. kalau bab main,mmg aku minat.mcm2 permainan kitaorang main.galah panjang,rounders,main sorok2,konda-kondi,mcm2 lagi lah.disebabkan kami ni belum mempunyai pendapatan tetap,maka segala peralatan adalah buatan sendiri.kalau main rounders tu,kayu kitaorang guna kayu yg berat gile,mcm serpihan kecik kayu balak tu.pastu bola lak,kitaorang guna buah limau muda yg diambil dari kebun limau mak kwn aku.limau tu 5 kali ganda lebih berat daripada bola tenis tu.kat kampung ada bertanding gak.selalunya dgn kampung sebelah.selalunya kalau rounders,kitaorang menang lah sebab kitaorang selalu main pakai limau muda sebagai bola.bila main ngan kampung sebelah, diaorang provide bola tenis (lbh ringan dr limau) pastu kayu lak lbh ringan.sudahnya, bila time kitaorang pukul je,bola tu pegi ntah ke mana.jauh sgt.haha
  5. kalau mengaji Quran lak,dlm kampung aku,ada sorang je yg bukak kelas Quran.percuma. kalau tak lancar baca,kene rotan.sekali tak kena,PAP! kene kat peha.mak bapak kitaorang dulu sporting.siap pesan lagi suruh rotan kalau tak tahu mengaji selagi tak melampau la. paling best skali,kalau ada yg tamat Quran atau yg naik ke Quran besar la.boleh mkn pulut kuning.mcm adatlah.sapa yg tamat atau naik Quran besar,dia akan buat pulut kuning ngan ayam panggang.masa tu,muka2 yg sebulan sekali dtg mengaji pun dtg ari mkn pulut tu.aish.
tu lah antara kisah2 kampung masa aku kecik2 dulu.tapi zaman dah berubah kan.skrg ni aku tengok bdk kampung aku dah takde dah main mcm aku main dulu.ada yg dah ada handset sendiri dah pun.bosan2 pegi main cyber cafe.ada yg pegi dating,ambik awek dari kelas tambahan la.haih mcm2.maju dah skrg bdk2 kampung aku.

Monday, April 13, 2009

tetamu

cuti easter ni ramai lak tetamu yg dtg warwick.Alhamdulillah dpt lah berjumpa semula ngan kwn2 yg agak lama dah tak jumpa (tk sampai setahun kot.hehe).kami lah,sebagai tuan rumah,melayan tetamu2 yg dtg.harap2 korang puas hati ye dgn layanan kami.itu sahaja yg kami termampu.tima kasih gak la sebab sudi dtg ke warwick ni.

hmmm...sebut pasal melayan tetamu ni,masa kat turki dulu,kami telah dibawa oleh seorang hartawan turki ke 2 buah sekolah untuk kami melihat2 sekolah2 tersebut.sekolah ini menyediakan pendidikan kepada pemuda2 turki secara percuma dan lbh menyeluruh.siang belaja ilmu dunia,mlm blaja ilmu akhirat.tujuan sekolah ditubuhkan gak adalah untuk melahirkan muslim professional.

apa yg aku kagum kat sekolah ini adalah cara mereka melayan kami sebagai tetamu.melangkah sahaja kami ke sekolah itu,kami dibawa ke beberapa tempat dalam bangunan sekolah tu oleh pelajar kat situ.lps tu kami duduk berbual2.Masya-Allah,cara mereka melayan kami,seperti mereka melayan kawan mereka yg sudah lama tidak bertemu.sungguh mesra.walaupun menghadapi masalah komunikasi sebab mereka agak tidak lancar berbahasa Inggeris,namun mereka berusaha untuk bercakap dgn kami.ada diantara mereka yg baru setahun belajar bahasa Inggeris,namun tu tidak menjadi penghalang.kami tetap dilayan dgn penuh mesra.

sebenarnya,aku gak malu ngan diaorang sebab walaupun aku sudah lama belajar bahasa Inggeris,namun aku masih ada rasa malu jika mahu bertutur dlm bahasa asing itu.walaupun mereka tersekat2 semasa bercakap,namun mereka tidak malu.kata org,malu biarlah bertempat.ingat kata2 cikgu English dulu,selama org memahami apa yg kita nak sampaikan,grammar tunggang-langgang pun takpe.lama2 betulkan lah grammar tu.
tapi sebutan biarlah betul,baru lah org boleh paham.jgn lari jauh sgt sebutan tu.

ingat satu peristiwa kat malaysia,masa tu aku kat burger king.masa aku nak byr tu,akak cashier tu tanya lah aku 'tak nak yg last ke?' aku buat muka pelik 'hah?last?' aku still blur.aku buat muka blur,akak tu buat muka senyum mesra.jeda seketika.dgn muka yg masih tersenyum akak tu tanya lagi 'tak nak yg last ke?'dlm keadaan yg masih blur2 lalat,aku jawab 'hah?last?'dia ni nak suruh aku ambik makanan last skali ke?tak mungkin kot.tetiba je ada sorang lagi akak cashier meyampuk,'awk nak yg large ke?' lah,large rupanya.Ya Allah.sebut last,mana lah aku paham.sambil menggeleng kepala,aku mengambil makananku dan berlalu dgn muka yg still pening.haduihh.

Sunday, April 12, 2009

economics

hmm...minggu ni aku rasa kepala aku ni tepu dgn istilah2 economics yg mcm2.bknnya revise byk sgt pun (byk ke?) tp entah lah tetiba saje.bila ckp je,ada je istilah yg nk aku gunakan.hmm...kekadang rasa mcm mungkin ada yg menyampah ngan aku sebab guna istilah2 yg diaorang tak paham.mcm semalam lah masa kat warwick castle,ntah berapa byk istilah econs yg aku guna.irrational choice,game theory,nash equilibrium,consumers behaviour,moral hazard ish byk lagi kot. nasib baik la mangsa2 bahasa alien aku ni tak merungut mcm 'boleh tak kalau ko ckp mcm manusia normal?'hehe.tapi kat warwick castle tu gak aku dapat tahu mcm mana dahsyatnya black death plague yang melanda pada satu masa dulu.kalau dlm ecosn,black death adalah satu natural experiment untuk melihat apa yg akan berlaku dlm labour market sekiranya terdapat pengurangan dalam supply of labour.
ntah kenape aku mcm ni.tapi ok la kot.aku still ingat lagi kata2 pn raha dulu (cikgu econs) kalau nak paham sesuatu,kena kenal dulu benda tu dan kalau nak kenal kene selalu 'mendampingi'nya lah.mcm belajar econs gak la.kalau nak paham econs kene selalu guna lah.mcm guna istilah2 ni.kat turki dulu pun camni gak.masuk je istana Sultanahmet-Dolmabache tu,terus terlintas kat kepala ni,Masya-Allah,misallocating of resources.ye lah.hiasan kat dalam istana tu byk yg drpd emas padahal,mengikut sejarah,kerajaan turki pada masa tu,byk menanggung hutang.sepatutnya duit yang digunakan utk hias istana tu,digunakan utk byr hutang.ish2,pembaziran namanya.namun,tu lah sejarah yg perlu kita belajar dan ambil iktibar. aku berharap aku akan terus mcm ni.mintak2 aku akan lebih paham econs ni.InsyaAllah.